Saturday, July 30, 2011

selamat berpuasa

Allah uji kita pada titik lemah.

true indeed.

kalau diserang pada kekuatan, how can we know that we're not that strong?

orang Islam tu, kuat sebab dia Islam. Islam itu pulak agama yang perfect.

so, to be all-rounded person, He tests you in all different angles.

kesusahan itu ujian. kesusahan itu juga nikmat.

kesenangan dilihat sebagai nikmat padahal boleh jadi itu satu ujian.


nota kaki:
sesiapa yang mungkin ada peluang nak baca Contengan Jalanan - Hlovate, silalah baca.. mungkin ada sesuatu yang boleh dapat.. Hati tu Allah yang pegang, jadi lain orang lain la kesannya.. personally, I think it is a great thing to ignite Ramadhan spirit.



Happy Ramadhan Mubarak!

Wednesday, July 27, 2011

undefined

kalau takde Allah tempat bergantung harap, agaknya mesti dah jadi orang hilang pedoman.

pic courtesy of tumblr
bukankah itu yang kita minta?

Monday, July 25, 2011

selepas selamanya

siapa dah tengok Hikayat Merong Mahawangsa mesti pernah dengar lagu ni..
tak payah tengok pun, mesti pernah terdengar kan?

sebab takde kekasih hati lagi nak didedikasikan lagu ni, aku nak bagi parents aku dengar..
one and only reason : itu lah chenta hati aku..hihi~
source of strength when everything is out of place, becomes haywire..


Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

tak payah cakap ape pun, aku tahu diorang sentiasa ada untuk aku.
sentiasa ada untuk dengar aku merepek, ada untuk dengar aku mengadu, ada untuk bagi nasihat, bagi aku kekuatan..
yang paling penting, ada untuk doakan aku kat sini..

Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

but when things just to much dan empangan air mata rasa macam pecah, aku jarang telefon rumah..
nanti habis kredit je buat drama air mata segala..
bukan nak kontol macho, cuma tanak diorang risau sangat pasal aku kat sini..

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

tahun ni, raya ke-3 di India..
harapnya masih kekal hensem dan bergaya di pagi raya seperti raya sebelumnya.
no more tears~

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

mak ayah, sila jaga kesihatan anda.
saya jauh, saya tak mampu buat apa-apa selain doa.
dan kalau terjadi sesuatu yang tak diingini, saya tak rasa saya mampu untuk semua itu.
till then, love will always be there.
may Allah bless~

Saturday, July 23, 2011

janganlah sedih




pernah tak satu hari rasa sangat sedih?
kecik hati.. patah hati.. sunyi.. sakit hati..
macam down sangat kan?

tapi pernah tak fikir, siapa yang buat kita rasa macam tu?
Allah yang izinkan.
ya, Allah yang buat kita jadi sedih..

cuba fikir lagi, dalam banyak-banyak benda tak best yang jadi kat kita, berapa kali kita rasa sedih?
sesungguhnya Allah yang pegang hati kita.
bila kita terasa hati dengan kawan ke, itu Allah yang izinkan hati kita untuk bersedih.
bukan atas kuasa kawan kita tu.
cakaplah apa-apa pun, caci maki, umpat keji, sumpah seranah..
kalau Allah tak izinkan hati kita ni terasa, kita takkan rasa satu apa pun..


and thus, whenever you are feeling so blue, just remember that it happens under His will..
biarlah Dia yang jaga hati kita..
kalau manusia yang jaga, bila dia cuai je, hati kita pun jatuh bersepai..

few things that we ought to be grateful is that during the moment when we are feeling so bad, so sad, we have Allah to turn to..
kalau takde kan sedih kot..
nanti mulalah rasa nak emo-emo pasal benda kecik pun..
Allah kan ada.. Keluarga kita pun ada.. Sahabat pun ada..
semua sayang kat kita.
janganlah sedih, ok?

kita kan kuat! sebab kita ada Tuhan yang Maha Hebat..

Thursday, July 14, 2011

ahlan wasahlan ya ramadhan


ya Allah, sampaikan kami kepada bulan Ramadhan...

Tuesday, July 12, 2011

random

Rasa dalam hati dah macam sirap bandung tabur milo pastu perah limau, bercampur baur je rasa..
Ni mesti dah sampai state homesick lepas balik dari Malaysia.
Kali ni delayed sikit sebab minggu lepas tak sempat nak melayan perasaan sebab penat balik tu tak hilang lagi dengan segala kerja (siapkan case sheet) tak siap pastu kena marahlah.

Aku masih hutang lagi cerita mumbai-part 3(last).
But i guess it doesn’t matter that much as nobody would bother to read.

Aku tak balik raya.
Tak tahu la nak raya kat mana tahun ni.
Semua orang pakat balik raya kat Malaysia.
Kenapa aku tak balik?
Ntahlah.....
Mungkin sebab akan guna duit banyak beli tiket, kena ponteng kelas dah la kedatangan pun rasanya takde la bagus sangat.
Atau mungkin ada sebab lain..
*sigh*
Agak-agak kalau lama sangat tak balik raya, aku jadi tak reti beraya lagi ke?

Baby junior nak fly 13hb ni.. insyaAllah 14hb sampailah kat Belgaum.
Cuma ada budak-budak dentistry je kali ni, kiranya aku takde junior la..
Dan ini bermaksud dah genap 2 tahun aku kat India..
Hari ni 12hb kan? Hari aku fly 2 tahun lepas.

Oh ye, kat rumah aku ada anak kucing hitam.
Kawan mak bagi kat adik bongsu aku (kot?)..
Lupe pulak nak tanya nama kucing tu..
Tengok la camne balik nanti, aku berani tak dengan kucing.. hehe~
Orang cakap aku gemuk duduk India..
Oh well, i think that’s the fact!
Bukan sebab makanan India sedap sangat tapi sebab aku masak hebat sangat gaya MasterChef sampai sedap sangat makanan!
*terbatuk*
Haih, suka benar nak perasan..

Random kan aku?

I better off now.
Or else i’ll just rant everything endlessly here.

Sunday, July 10, 2011

change

Sometimes there are things in our life that aren't meant to stay. Sometimes change may not be what we want. Sometimes change is what we really need. And sometimes saying goodbye is the hardest thing you think you'll ever have to do, but sometimes it's saying 'hello again' that breaks you down and makes you the most vulnerable person you'll ever know. Sometimes change is too much to bear, but most of the time change is the only thing saving your life.



Experience is the worst teacher; it gives the test before presenting the lesson.

 

Tuesday, July 5, 2011

cerita hati

"...Pada awan biru ku melakar kata-kata,
Pada langit cerah ku panah semua cerita,
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi,
Beterbangan jiwa merentasi pelangi..."


Quartet reminds me of this song..


safely arrived in India..