Wednesday, May 16, 2012

cikgu, jasamu ku kenang selalu

tanggal enambelas haribulan lima setiap tahun, seluruh Malaysia sambut Hari Guru.
a day to celebrate the person called teacher.

aku rasa pekerjaan yang paling dekat, yang semua orang akan ingat adalah guru. 
sampai dah pencen pun orang tetap panggil cikgu. iye dak?
walaupun macam senang (kot?) tapi tak semudah tu. 
well, maybe superficially it just the act of sharing the knowledge to others. 
but like an old Chinese saying, " a teacher is an engineer of human soul." wowww~ 
bukan sekadar nak bagi budak pandai je tapi lebih dari itu, tahu! 
IQ,EQ and SQ. semua-semua sekali la. 

kita mula kenal cikgu masa sekolah tadika. umur 6 tahun. kalau ikutkan, umur 5 tahun barulah manusia mula simpan setiap memori. maka banyak memori yang membentuk diri kita bermula dari sekolah. betul tak?

dan tak semestinya pelajar yang keluar sekolah dengan straight A's segala bagai je yang belajar, in fact mungkin yang school-drop out tu yang belajar lagi banyak. belajar tentang hidup. tentang harapan. 
pernah tengok/baca Laskar Pelangi? malas nak cerita panjang, faham sendiri la eh.

untuk aku, cikgu yang paling dekat adalah puan emak. cikgu pertama yang aku kenal. *senyum sensorang* mak dah jadi cikgu 24 tahun kot. entah, aku pun tak berapa tahu. tapi yang pastinya lagi lama dari usia aku hidup kat muka bumi ni. sebab tu hari guru agak significant untuk aku. (agaknya lah...)

aku bukannya jenis student yang baik dengan cikgu pun. aku jenis yang tak carik pasal. duduk diam, takpun tido je..hehe~ jadi susah nak kata, cikgu yang mana satu yang sangat significant untuk aku. tapi sangat terharu bila cikgu ingat siapa aku. yelah, dah kata aku ni wallflower, makanya takde yang perasan sangat kewujudan aku pun.

gamba 10 tahun lepas. gamba form 1. 
ambik dari fesbuk orang yang muka kotak hitam tu.
ok, muka sangat kelakar masa ni.
epic! sempena hari guru.. =D


disebabkan aku tak tahu nak ucap apa, maka aku tujukan lagu ni kat untuk cikgu, bekas cikgu dan juga bakal cikgu.


Tulus setiamu cikgu telah mengajar kami
Membekalkan ilmu untuk masa depan
Dari ABCDE 12 dan 3 hingga aku tahu baca dan kira

Tak terhingga pengorbananmu
Hingga aku besar kan ku ingat selalu

Terima kasih padamu cikgu
Jasa mu akanku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajarku
Terima kasihku kepadamu cikgu
Terima kasih cikgu

Kaulah pelita hidup bagi kami semua
Menuju jalan ke arah yang benar
Penuh ikhlas dan tulus membimbing dan mengajar
Untuk memastikan kami berjaya

Tak terhingga pengorbanan mu
Hingga aku besar kan ku ingat selalu

Terima kasih padamu cikgu
Jasa mu akanku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajarku
Terima kasihku kepadamu cikgu
Terima kasih cikgu

Tak terhingga pengorbanan mu
Hingga aku besar kan ku ingat selalu

baca cerita (?) ni [hlovate]
cikgu bukan sekadar nak bagi ilmu. 
cikgu yang mencetuskan rasa tahu--> lalu menjadi mahu --> dan akhirnya menjadi perlu.

terima kasih ya Allah untuk seseorang yang bergelar guru..
terima kasih cikgu kerana menjadikan saya manusia. ^__^

nota kaki:
  • lupa pulak bila hari guru kat india ni.. -___-"
  • put the song on replay until now...=P

No comments: