Tuesday, November 30, 2010

food poisoning?

today i officially make my own holiday (baca: ponteng) because of nauseated feeling, diarrhea and stomach ache..
since i'm not doing anything right now, so i think why don't i make an entry that can give benefits to people..
(harap-harap bermanfaat~)

things to have if you are having this symptoms:
DIARRHEA, nausea, abdominal pain, vomiting
(WARNING: this is not an advice from a doctor.. merely based on common sense and personal experience)

  • Oral Rehydration Salt -this to prevent dehyration as you lost so much fluid because of diarrhea and vomiting
  • Charcoal Pills -to adsorb toxin release by bacteria
  • Minyak Angin (Tiger balm, minyak cap kapak etc) -to reduce abdominal pain and gives you some comfort
  • ENO -untuk buang angin kalau rasa banyak angin..
  • Paracetamol -as analgesic
usually, i only took the first 3..
but the most important thing is that you take plenty of water..
and if the symptoms persist, you have to see a doctor for further treatment..

IF you have this symptoms, you HAVE to see a doctor..
  • yellowish discolouration of eyes and skin
  • blood or mucous in stool
  • diarrhea more than 2 days
ok, dah tak larat tulis dah ni..
last sekali sakit teruk macam ni masa exam A2, few days before paper Biology- Paper 4 (susah giler) & Paper 5.. sebab tak sempat nak baca semua jadi redah je masa jawab exam.. dah la tak cukup tido malam sebelum tu jadi ada soalan yang tak dijawab sebab malas padahal kalau goreng je cerita mungkin boleh dapat 1-2 markah ke.. tapi Alhamdulillah A Level dah lepas~

nota kaki:
  1. i hate to go to see doctor if i'm sick..

Sunday, November 28, 2010

Wednesday, November 24, 2010

makan sedap dan pengsan

bila rasa tak best mesti makan jadi penawar terbaik..
eh, bukan ketawa ke penawar yang terbaik?
sebab dulu kawan aku maT saLLeh, cakap "laughter is the best medicine.."
ah,toksah dengar la cakap dia..
kita kan orang Melayu, makan kena dulu..eh?
(macam Melayu ni pelahap pulak..ish~ BIG NO!!!)

tadi kelaparan, kebuluran..*exaggerated*
maka nafsu makan pun mula lah meminta itu dan ini...
dan kesudahannya aku pun buat puding roti sos kastard yang sedap sedap sedap..=D
dan juga semangkuk besar mee kicap..(aku sukati je letak nama sebab ada mi dan kicap..haha~)
bila aku cakap besar, maksudnya SANGAT besar..
macam mixing bowl pun ada..cehhh~

tapi satu benda bila makan banyak ni, mulalah terjadi simptom ular sawan sawa..
rasa macam tak boleh nak bernafas je sebab perut penuh dengan taik makanan..
otak pun macam tak boleh berfikir aje sebab semua darah pam kat salur pencernaan, tinggal banyak mana je nak pam ke otak..
malas, mengantuk, rasa nak pengsan dan lepas tu terbongkang atas katil dan kroh kroh..
ni tabiat tak baik tau! dahlah tak sopan pastu nanti perut jadi buncit..

sebab tu Rasulullah pesan, "makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang"
makan sebelum lapar supaya takde lah nak sakit perut, masuk angin dan gastrik..
berhenti sebelum kenyang supaya perut takde la buncit dan develop simptom ular sawa..



so let us list down of Do's and Don'ts when eating..
(english aku macam cacat je..=_=")

DO's
  • basuh tangan sebelum dan selepas makan
  • makan dengan tangan kanan
  • baca doa makan atau Bismillah sebelum makan
  • makan makanan yang halal lagi berkualiti
  • kunyah makanan dengan baik 
  • dahulukan orang tua bila makan berjemaah
  • jaga adab sopan ketika makan
  • ucap Alhamdulillah selesai makan

DON'Ts
  • makan sambil berdiri atau berjalan
  • makan dengan tangan kiri
  • makan dari bekas perak atau emas
  • gelojoh!!!
  • makan terlalu kenyang
  • tido selepas makan

dan sekarang aku tengah sambung balik makan mee kicap dan puding roti yang tak habis lagi makan masa dinner tadi...............

~aidiladha 1431H~

nota kaki:  terlupa nak publish semalam sebab tertido masa tengah tulis post ni..*sigh*

Wednesday, November 17, 2010

salam aidiladha

my first attempt making 'laksa sarawak' in india..
oh, this picture taken by myself BUKAN curik dari Google..
comel kan? haha~ masuk bakul angkat sendiri..=P


try my best to find/make something like home..
to fill in the emptiness, perhaps~
for Malaysian like us, the thing that we would miss the most of course the variety of FOOD that available in Malaysia which are absolutely delicious.. nothing can beat that..
sebut saja makanan apa yang kita nak, mesti boleh dapat..
Japan? Korean? Western? Italian? Moroccan? Indonesian? Thai?
macam-macam ada~

hari ni hari raya aidiladha dan post ni ditulis dikala aku tengah memonteng clinical posting..hehe~
tiba-tiba rasa cam drowsy je masa kelas pagi tadi, dan aku rasa kalau aku pergi gak OT(operation theater) arini sure rasa nak pengsan sebab mengantuk, malas dan takde mood..
dah lah kena tunggu operation habis baru boleh balik..hmm, lebih kurang 3 jam la kot..

tahun ni, sama macam tahun lepas sebab takde cuti..
tak rasa pun nak raya.. takde suasana raya langsung..
tapi, bila tengok status orang di fb semuanya pasal raya, tiba-tiba aku jadi sayu..haih~

"seLaMaT HaRi rAyA aIdIlAdhA,buat kakak yg tersayang...
maaf zahir atas sgala silap & salah slama ini..."

ni adik aku pulak buat aku jadi lagi sayu dengan tulis kat wall fb aku macam ni..
sungguh terasa macam anak perantau..
                               MySpace
sekarang, aku cuba nak hidupkan suasana raya dalam hati aku dengan pasang takbir raya..

“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tidak ada tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Masa Besar dan bagi Allah segala puji-pujian.”

“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar sebesar-besarnya, Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) sebanyak-banyaknya, Maha Suci Allah pagi dan petang.”

“Tiada tuhan melainkan Allah, kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya, dengan ikhlas untuk agama (Islam), walaupun dibenci oleh golongan kafir.”

“Tiada tuhan melainkan Allah yang Esa yang benar janji-Nya, yang menolong hamba-Nya, yang memuliakan tentera-tentera-Nya (tentera Muslimin) dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya.”

“Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha Besar, Allah yang Maha Besar dan milik Allah-lah segala puji-pujian.”

Sunday, November 14, 2010

haa? spesies hippo ke?

semalam roomate dapat message dari kawan dia..
her friend: bogoshippo~
she: bogos hippo? is that a fancy name for hippo?
her friend: haha.. go and ask somebody who know korean to translate it for you..

she told me that her friend told her bogoshippo..
i said to her, "wasn't it supposed to be pronounce as bogo-shippo?"
i saw somebody wrote it as her fb status but i don't bother to know what does it mean..

*she's typing bogoshippo on google*
"oh, bogoshippo means 'I Miss You'..hahaha~"

sebab entry ni pun dah cerita pasal korea je, jom sama-sama layan lagu korea ni..
boleh berair mata..


nota kaki:
  1. bogoshiPPo or bogoshiPo?
  2. aku buat laksa sarawak first time kat india..walaweh, aku terasa nak poyo sekejap sambil cakap, "oh,yeah~~~"

kelahiran kehidupan kematian


last 071110, i'm officially a grandmother..
seorang anak Adam telah lahir ke dunia..(literally anak kepada Adam)
uhuk2~
tua seyh, tapi ngak ngapa-ngapa kok..aku suka deh!
oh, aku tak kawen lagi dan takde anak maka tak mungkin anak aku ada anak..
it's my cousin's grandson actually..(my cousin baru 40 kot)
ok, meet this little caliph..Mohd Aniq Zafarani..=)


dan few days before that my friend (kawan sekolah) has become a father..
congratulation!!!
he and his wife kawen muda dan masing-masing masih studi lagi..
both taking medicine course in UIA if i'm not mistaken..


and on SevenEleven jugak my lil' brother punya birthday yang kesembilan..
Alhamdulillah, Allah panjangkan usianya untuk menghadirkan kegembiraan pada aku..
semoga menjadi hamba Allah yang taat pada perintahNya, anak yang soleh dan manusia yang berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat..
no matter what happened, you will always be my little brother and i love you so much!

sembilan tahun umur dia, sembilan tahun juga aku dah tinggalkan zaman sekolah rendah..


seperti yang sudah tertulis pada aturan kehidupan, sesudah kelahiran bermulalah kehidupan..
dan akan berakhir dengan sebuah kematian..

malam Khamis tu aku dikejutkan dengan satu SMS mengatakan bahawa seorang pelajar Malaysia di India telah kemalangan dan meninggal dunia..
they said that the cause of death: subdural haemorrhage and multiple skull fractures..

hari Jumaat, bercakap dengan seorang kawan..
aku: macam tak percaya je..tapi kalau dah ajal, tak boleh nak cakap ape jugak..
kawan: ajal tu memang tak boleh nak elak.. cuma India ni memang lah selalu accident tapi jarang lah sampai mati..
aku: betul lah..tapi mungkin Allah nak jadikan accident tu sebab kematian dia..
kawan: orang yang bawak dia tu mesti trauma
arwah baru je beberapa bulan sampai di India.. 
muda lagi orangnya tapi bila Allah nak tarik nyawa, tak kisah umur berapa, tempat di mana pasti tetap kembali padaNya..
suddenly, i flashed back to the moment when we have our pre-departure briefing..
somebody told us something like this..
"kami hantar kamu pergi sebagai manusia, harapnya bila balik nanti masih juga sebagai manusia.."
last part can be interpreted into 2 different views, manusia=bukan mayat..
atau manusia=civilised person,bukannya jadi macam setan..

this is the news from taken from [here]
A Malaysian national died on the spot when his two wheeler skidded and fell into a ditch in front of BDP College of Engineering, here today.
Police said teen-aged Mohamad Akmal Shahiran, while riding his two wheeler tried to avoid hitting an auto rickshaw when the accident occurred. Shahiran, who was a native of Apang Singalur State in Malaysia, was studying first year MBBS course in a Private Medical College here. The body was sent for post-mortem.

ni pulak berita dari BHonline..
CHENNAI: Impian Muhammad Akmal Shahiran Marzukhi untuk menjadi seorang doktor berkecai apabila beliau terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya di Selatan India, petang Khamis lalu. Nahas berlaku apabila Akmal, pelajar tahun pertama di JJM Medical College di Davangere, Karnataka, sedang membonceng motosikal yang ditunggang seorang pelajar.
Rakannya cuba mengelak beca bermotor lalu hilang kawalan sebelum terbabas dan jatuh ke dalam longkang.
Akmal cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia pada hari sama di sebuah hospital tempatan. Rakannya terselamat. Pelajar tajaan MARA berumur 19 tahun itu tiba di India untuk melanjutkan pengajian perubatan September lalu. Konsul Jeneral Malaysia Anuar Kasman berkata, jenazah pelajar itu diterbangkan dari Bangalore ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur awal pagi ini. Majlis pengebumian akan diadakan di Kuala Kedah.
Davangere terletak kira-kira 260 kilometer dari Bangalore. - BERNAMA

arwah berasal dari mana sebenarnya aku tak pasti sebab berita tu tak sama..
mungkin berita Malaysia lebih dipercayai rasanya..

Monday, November 8, 2010

janganlah mati..

Will you fly me away?
Take me away with you,
My love...


for now, my love is AirAsia sebab dia yang akan terbangkan aku balik bulan depan..hooray~~

aku rasa aku ni ada induced stress la..
sebabnya bila aku risau, muka mesti berkerut je..
tak boleh nak senyum...hailoh~
orang lain rilek je walaupun tahu ada bala akan datang bila orang ni muncul..
aku sebenarnya risau sebab tak faham pun apa yang orang tu suruh minggu lepas..
jadi takut lah bila tak buat, dia mengamuk pulak nanti..
dahlah aku ni bukan boleh orang marah-marah macam tu, mulalah jantung berdegup kencang..
bila dah cool, aku jadi emo lepas tu penat dan aku akan tido..zzzZZZ

bak kata ayu:
"Jangan menanggung beban yang tak perlu. Jangan memilih di kala tak perlu pun buat keputusan."
senyumlah dila...
jangan beratkan otak kau yang takde lah besar mana tu dengan benda yang tak sepatutnya..
you should know yourself better, right?
belajar rajin-rajin, jangan malas-malas..
hari khamis ni insyaAllah lepas la beban induced stress tu..
moga dipermudahkan segalanya, ya Allah..

"when everything were just beyond the reason to believe, that is when you know that your fight has just started.."
ayat ni bermain dalam kepala aku since beberapa minggu dah..
macam kreatif pulak aku berfalsafah macam ni..=)
bila rasa macam risau melampau tu, aku akan cakap, "Janganlah mati..."
rileks lah, jangan mati dulu..
walaupun hidup bukan mudah, tapi mati pun bukan senang..
ingat boleh ke aci rewind je, tanak mati sebab rupanya hidup tu lagi senang..
piraaahhhh~
jawablah kat malaikat maut macam tu..

yang penting, hidup jangan stress berlebihan..
sebabnya bila stress, emosi terganggu, ibadah pun jadi terganggu jugak..
lepas tu, kena ada clear conscious mind untuk buat apa pun..
lebih-lebih lagi bila nak buat keputusan..
tarik nafas dalam-dalam dan pandanglah langit..
dan hembus nafas kuat-kuat macam kau nak suruh masalah tu pergi dari hidup kau..

sebenarnya kan, aku sedih sebab aku dah rosakkan headphone yang ketiga..
headphone mula-mula sekali, wayar mikrofon tercabut..lepas tu dah tak boleh dengar sebelah telinga..
lepas tu beli headphone baru yang besar gabak tu..tapi ni pun dah bermasalah kat sebelah kiri..
tak bunyi pun, aku teleng sebelah kiri ada lah bunyi sekejap pastu hilang..teleng belah kanan ada pastu hilang jugak..pastu buat tak tahu je la..
dan yang last sekali, aku guna handsfree handphone..lepas tu tersangkut kaki dan aku jatuh pastu handsfree tu pun terputus dua..nasib baik aku tak tersembam ke lantai dan patah gigi..Alhamdulillah~

handsfree yang dah arwah..tercabut terus wayar tu dari tempat kita cakap-cakap tu..apa ntah nama dia.. yang nampak intact je kat lappy tu yang headphone bunyi-sebelah-je-tapi-nak-dengar-sebelah-lagi-kena-teleng-kepala-..fuhh~ panjang giler nama..



buah kelapa, obama dan gunung berapi

tajuk yang padat untuk bercerita pasal 2 perkara ni..
  1. Obama dan lawatan ke India dan kaitannya dengan buah kelapa
  2. Gunung Merapi mengamuk di Indonesia..
rasa macam lawak je baca tajuk kat Berita Harian Online "India risau Obama kena buah kelapa"
gara-gara keganasan di Mumbai yang dah banyak mengorbankan nyawa orang awam, India pun buat langkah berjaga-jaga even the stupidest things like this pun diaorang ambik berat..
yelah, lepas Mumbai kena bom, masjid kat Delhi kena serang, Sukan Komanwel 2010 yang tak berapa nak menjadi India kena jaga status..
kalaulah Obama cedera ke apa, mesti India kena kaw-kaw lah..


"Setiap tahun ramai rakyat India yang cedera atau terbunuh akibat ditimpa buah kepala yang gugur secara tiba-tiba. "
tapi kalau dah ajal, macam mana cara pun  nak mengelak memang tak boleh nak lari jugak..

lepas tu pasal letusan gunung berapi di Indonesia pun aku agak risau..
banyak nyawa menjadi korban..
khemah penempatan sementara pun penuh dan bersesak-sesak orang di dalamnya..
ramai yang menunggu giliran untuk dirawat di hospital dan kakitangan perubatan semua tak cukup tangan..
syarikat penerbangan pun banyak yang menangguhkan penerbangan disebabkan debu yang tebal..
harap-harap rakyat Malaysia di sana semua baik-baik sahaja..
belum lepas musibah tsunami, letusan gunung berapi pula menyahut giliran..
baru terbakar api dunia,derita sudah tak tertanggung rasa.. entah bagaimana agaknya api neraka?

Allah turunkan musibah untuk dijadikan peringatan kepada kita semua..
bukan mudah nak lalui semua benda ni..
hatta, tercucuk duri pun boleh jadi sedih sebab sakit..
tapi, mungkin ada sesuatu yang mampu diungkapkan..
cuma kita sahaja yang tak mampu mentafsirkan atau mungkin mengabaikan sahaja amaran dari alam..
entah-entah bila Malaysia dah jadi pusat hab hiburan malam, semua pokok kelapa mogok dan jatuhkan buah kelapa sesuka hati..
lepas tu bencana alam...................hmm.....(its better not to say anything..)

nota kaki:
  1. fb dah jadi macam CNN pulak dah.. semua berita dapat tahu dari fb.. is it a good or bad thing actually?

Friday, November 5, 2010

budak kecik kemaruk bercinta

aku bukan tua untuk cakap orang lain budak kecik..
tapi sekurang-kurangnya aku dah habis sekolah menengah, jadi mereka masih budak kecik bagi aku..
maaf kalau aku macam berlagak..

bila tengok facebook orang muda sekarang aku jadi risau..
betapa gelombang facebook sangat besar impak dalam hidup mereka..
semuanya dalam facebook..
nak mengorat, carik calon isteri pun kat facebook..
erk, ayat apakah ni?
cuma aku rasa cara yang lebih susah, lebih klise itu macam lagi sweet..
maaf lagi sekali kalau aku berjiwa seperti orang tua..=)

first sekali, aku tengok budak perempuan form 3 tulis caption kat gambar dia kat fb...
"i love you **** ****, my future husband insyaAllah.."
(sebenarnya ayat yg betul aku tak ingat tapi for sure my future husband tu ada)
gambar tu seksi kot..ke tak eh? *lupa*
pastu yang 'bakal suami' tu pulak baru form 4..
tiba-tiba aku terasa sangat tua pulak..-_-"
macam mana eh, dia boleh yakin yang itu bakal suami dia?
aku pulak masih tak jumpa-jumpa lagi..haha~

Buat adek yang akak tak kenal,

Adek ni PMR pun belum lepas lagi, belajar rajin-rajin dulu, banggakan mak dan ayah. Jadilah anak yang baik, balas jasa mereka dengan kejayaan adek. Buktikan pada semua yang adek ni bukan perempuan yang mudah, bukan perempuan murah..
Adek is somebody that has 'beauty with brain....and with iman too'..

'Bakal suami' adek pun tak lepas SPM lagi, macam mana adek boleh yakin dia mampu beri bahagia kat adek masa susah dan senang? Adek baru menengah rendah, banyak lagi yang adek tak jumpa. masih belum rasa lagi. Kehidupan lepas sekolah menengah bukannya berkisar pada orang yang sama, bukan berputar dengan adek seorang menjadi paksinya. Akak dulu pun macam tu jugak, dah masuk upper form, akak rasa macam dah matang sangat dah. Bila orang tak bagi buat sesuatu mesti akak rasa macam nak memberontak sebab akak rasa akak dah mampu buat keputusan sendiri, mampu jaga diri sendiri. Naif sungguh akak masa tu...padahal kalau tengok balik gambar form 5, akak memang masih seorang budak comot..
(tiba-tiba envy kat budak-budak sekarang yang reti bergaya)

mungkin sekadar jenaka..bila difikirkan betapa orang mahu yang mudah tapi indah..tapi lepas tu mungkin hanyalah 'touch and go' because they never put any effort thus they're not going to lose anything.. pic credit to [here]


Adek, masa depan tu sesuatu yang tak pasti. Tak salah menaruh harap, tapi ingatlah makin tinggi kita berada, makin sakit rasanya bila jatuh. Cinta bukan segalanya, tapi cinta juga yang memberi kehidupan namun bisa mematikan, memusnahkan hidup seseorang..

Sungguh akak takut sangat sebab akak nampak macam-macam gejala sosial berlaku sekarang ni...
lari ikut teman lelaki, buang bayi, pesta lewat malam..
Risau yang amat sangat sampaikan akak jadi tak tahu nak buat apa. Kalau difikirkan, adek ni bukan siapa-siapa pun. Entah profile siapa yang akak bukak pastu ternampak gambar yang membuatkan akak berfikir panjang..
i told this because i know you are precious and you deserve better...

mungkin adek akan cakap macam ni:
akak ni macam orang tua lah, kolot.. dah tu kuat membebel pulak tu..
sebok je nak jaga tepi kain orang..
mesti akak cemburu ni sebab akak takde boifren dan takde orang nak akak..
saya tahulah jaga diri sendiri..
akak senyap boleh tak?
akak bukannya baik sangat pun..

*tersenyum kelat*
bila difikir-fikir balik, akak memang bukan siapa-siapa..
tapi akak pernah rasa muda macam adek, masa jatuh cinta(?) tu terasa macam indah sangat..
semangat je nak pergi sekolah sebab boleh jumpa dia.. entah apa-apa je..
memang akak cakap akak tak pernah bercinta dan akak takde boifren jadi mungkin akak tak faham apa yang adek rasa..
tapi akak hidup dengan lihat apa yang terjadi di sekeliling akak..
-observation-

cinta anak anjing=puppy love?....taken from [here]
berapa ramai yang bercinta tapi putus di tengah jalan..
merana satu badan.. pelajaran, keluarga, masa depan, semuanya macam dah takde makna..
hanya yang punya kekuatan mampu bangkit kembali walaupun sebelumnya seperti nyawa hilang jasad..

i'm not telling you to break off if it's too hard for you..
i just want you to learn to love yourself, your family and of course love Allah on top of it all..
biarkan ada ruang dalam hati  untuk rasa kecewa..
jagalah segala batasan pergaulan dan aurat..
kerana sayang, kamu begitu berharga..

'cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. cinta bukan mengajar kita menghina diri, tapi menghembuskan kegagahan. cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.'
~Hamka~

sayang seribu kali sayang bila yang paling kita sayang telah hilang..
sayang bila usia muda habis dengan perkara yang sia-sia saja..
sayang sungguh bila budak sekolah fall deeply, madly in love where that love seems like a promising future for them..
tapi Katy Perry nyanyi:
"...Talk about our future like we had a clue
Never planned that one day I'd be losing you..."
and then they realised that it is not..
nothing would last eternally..

see [this] and justify it by yourself..

kek pandan yang membesar

sila baca dengan gaya macam cerita Doraemon...
alah, yang masa dia nak cakap tajuk macam, "kisah jaring labah-labah.."
macam tu la..
takkan nak kena demo kot..=D

okay, kita masuk cerita asal..
malas nak cerita berputar-belit, bersimpang-siur..
kan hari tu cakap nak buat kek kan?
pastu aku buat la walaupun malas sebab dah cakap kat kawan aku nak buat kek untuk Diwali..

aku pun mula keluarkan segala bahan-bahan yang perlu..
sebenarnya aku redah je sebab takde resepi kek pandan..
nak buat kek coklat, aku tak tahu mana aku campak resepi tu..
jadi, dengan bakat(?) aku yang boleh dipakai aku main redah je masuk bahan-bahan tu semua..
gula, telur, santan, tepung, susu pekat, pes pandan, serbuk penaik, minyak masak..
bantai je masuk semua tu..
agak-agak je, tak sukat pun sampaikan aku tercurah tepung banyak dalam tu..

lepas tu, konon-kononnya nak buat comel masukkan dalam cawan kertas..
tak tahu mana nak carik bekas untuk buat cupcake or muffin tu..
bubuh dalam 3/4 bahagian dari bekas tu kot..
muat 4 je sebab memang buat sikit pun adunan..

ni lah hasil lepas siap buat kerja..bersepah kan?

masukkan dalam pengukus..
(aku takde oven sebab nak beli masa pindah bilik nanti sebab bilik sekarang dah sempit sebab duduk 2 orang..<---banyak gile sebab)


ni lah hasilnya..
tinggal 3 bijik je sebab satu dah kena makan..*wink2*

kek yang membesar...
aku gelak kuat masa bukak penutup periuk tu sampai rumet yang tengah khusyuk buat kerja pun tengok..
tak hilang sengih aku tengok benda tu..
harapkan dia jadi comel tapi jadi macam terlebih baja..
hahahaha...
disebabkan agak kecewa, lapar dan sangat lawak, aku pun ambik terus satu dan ngap..
sedap!
nyum3~
tapi still nak gelak walaupun dah habis makan...

ni dah licin dah..siap makan dengan sudu Baskin Robbin lagi tu..=)
bila dah penat baru perasan yang aku ni banyak cakap la..
esok dah start cuti Diwali aka Deepavali, tapi clinical posting masih ada..
harap-harap esok boleh balik awal dan makan Nasi Briyani dan main mercun dengan gembira..hooyeh~

nota kaki:
  1. aku ni ada hati juga nak ada blog masak-masak walaupun kek jadi macam ni..=P
  2. cuti ni nak berehat dan tido sepuas hati dan baca buku dan tengok cerita korea sambil tulis kerja rumah yang banyak dan online 24 jam... huh? macam tak cukup je cuti kalau macam ni..
  3. i have tendency to spill things..i spilled my grape juice over my punjabi suit and on the floor too.. nasib baik belum mandi lagi..=)

Monday, November 1, 2010

malam orang mesia

tamat sudah Malaysian Night 2010 with election for MSA committees..
tapi drama dan politik sepanjang program ni (sebelum,semasa,selepas) belum selesai..
kecewa dengan sikap orang yang kurang professional..
tapi nak tuding jari kat orang, sama saja aku tunjuk kat diri sendiri sebab aku pun sebahagian dari yang terlibat..
cuma peranan sangat kecik sampai macam tak terlibat langsung..=p
memang malas pun nak terlibat because most of the time I don't know how to deal with people..
lame excuse~

aku pakai baju hijau..atas sampai bawah..
mula-mula rasa macam ok je tapi lam gambar nampak hijau sangat..
macam pokok..erk?
orang lain melaram...baju meriah, elegan, cantik dan segala adjektif yang menarik untuk describe baju orang..
oh, oh...ada orang pakai baju korea...ntah nama apa baju tu..
tapi comel~~ percaya lah..=)

majlis tak berjalan lancar seperti yang diharapkan..
yelah, bukan mudah nak uruskan majlis dan pastikan semua orang puas hati..
perfect=impossible
cuma yang agak terkilan bila cara sesetengah orang tu handle certain things in a very unprofessional way..
marah dengan cara terjerit-jerit, marah/mengutuk orang lain depan orang lain..
macam tu ke professional? ke emotional?
mungkin kita betul tapi tak bermakna orang lain salah..
dan marah macam orang yang hilang akal, ikut perasaan tak menunjukkan kita bagus..
bila punya kuasa tak semestinya kita punya segala hak untuk buat sesuatu ikut suka saja..
kuasa tu tak meliputi perasaan orang..
mungkin kau akan cakap, "aku peduli apa!"
tapi bila benda yang sama patah balik kat kau macam orang cakap karma, mungkin kau akan emosi juga..
emosi tu benda yang subjektif..
mungkin kau senior tapi tak bermakna junior tak boleh nak emosi..

ikutlah pepatah melayu, "bagai menarik rambut di dalam tepung..rambut jangan putus, tepung jangan berselerak.."
kita kan ada budi bahasa, kalau hilang itu, hilanglah martabat bangsa..
mahu mengaku Malaysia? padahal kau sama saja dengan India jika kau hilang itu..

you may think that you're not going to lose anything..
but you have lost my respect..
it is something that you have to earn not to expect..
when we are respected we gain the voluntary cooperation of people..
when people respect one another there would be fewer conflicts..

apek punya satus kat fb..
"Kita tidak mahu politik sekadar kutuk-mengutuk, maki-memaki dan hina menghina tanpa sebarang cadangan yang membina dan memajukan pemikiran rakyat."
nota kaki:
  1. nanti bila dah dapat culik gambar, aku letak la sebijik dua kat sini..
  2. mahu pergi jalan-jalan masa cuti Deepavali tapi takut bukan clinical holiday pastu cikgu psycho marah dan tandakan retrograde absent untuk aku..*sigh* plus i need to have a glance on things that i've learned now..otak kosong je walaupun banyak dah cikgu ajar..*sigh*