"alaaa..nanti orang tu call balik la. entah-entah vodafone je."
tapi henfon terus berbunyi macam nak suruh jawab jugak-jugak. maka dengan keadaan mamai pergilah carik henfon. to my surprise, it is my father's number on the caller ID.
dalam hati, "oh, kenapa ayah call ni eh?"
dila: hello *muka mengantuk*
ayah: hello, assalamualaikum. apa khabar? sihat ke?
dila: waalaikumussalam.
(tak sempat nak fikir ayat, ayah sambung balik)
ayah: dah telefon mak ucap Selamat Hari Ibu?
dila: oh? aaah, terlupa! belum call lagi. ok2, japgi nak call.
sebenarnya aku tengah dalam dilema, betul ke haram sambut hari Ibu? jadi aku pun ignore je la bila sepatutnya tarikh Hari Ibu. bila ayah call tanya, baru teringat nak call mak. mak mesti tunggu aku wish kan? tak baik kalau menghampakan hati ibu yang mengharap ucapan dari anaknya.
Kerana itu saya merasakan tiada salahnya untuk mengadakan sambutan Hari Puan Mama; sekurang-kurangnya ada satu hari yang kita dedikasikan untuk ibu, mak, ummi dan Puan Mama kita bagi menunjukkan yang kita sebenarnya chenta, kasih dan amat menghargai segala pengorbanan yang telah mereka tunjukkan. Sekurang-kurangnya pada satu hari dalam setahun ini, kita mampu untuk buktikan kepada mereka ini yang kita tidak pernah lupa jasa dan budi yang telah mereka curahkan kepada kita semua. [read more here]
lepas call mak cakap Selamat Hari Ibu, I Love You etc, mak bagitau la tadi ayah tanya aku ade call tak ucap Hari Ibu.. oppsie~
sebenarnya, aku yang selalu call ayah atau adik lelaki aku untuk ingatkan dyorang bila ada "special day". macam contohnya, aku akan call bila hari lahir mak atau wedding anniversary mak ayah. kadang-kadang aku suruh la ayah beli hadiah romantik untuk mak, pastu suara ayah awkward gile kot. hahahahaha~
teringat lagi masa balik selepas exam bulan januari hari tu, terkejar-kejar carik kedai kek masa tengah shopping. yelah, kononnya nak buat surprise sambut birthday mak.
yang paling aku ingat adik kecik cakap,
"aku tak ingat pun hari jadi mak sebab tu aku tak ucap kat dia."
maka kakak dia ni jawab,
"laaa... kan aku dah tag kat fesbuk, bagitau hari jadi mak, siap buat ucapan segala bagai."
"mana lah aku tahu. aku bukannya bukak fesbuk sangat pun."
so, i guess this time, it is my turn to be reminded. =)
"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri."(Surah An Nisa 4: 36)
nota kaki:
- setiap hari pun Hari Ibu dan Hari Ayah. ^__^
- adik lelaki sangat sweeeetttttt...
2 comments:
maaf lambat reply di YM... dpt kan reply itu? ;)
dah ^__^
Post a Comment