Sunday, May 6, 2012

Everything has its beauty, but not everyone sees it

tanpa sengaja telah ter'blogwalking' kat random blog..
gara-gara tertengok satu video tutorial tu yang muka budak perempuan tu sebijik macam seorang sahabat.

(oh, amat rindu sahabat itu~)

muka dia macam mixture muka orang yang aku kenal. abaikan.

dia sangat cantik.
perfect symmetry of face.
oh, gigi dia lawa. ^_^

eh, tu bukan motif utama nak tulis.

nak ramble jap sebelum tido.

browsing through her blog make me realised that technology has been way to much in influencing teenager nowadays. handphone, camera, social networks like twitter, facebook, blog, err myspace? (is it too yesterday?) kecik-kecik dah pakai telefon canggih. dulu masa sekolah paling canggih ada kadfon la kot sebab tapayah risau duit syiling bila nak guna public phone. i bet it is not too much to say that technology really spoils them. sayang seribu kali sayang.

dear adik manis, 
you might not know me and neither do i. i just happened to be a random visitor to your blog. don't get me wrong here. seriouly, i mean no harm. just that i think it would be nice to have girls talk with you, a sister to sister. ^_^ 
prioritised the priority! 
nak bagitau awak yang blogging, socialnetworking, semua tu benda sampingan je. belajar tu priority. lagipun masih sekolah, jadi kena lah perangai macam budak sekolah kan? zaman sekolah tu masih ohsem posem walaupun takde internet segala bagai ni. percayalah, zaman sekolah adalah zaman pembentukan personaliti anda. there are a lot of things to explore, to experience. don't ruin that with 'virtual things' that being offered by internet. 
cherish the moment! 
awak akan tahu betapa banyak kenangan manis yang awak boleh dapat. awak akan senyum sensorang bila ingat balik zaman awak jadi taiko kat sekolah ataupun wallflower yang hanya pilih untuk jadi pemerhati. belajar sungguh-sungguh, awak akan rasa bahagia bila awak nampak senyuman di bibir mak ayah melihat kejayaan awak.  
prove to them that you are worth it! 
awak cantik. sempurna. like a pure innocent child, mungkin awak tak nampak lagi dunia yang saya tengah bagitau kat awak ni. tak perlu tunjuk kat semua gambar awak yang cantik tu. sejujurnya, saya rasa kecantikan awak tu patut jadi sangat ekslusif, only to those who can really appreciate you. dunia ni ada macam ragam manusia. ada yang baik, ada yang tak seberapa. semua mahu cantik, dah tak mustahil ada yang mahu jadi awak. cantik tu bukan di wajah sahaja, cantik tu pada hati, pada akhlak awak.  
beauty is the light in the heart! 
sayang, tolong pakai tudung walaupun bukan kat sekolah ok? kat sekolah mungkin awak terasa macam pakai tudung tu peraturan sekolah, supaya tak nampak macam alien/not belong kalau tak pakai tudung tapi satu hari, bila awak tahu nilai tudung tu awak akan rasa bersyukur yang bila pergi sekolah kena pakai tudung. akan akan rasa paksaan tu mendidik hati awak. awak akan rasa tudung tu sebahagian dari awak, takde tudung tu tak sempurnalah awak. 
rambut mahkota wanita. agreed! tapi mahkota orang tak letak merata-rata kan? orang simpan elok-elok dalam peti besi dan mungkin upah pengawal untuk jaga.sebenarnya, cantik tu nikmat Allah tapi cantik juga satu bentuk ujian. semoga awak berjaya dalam ujian hidup ni. doakan akak juga ye. 
may Allah bless you, sis~

xoxo,
kakak baik ^_^



The appearance of things change according to the emotions, and thus we see magic and beauty in them, while the magic and beauty are really in ourselves.
-Kahlil Gibran

nota kaki:

  • dia baru tingkatan tiga.
  • rasanya semua benda yang aku cakap tu lebih kepada self-reminder agaknya.
  • malam ni supermoon. subhanallah, bulan cantik sangat. sangat terang bercahaya. ^_^




2 comments:

DiA said...

oh, baru faham status kau tuuu.. hihi...
agree, bulan cantik wlupun dgn kawah2nya ;)

Anonymous said...

baiknya kakak ni. thanks akak :)