eh, bukan ketawa ke penawar yang terbaik?
sebab dulu kawan aku maT saLLeh, cakap "laughter is the best medicine.."
ah,toksah dengar la cakap dia..
kita kan orang Melayu, makan kena dulu..eh?
(macam Melayu ni pelahap pulak..ish~ BIG NO!!!)
tadi kelaparan, kebuluran..*exaggerated*
maka nafsu makan pun mula lah meminta itu dan ini...
dan kesudahannya aku pun buat puding roti sos kastard yang sedap sedap sedap..=D
dan juga semangkuk besar mee kicap..(aku sukati je letak nama sebab ada mi dan kicap..haha~)
bila aku cakap besar, maksudnya SANGAT besar..
macam mixing bowl pun ada..cehhh~
tapi satu benda bila makan banyak ni, mulalah terjadi simptom ular
rasa macam tak boleh nak bernafas je sebab perut penuh dengan
otak pun macam tak boleh berfikir aje sebab semua darah pam kat salur pencernaan, tinggal banyak mana je nak pam ke otak..
malas, mengantuk, rasa nak pengsan dan lepas tu terbongkang atas katil dan kroh kroh..
ni tabiat tak baik tau! dahlah tak sopan pastu nanti perut jadi buncit..
sebab tu Rasulullah pesan, "makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang"
makan sebelum lapar supaya takde lah nak sakit perut, masuk angin dan gastrik..
berhenti sebelum kenyang supaya perut takde la buncit dan develop simptom ular sawa..
so let us list down of Do's and Don'ts when eating..
(english aku macam cacat je..=_=")
DO's
- basuh tangan sebelum dan selepas makan
- makan dengan tangan kanan
- baca doa makan atau Bismillah sebelum makan
- makan makanan yang halal lagi berkualiti
- kunyah makanan dengan baik
- dahulukan orang tua bila makan berjemaah
- jaga adab sopan ketika makan
- ucap Alhamdulillah selesai makan
DON'Ts
- makan sambil berdiri atau berjalan
- makan dengan tangan kiri
- makan dari bekas perak atau emas
- gelojoh!!!
- makan terlalu kenyang
- tido selepas makan
dan sekarang aku tengah sambung balik makan mee kicap dan puding roti yang tak habis lagi makan masa dinner tadi...............
![]() |
~aidiladha 1431H~ |
nota kaki: terlupa nak publish semalam sebab tertido masa tengah tulis post ni..*sigh*
2 comments:
bukan dila buat semua don't tu ke xD
bukan semua..
dila buat only the last 2..hehe~
tp bukan selalu pun sbb tu la kena cakap kat orang that its not a good thing to do supaya orang lain tak join dila buat..kan?
Post a Comment