Sunday, March 29, 2009

a new language..

walaupun post ni cam agak lapuk since registration utk KI 23 mac, tp nak tulis gak..


Untuk Kursus Intensif Program Khas India 2009 ni kite orang blaja bahasa India(Tamil, Hindi & Kannada) with addition of anatomy n physiology( juz learn about basic thing..)

Mula-mula tengok Activity Calendar.. seronok~~!!
ada BBQ kt PD, pg Kuala Gandah, lecture kt UM/UKM, bowling n futsal tournament (aku x reti main.. hehe~)

yang lagi seronok ada Tamil Language Night, Hindi Language Night n Kannada Night.. adakah kita orang ni menari ala-ala cter hindustan?? I've no idea about that..


__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Kelas dah start since selasa lepas..

memandangkan kena blaja 3 bahasa sekali gus, otak pun kadang-kadang tak boleh nak mencerna maklumat lagi..

kena upgrade RAM la agaknya..

Selalu je bercampur aduk bahasa tu semua..

antara ceritera pasal bahasa ni..

Suatu hari, aku dan Ika(bkn nama sebenar.. Sorry je cik Ika..=p) lambat masuk kelas sebab ada hal sikit..
Pastu, masuk2 kelas, lecturer dah panggil pelajar suruh tulis semua huruf yang dah di belajar dalam kelas sebelum ni..

dah la tengah nervous takut tak boleh nak jwb, Ika pun keluarkan nota semalam dan start practise tulis huruf-huruf tu..

Aku tgh blur lagi & men'skodeng' apa yang cik Ika tulis..
Ishh.. pelik bebenor huruf yg dia tulis, x sama mcm kt depan pun..

Aku: Ika, awak tgh tulis Kannada ke?
Ika: Yelah..
Aku: Kenapa saya tgk cam lain je.. Bukan tulisan Hindi ke?
Ika: Bukanla.. ni Kannada la.. Tgk ni (smbil tunjuk buku nota yg bertulis KANNADA)
Aku: *eek* (dalam hati) biar betul...

~setelah di selidik, rupanya cik ika yang tersilap.. dia pg tulis Hindi rupanya.. huahaha~

* * * * * * * * *

Masa aku tgh rajin nk siapkn homework, terjadilah insiden ini..


Buku tulis budak tadika utk bhasa Kannada di buka.. Huarghh~ malasnya..

"eh, camne nak tulis huruf ni ye?? xpe2, tadi kan baru blaja.."

maka aku pun mencari kertas2 yang bertulis nota2 bhasa..(blom organise lg..)
" haa~ ni kot.. kan tadi blaja konsonan"

aku pun meneliti bntuk2 huruf tersebut.. xde satu pun yang sama..

"ooo.. msti lcturer tadi silap ajar kot"
"Trah!! nak tnya, camne nk tulis konsonan utk Kannada.." kata aku sambil menunjukkan kertas yang bertulis nota.
.
"Ni Hindi la.. bukan Kannada la syg oi!! Sebab tu x sama.."

Hahaha~ akhirnya aku termalu sendiri.. kwang3..

~ni huruf2 HINDI~


~ni pulak KANNADA punye alphabet~


~yg gulung byk2 ni TAMIL~

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


Belajar bahasa ni memang la susah..

Dengan tulisan yg bergulung-gulung macam cacing, pronounciation yang selalu tak betul, vocabulary yang bercampur aduk..

Tapi SERONOK sangat!!! Dapat belajar bahasa baru, budaya baru n mcm2 benda baru..

Lagipun takde benda yang senang kalau kita tak berusaha.. Yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan datang melayang..

Dan sesungguhnya ALLAH telah berfirman:
“Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri....” Surah Ar-Ra'd, 13:11
So, dah takde alasan lagi untuk tidak belajar.. am I right??

InsyaAllah, masa 3 bulan ni akan digunakan sebaik-baiknya untuk belajar bahasa.. boleh tunjuk terer bila balik rumah nanti.. hehe~

TIPS BELAJAR BAHASA ASING

Tentukan waktu belajar yang paling baik
Pilihlah waktu belajar yang tenang agar kita dapat menumpukan sepenuh perhatian.

Tentukan target
Tentukanlah target, misalnya masa kita mampu menguasai bahasa yang kita pelajari.

Berlatih dan mengulangi pelajaran setiap hari
Banyak mengulangkaji bahasa sangat membantu kita dalam proses belajar.

Aturkan masa yang sesuai untuk berlatih percakapan
Pilihlah waktu yang tepat agar dapat berlatih bercakap.

Berlatih membaca dan menulis
Perbanyaklah latihan membaca dan menulis, karena dengan cara seperti itu kita akan biasa dengan bahasa yang dikehendaki.

Cari kawan yang tepat untuk belajar bersama-sama
Mencari teman yang tepat untuk diajak belajar bersama adalah keputusan yang tepat karena kita harus mengetahui benar2 apakah teman kita tersebut juga menguasai bahasa yang kita pelajari.

Berdoa sebelum dan sesudah belajar
Dalam melakukan sesuatu pekerjaan khususnya belajar biasakanlah untuk mengawali dan menyudahinya dengan membaca doa agar proses belajar kita berjalan dengan lancar dan diberkati ALLAH.

tips diambil dari: http://nazrinamin.blogspot.com/2009/02/tips-belajar-bahasa-asing.html


Friday, March 27, 2009

INDIA destinasiku

Teringat masa mula-mula dapat tawaran biasiswa JPA untuk buat perubatan di India..

Memang excited gilerr~ tak tau nak cakap apa dah..

Lepas tu baru realise, “India ke? Macam tak best je. Negeri panas, takde snow. =)”

Cakap macam tu sebab memang dari dulu nak pegi studi kt oversea=negara orang puteh

Pastu sorg kawan tu pun cakap (dia tak dapat biasiswa JPA), “Pergi je lah.. Byk lagi org yang nak tapi tak dapat peluang..”

Lepas tu, dengan disokong family, pergi la melangkah ke KTT untuk A-Level

........sekadar intro...........

Sejujurnya, jauh di sudut hati memang berharap kot2 last minute JPA tukar pergi Aussie ke, Ireland ke..

Dalam fikiran kadang-kadang membayangkan diri ini bermain salji, pakai winter coat, pg tegur kwn mat salleh..

Lebih-lebih lagi bila ada org ckp, A bkn nama sebenar,” Jangan jeles, saya dapat g europe..”

Dalam hati, Allah je yang tau macam mana rasanya.. seolah-olah impian tak kesampaian..

Hingga saat ini masih berusaha mengumpul sepenuh keyakinan untuk ke India..

Alhamdulillah.. perasaan nak pergi europe tu dah berkurangan sikit..

Mula belajar menerima hakikat dan berpijak di bumi yang nyata..

DATIN kata,

“ You all here are SPECIAL SELECTED HUMAN BEING to study medicine. Not everybody can. You’re destined to India.”

JPA officer punya amanat,

” Not everyone have opportunity to India. You’re LUCKY. Please set your mind to India NOW!! Grab the opportunity and don’t waste other people money. Jadilah doktor yang ikhlas berkhidmat untuk rakyat Malaysia and don’t involve in unnecessary thing.”

Sedikit sebanyak kata-kata tersebut meniup semangat dalam hati..

Lagi pula ramai sahabat yang menyokong disisi..

Dan paling penting this love letter....

“Dan sekiranya ALLAH melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNYA, nescaya mereka akan berbuat melampai batas di bumi, tetapi DIA menurunkan dengan ukuran yang DIA kehendaki. Sungguh, DIA Maha Teliti tehadap (keadaan) hamba-hambaNYA, Maha Melihat”

Surah Asy-Syura, 42:27

Mungkin seandainya diri ini mendapat tawaran ke Europe, Ireland or Rusia, I won’t be the one that I should be..

Mungkin bila balik Malaysia, aku akan jadi riak, sombong sebab graduate dari negara org puteh dan memandang rendah pada org lain..

Mungkin aku akan jadi seorang yang lupa diri, lupa asal usul atau mungkin lupa Tuhan.. Nauzubillah~

Leka dengan urusan duniawi semata..

Makanya INDIA ADALAH DESTINASIKU.. InsyaAllah everything will be alright...

Tak kisahlah di mana pun destinasi kita, kita masih tetap belajar membesar dan mengenal diri..

Memang lumrah manusia jarang mensyukuri nikmat yang ALLAH berikan..

Seringkali tak terlihat hikmah yang menggunung di sebalik sesuatu perkara..

Namun percayalah, ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita..

There is no doubt about that..

Thursday, March 26, 2009

blog baru...

hehe~
akhirnya ada jugak blog sendiri..
wee~