Thursday, May 31, 2012

strike yang tak macam strike

hari ni sebenarnya ada strike seluruh india.. tapi tak ade beza pun sebab masih pergi kelas macam biasa je.. tak dapat cuti pun..T__T

India set for sweeping protests at petrol price.

"It will be a total shutdown across the country. It will be the biggest democratic protest the country has seen in a long time." [read more]

in fact, masa pergi kelas pagi tadi pun masih tak tahu.. dengan tunggang langgang pergi kelas 7.45am sebab bangun lambat, tapi tunggu punya tunggu lecturer tak masuk pun.. baru tahu sebenarnya ada strike.. cehhh~
tapi masih kena pergi clinical posting, dan seminar masa petang..

*sarcasm*
alaaa~ jnmc ni kan tempat paling selamat kat dunia. kena bom pun belum tentu lagi dapat cuti. *rolling eyes*

Wednesday, May 30, 2012

Monday, May 21, 2012

kek comel ^__^





nampak tak kek kat atas tu? comel kan? ^___^
ever since i saw those pictures in tumblr, i've been dreaming to make that looks like that.

semalam, senior jemput datang housewarming party kat rumah baru diorang. terfikirlah nak bawak something untuk buah tangan. sebelum tu dah memang teruja tengok kek coklat-pink-putih tu, jadi kira macam terinspirasi daripada gambar kek tu lah.. tapi sebab takde nozzle tip yang macam bunga ros tu, maka  decoration ikut gambar kek kedua tu..


then.......................... 



tadaaaa!


please remind me that i'm really bad at editing picture.. *sigh*

bila dah jadi kek yang almost sama macam dalam gambar yang aku dok berangan nak buat tu, rasa puas hati. deep inside i know that IF i really want something, i will try my best with the resources that i have to make it a reality. (eh, ayat cam dramatik pulak..=P)

tapi selalunya 'willpower' tak cukup kuat nak push diri sendiri untuk buat sesuatu. kadang-kadang rasa macam tak cukup 'passion' untuk accomplished segala wish-list, segala target atau mungkin "the-new-year-resolution". teruk kan? well, it means that there are something more that i need to discover within myself. (tak tahu la kan tahun bila baru boleh nak discover semua benda tu...*rolling eyes kat diri sendiri*)

nota kaki:
  • strive to be better, dila!
  • oh, ayat sangat tunggang langgang la.. T__T
  • ada lagu tajuk dia "jerrypah". terus tergelak dengar tajuk lagu tu sebab somehow i feel like its my name... ridiculous kan? dan teringat atik n nawa masa KI sebab panggil aku jaripah since there's no letter in hindi, kannada or tamil for "Z" and "F".. so yeah, my name is jaripah..@_@

Saturday, May 19, 2012

of the NSS Camp that i never join

"Twenty years from now you will be more disappointed by the things that you didn't do than by the ones you did do. So throw off the bowlines. Sail away from the safe harbor. Catch the trade winds in your sails. Explore. Dream. Discover."  

     -Mark Twain

ni belum 20 tahun lagi dah rasa macam rugi je tak join NSS Camp.. *sigh*

National Service Scheme (NSS) is an Indian government-sponsored program under the Department of Youth Affairs and Sports of the Government of India. 

despite all not-so-nice things that people said, I still think that it would be a great experience to join NSS Camp. bukankah erti hidup pada memberi? give, give and give without expecting something in return, you will much content in the heart. to see the smile in those innocent face, to see a slight relief in those burdened shoulder, to feel useful to society, to witness all the good changes..... i guess it is not too much if i say that is something to die for. or maybe something to live for? that sounds much better kan? =)

itu lah, siapa suruh hesitate sangat kan dila? TT__TT


*  *  *  *  *  *  *  *  *  *

since tak pergi, kita tengok gambar yang Andrew (with the quotes) ambik je la, ok?
seeing these pictures make my heart want to go there even more..=(







In a poor forsaken village somewhere around India, there were 2 boys.. 
They have nothing much in life, but one thing's for sure, they have each other for life.. 
BRO-mance.. =) 











Seeing them so hungry, poor n lost..it's really sad.... =(
So if you can sit in front of FB and liking this pic,
you should be thankful for it.. 
So LOVE your LIFE.. =)









nota kaki:
  • tenang-tenanglah duhai hati. jangan ada kesal. moga yang sekarang ini adalah yang terbaik.

#rambling

once upon a cupcake?

katanya engkau seorang pejuang,
masakan baru tersadung, kau sudah tempang?
belum punah tubuh dan badan, hatimu sudah rawan?
padahal belum menapak ke medan juang..

kau kira jalanmu masih panjang,
sedang masa mulai menghilang,
lalu apa gunanya peluang....

sedang Dia mahu ajarkan engkau keyakinan sebuah harapan,
yakin bahawa Tuhanmu tidak pernah mensia-siakan,
 andai pasti esok hari pengakhiran, 
masih jua kau diminta menanam biji tamar,
kerana natijah kehidupan adalah kerja Tuhan.


Friday, May 18, 2012

bila orang kurus rasa dirinya gemuk.

....dan orang gemuk dah tak tahu nak cakap diri dia apa.


nota kaki:

  • orang gemuk hanya mampu diam. mungkin juga sambil buat muka camni:

-___-"

atau


T__T

Wednesday, May 16, 2012

cikgu, jasamu ku kenang selalu

tanggal enambelas haribulan lima setiap tahun, seluruh Malaysia sambut Hari Guru.
a day to celebrate the person called teacher.

aku rasa pekerjaan yang paling dekat, yang semua orang akan ingat adalah guru. 
sampai dah pencen pun orang tetap panggil cikgu. iye dak?
walaupun macam senang (kot?) tapi tak semudah tu. 
well, maybe superficially it just the act of sharing the knowledge to others. 
but like an old Chinese saying, " a teacher is an engineer of human soul." wowww~ 
bukan sekadar nak bagi budak pandai je tapi lebih dari itu, tahu! 
IQ,EQ and SQ. semua-semua sekali la. 

kita mula kenal cikgu masa sekolah tadika. umur 6 tahun. kalau ikutkan, umur 5 tahun barulah manusia mula simpan setiap memori. maka banyak memori yang membentuk diri kita bermula dari sekolah. betul tak?

dan tak semestinya pelajar yang keluar sekolah dengan straight A's segala bagai je yang belajar, in fact mungkin yang school-drop out tu yang belajar lagi banyak. belajar tentang hidup. tentang harapan. 
pernah tengok/baca Laskar Pelangi? malas nak cerita panjang, faham sendiri la eh.

untuk aku, cikgu yang paling dekat adalah puan emak. cikgu pertama yang aku kenal. *senyum sensorang* mak dah jadi cikgu 24 tahun kot. entah, aku pun tak berapa tahu. tapi yang pastinya lagi lama dari usia aku hidup kat muka bumi ni. sebab tu hari guru agak significant untuk aku. (agaknya lah...)

aku bukannya jenis student yang baik dengan cikgu pun. aku jenis yang tak carik pasal. duduk diam, takpun tido je..hehe~ jadi susah nak kata, cikgu yang mana satu yang sangat significant untuk aku. tapi sangat terharu bila cikgu ingat siapa aku. yelah, dah kata aku ni wallflower, makanya takde yang perasan sangat kewujudan aku pun.

gamba 10 tahun lepas. gamba form 1. 
ambik dari fesbuk orang yang muka kotak hitam tu.
ok, muka sangat kelakar masa ni.
epic! sempena hari guru.. =D


disebabkan aku tak tahu nak ucap apa, maka aku tujukan lagu ni kat untuk cikgu, bekas cikgu dan juga bakal cikgu.


Tulus setiamu cikgu telah mengajar kami
Membekalkan ilmu untuk masa depan
Dari ABCDE 12 dan 3 hingga aku tahu baca dan kira

Tak terhingga pengorbananmu
Hingga aku besar kan ku ingat selalu

Terima kasih padamu cikgu
Jasa mu akanku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajarku
Terima kasihku kepadamu cikgu
Terima kasih cikgu

Kaulah pelita hidup bagi kami semua
Menuju jalan ke arah yang benar
Penuh ikhlas dan tulus membimbing dan mengajar
Untuk memastikan kami berjaya

Tak terhingga pengorbanan mu
Hingga aku besar kan ku ingat selalu

Terima kasih padamu cikgu
Jasa mu akanku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajarku
Terima kasihku kepadamu cikgu
Terima kasih cikgu

Tak terhingga pengorbanan mu
Hingga aku besar kan ku ingat selalu

baca cerita (?) ni [hlovate]
cikgu bukan sekadar nak bagi ilmu. 
cikgu yang mencetuskan rasa tahu--> lalu menjadi mahu --> dan akhirnya menjadi perlu.

terima kasih ya Allah untuk seseorang yang bergelar guru..
terima kasih cikgu kerana menjadikan saya manusia. ^__^

nota kaki:
  • lupa pulak bila hari guru kat india ni.. -___-"
  • put the song on replay until now...=P

Tuesday, May 15, 2012

wordless wednesday #6

tadi dalam kelas dah siap  plan nak letak gamba ape untuk wordless wednesday. sekarang dah tak ingat langsung nak letak ape. sape suruh mengelamun dalam kelas kan. haih~

dan lepas tengok video denabahrin, aku rasa lagu ni comel. if you know what i mean.

ok, drop the subject...
since dah tak ingat nak letak gamba ape tadi, something came up which i think interesting thing to share. =P

meet mr. monkiki...=P
terus cuak nak lalu kat situ. kena pusing jauh sikit nak balik hostel.


nota kaki:
  • so much of your wordless wednesday kan dila... *rolling eyes kat diri sendiri @_@*
  • hari ni ambik kes budak kecik microcornea+microphtalmus... budak tu nakal tapi pemalu.. comel~

Sunday, May 13, 2012

adaptation of sweet actions

tengah nyenyak tido, tiba-tiba henfon berbunyi. lama pulak tu, entah kat mana lah aku campak henfon tu. ingatkan nak terus je sambung tido sambil dalam hati cakap,
"alaaa..nanti orang tu call balik la. entah-entah vodafone je." 
tapi henfon terus berbunyi macam nak suruh jawab jugak-jugak. maka dengan keadaan mamai pergilah carik henfon. to my surprise, it is my father's number on the caller ID.
dalam hati, "oh, kenapa ayah call ni eh?"

dila: hello *muka mengantuk*
ayah: hello, assalamualaikum. apa khabar? sihat ke?
dila: waalaikumussalam.
(tak sempat nak fikir ayat, ayah sambung balik)
ayah: dah telefon mak ucap Selamat Hari Ibu?
dila: oh? aaah, terlupa! belum call lagi. ok2, japgi nak call. 

sebenarnya aku tengah dalam dilema, betul ke haram sambut hari Ibu? jadi aku pun ignore je la bila sepatutnya tarikh Hari Ibu. bila ayah call tanya, baru teringat nak call mak. mak mesti tunggu aku wish kan? tak baik kalau menghampakan hati ibu yang mengharap ucapan dari anaknya.

Kerana itu saya merasakan tiada salahnya untuk mengadakan sambutan Hari Puan Mama; sekurang-kurangnya ada satu hari yang kita dedikasikan untuk ibu, mak, ummi dan Puan Mama kita bagi menunjukkan yang kita sebenarnya chenta, kasih dan amat menghargai segala pengorbanan yang telah mereka tunjukkan. Sekurang-kurangnya pada satu hari dalam setahun ini, kita mampu untuk buktikan kepada mereka ini yang kita tidak pernah lupa jasa dan budi yang telah mereka curahkan kepada kita semua. [read more here]

lepas call mak cakap Selamat Hari Ibu, I Love You etc, mak bagitau la tadi ayah tanya aku ade call tak ucap Hari Ibu.. oppsie~

sebenarnya, aku yang selalu call ayah atau adik lelaki aku untuk ingatkan dyorang bila ada "special day". macam contohnya, aku akan call bila hari lahir mak atau wedding anniversary mak ayah. kadang-kadang aku suruh la ayah beli hadiah romantik untuk mak, pastu suara ayah awkward gile kot. hahahahaha~

teringat lagi masa balik selepas exam bulan januari hari tu, terkejar-kejar carik kedai kek masa tengah shopping. yelah, kononnya nak buat surprise sambut birthday mak.
yang paling aku ingat adik kecik cakap,
"aku tak ingat pun hari jadi mak sebab tu aku tak ucap kat dia."
maka kakak dia ni jawab,
"laaa... kan aku dah tag kat fesbuk, bagitau hari jadi mak, siap buat ucapan segala bagai." 
"mana lah aku tahu. aku bukannya bukak fesbuk sangat pun."

so, i guess this time, it is my turn to be reminded. =)


"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri."
(Surah An Nisa 4: 36) 


nota kaki:

  • setiap hari pun Hari Ibu dan Hari Ayah. ^__^
  • adik lelaki sangat sweeeetttttt...

Thursday, May 10, 2012

do you know what I miss the most?

one of it is raya kat malaysia..


err, aku takkan lupa perasaan nak raya kat mesia kan? just because that this year just might be the fourth raya here..

nota kaki:

  • i miss a lot of things actually (both meaning of miss=rindu/terlepas) 

Sunday, May 6, 2012

Everything has its beauty, but not everyone sees it

tanpa sengaja telah ter'blogwalking' kat random blog..
gara-gara tertengok satu video tutorial tu yang muka budak perempuan tu sebijik macam seorang sahabat.

(oh, amat rindu sahabat itu~)

muka dia macam mixture muka orang yang aku kenal. abaikan.

dia sangat cantik.
perfect symmetry of face.
oh, gigi dia lawa. ^_^

eh, tu bukan motif utama nak tulis.

nak ramble jap sebelum tido.

browsing through her blog make me realised that technology has been way to much in influencing teenager nowadays. handphone, camera, social networks like twitter, facebook, blog, err myspace? (is it too yesterday?) kecik-kecik dah pakai telefon canggih. dulu masa sekolah paling canggih ada kadfon la kot sebab tapayah risau duit syiling bila nak guna public phone. i bet it is not too much to say that technology really spoils them. sayang seribu kali sayang.

dear adik manis, 
you might not know me and neither do i. i just happened to be a random visitor to your blog. don't get me wrong here. seriouly, i mean no harm. just that i think it would be nice to have girls talk with you, a sister to sister. ^_^ 
prioritised the priority! 
nak bagitau awak yang blogging, socialnetworking, semua tu benda sampingan je. belajar tu priority. lagipun masih sekolah, jadi kena lah perangai macam budak sekolah kan? zaman sekolah tu masih ohsem posem walaupun takde internet segala bagai ni. percayalah, zaman sekolah adalah zaman pembentukan personaliti anda. there are a lot of things to explore, to experience. don't ruin that with 'virtual things' that being offered by internet. 
cherish the moment! 
awak akan tahu betapa banyak kenangan manis yang awak boleh dapat. awak akan senyum sensorang bila ingat balik zaman awak jadi taiko kat sekolah ataupun wallflower yang hanya pilih untuk jadi pemerhati. belajar sungguh-sungguh, awak akan rasa bahagia bila awak nampak senyuman di bibir mak ayah melihat kejayaan awak.  
prove to them that you are worth it! 
awak cantik. sempurna. like a pure innocent child, mungkin awak tak nampak lagi dunia yang saya tengah bagitau kat awak ni. tak perlu tunjuk kat semua gambar awak yang cantik tu. sejujurnya, saya rasa kecantikan awak tu patut jadi sangat ekslusif, only to those who can really appreciate you. dunia ni ada macam ragam manusia. ada yang baik, ada yang tak seberapa. semua mahu cantik, dah tak mustahil ada yang mahu jadi awak. cantik tu bukan di wajah sahaja, cantik tu pada hati, pada akhlak awak.  
beauty is the light in the heart! 
sayang, tolong pakai tudung walaupun bukan kat sekolah ok? kat sekolah mungkin awak terasa macam pakai tudung tu peraturan sekolah, supaya tak nampak macam alien/not belong kalau tak pakai tudung tapi satu hari, bila awak tahu nilai tudung tu awak akan rasa bersyukur yang bila pergi sekolah kena pakai tudung. akan akan rasa paksaan tu mendidik hati awak. awak akan rasa tudung tu sebahagian dari awak, takde tudung tu tak sempurnalah awak. 
rambut mahkota wanita. agreed! tapi mahkota orang tak letak merata-rata kan? orang simpan elok-elok dalam peti besi dan mungkin upah pengawal untuk jaga.sebenarnya, cantik tu nikmat Allah tapi cantik juga satu bentuk ujian. semoga awak berjaya dalam ujian hidup ni. doakan akak juga ye. 
may Allah bless you, sis~

xoxo,
kakak baik ^_^



The appearance of things change according to the emotions, and thus we see magic and beauty in them, while the magic and beauty are really in ourselves.
-Kahlil Gibran

nota kaki:

  • dia baru tingkatan tiga.
  • rasanya semua benda yang aku cakap tu lebih kepada self-reminder agaknya.
  • malam ni supermoon. subhanallah, bulan cantik sangat. sangat terang bercahaya. ^_^