Friday, November 5, 2010

kek pandan yang membesar

sila baca dengan gaya macam cerita Doraemon...
alah, yang masa dia nak cakap tajuk macam, "kisah jaring labah-labah.."
macam tu la..
takkan nak kena demo kot..=D

okay, kita masuk cerita asal..
malas nak cerita berputar-belit, bersimpang-siur..
kan hari tu cakap nak buat kek kan?
pastu aku buat la walaupun malas sebab dah cakap kat kawan aku nak buat kek untuk Diwali..

aku pun mula keluarkan segala bahan-bahan yang perlu..
sebenarnya aku redah je sebab takde resepi kek pandan..
nak buat kek coklat, aku tak tahu mana aku campak resepi tu..
jadi, dengan bakat(?) aku yang boleh dipakai aku main redah je masuk bahan-bahan tu semua..
gula, telur, santan, tepung, susu pekat, pes pandan, serbuk penaik, minyak masak..
bantai je masuk semua tu..
agak-agak je, tak sukat pun sampaikan aku tercurah tepung banyak dalam tu..

lepas tu, konon-kononnya nak buat comel masukkan dalam cawan kertas..
tak tahu mana nak carik bekas untuk buat cupcake or muffin tu..
bubuh dalam 3/4 bahagian dari bekas tu kot..
muat 4 je sebab memang buat sikit pun adunan..

ni lah hasil lepas siap buat kerja..bersepah kan?

masukkan dalam pengukus..
(aku takde oven sebab nak beli masa pindah bilik nanti sebab bilik sekarang dah sempit sebab duduk 2 orang..<---banyak gile sebab)


ni lah hasilnya..
tinggal 3 bijik je sebab satu dah kena makan..*wink2*

kek yang membesar...
aku gelak kuat masa bukak penutup periuk tu sampai rumet yang tengah khusyuk buat kerja pun tengok..
tak hilang sengih aku tengok benda tu..
harapkan dia jadi comel tapi jadi macam terlebih baja..
hahahaha...
disebabkan agak kecewa, lapar dan sangat lawak, aku pun ambik terus satu dan ngap..
sedap!
nyum3~
tapi still nak gelak walaupun dah habis makan...

ni dah licin dah..siap makan dengan sudu Baskin Robbin lagi tu..=)
bila dah penat baru perasan yang aku ni banyak cakap la..
esok dah start cuti Diwali aka Deepavali, tapi clinical posting masih ada..
harap-harap esok boleh balik awal dan makan Nasi Briyani dan main mercun dengan gembira..hooyeh~

nota kaki:
  1. aku ni ada hati juga nak ada blog masak-masak walaupun kek jadi macam ni..=P
  2. cuti ni nak berehat dan tido sepuas hati dan baca buku dan tengok cerita korea sambil tulis kerja rumah yang banyak dan online 24 jam... huh? macam tak cukup je cuti kalau macam ni..
  3. i have tendency to spill things..i spilled my grape juice over my punjabi suit and on the floor too.. nasib baik belum mandi lagi..=)

6 comments:

nur aina adelia said...

oyeh dila dh pandai buat kek! nk pegi belgaum mkn kek dia lah! hahhaha..
comeyl la kek tue dila.... :P

dila_zarifah said...

haha..b4 ni dah ada bbrape attempt dah..
comel sbb cacat kot..=D

hari ni sy bwat kek coklat..
sedap!!!!
ni tak tipu sbb org lain yg ckp sedap,bkn sy..

dtg la, nnt sy bwatkan utk aina..
nak besar, kecik, pandan, coklat..semua boleh..
tp kna inform in advance la so that kalau x sedap blh bwat lg skali..hehe~

nur aina adelia said...

hahahhaha yay! insyaAllah smpai lg...

nurul-chan... said...

kak dilla..mmg lawak btol la...
hahahaha...sory la akk ptotla kne bce tajuk tu cm doremon bce...huhu
akk jgn terase yerk...sy gelak
tp akk kire terer la gak dr sy ni...=p

dila_zarifah said...

to aina:

kalau sy dah pndah single room mesti lg seronok nk main masak2 ni..
blh la awak jd bahan eksperimen..hihi~
lepas tu aina jd bolat..=p

dila_zarifah said...

to nurul:

gelak la..memang lawak pun..
nasib baik dah makan sampai habis kalau tak dok sengih je tgh kek tu..
kek senang je kot cik nurul..