![]() |
once upon a cupcake? |
katanya engkau seorang pejuang,
masakan baru tersadung, kau sudah tempang?
belum punah tubuh dan badan, hatimu sudah rawan?
padahal belum menapak ke medan juang..
kau kira jalanmu masih panjang,
sedang masa mulai menghilang,
lalu apa gunanya peluang....
sedang Dia mahu ajarkan engkau keyakinan sebuah harapan,
yakin bahawa Tuhanmu tidak pernah mensia-siakan,
andai pasti esok hari pengakhiran,
masih jua kau diminta menanam biji tamar,
kerana natijah kehidupan adalah kerja Tuhan.
No comments:
Post a Comment