Showing posts with label india. Show all posts
Showing posts with label india. Show all posts

Sunday, March 14, 2010

GOA: Pengembaraan Bermula

"Katakanlah: Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baru. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (Surah Al-Ankabut,29:20)

atas permintaan cik huda ibrahim, aku meng'update' cerita Goa yang sudah lapuk ni..
last minute jugak la buat decision nak pergi Goa ni..
esok dah nak pergi hari ni baru nak make up my mind..

Sabtu-27/02/2010

bertolak dari Belgaum dalam pukul 9 pagi..
berhimpit-himpit je dalam kereta sebab orang yang menempah kereta ingat ada 8 orang je pergi..
tapi alih-alih ada 10 orang..
sumbat je la..
perjalanan ke goa ambik masa dalam 4 jam+..
masa nak lalu border Karnataka-Goa tu agak leceh la..
kena bagi duit baru diaorang bagi lepas masuk..
tak banyak la, cuma Rs50 (less than RM5)
tapi kalau ada seratus kereta yang lalu, Rs50x100=Rs 5000..
banyak jugak  tu..


kitaorang pergi kat north Goa (Goa tu adalah satu state kat India)
menginap kat Park Avenue Hotel sebab hotel-hotel kat seaside dah fully-booked(ni org yang cakap la)
lagipun kat Park Avenue ada budak-budak dari Davangere jugak..
boleh la nak jejak kasih sekejap..
lepas makan dan solat Jamak, me and my roomate start our journey to explore Goa..
berpecah dengan yang lain sebab kitaorang nak solat dulu+xnak g makan kat tempat diaorang nak pergi..
lepas makan kat vegetarian restaurant kat depan hotel, berjalan2 carik ATM..
pastu makan aiskrim Baskin Robbin..
masa tengah on the phone dengan XC, tiba2 bas berhenti kat depan kitaorang..
pak cik bas cakap bas tu g Panaji (capital city of Goa)
aku geleng kepala sambil bercakap ngan XC, my roomate pulak nak naik bas..
kecoh sekejap la, mana nak bercakap kat phone, mana nak halang dia naik bas..
sudahnya aku dan dia pun naik bas..
1st time naik public bus kat india walaupun dah lama kat sini..
tambang bas=Rs12 seorang..
sangat2 murah la..
Panaji tu jauh gak, 45 minit perjalanan..






sila jangan bayangkan kitaorang naik bas macam ni..
xde la sampai duduk kat atas bumbung tu..
(.^_^.)


sampai kat bus station Panaji, kitaorang keluar dan tercengang-cengang..
dah la tak tau ceruk mana dah pergi pastu jauh plak kalau nak jalan balik..
nak tau kitaorang buat apa???
naik lagi satu public bus pergi market..
bersesak2 macam sardin..
bila semua orang dah keluar, kitaorang duduk senyap2 je dalam bas sebab memang xde destinasi sampailah pak cik tu cakap ni last destination..
nak tak nak kena keluar la...
destination: Miramar Beach..
pas minum air kelapa n makan aiskrim lagi, balik ke hotel sebab XC suruh balik memandangkan kitaorang terbawak kunci bilik hotel..
kali ni naik auto pulak=Rs250..





 
refreshing coconut drink without preservative..
pakcik tu kupas? kelapa tu dan bagi kitaorang minum on the spot..
boleh pilih nak isi keras ke lembut..
(btw,pakcik tu cakap hindi, n kitaorang sesedap oren la mentranslate sendiri..as usual~) 


lepas balik, tukar baju pastu pergi Baga Beach..
masa tu dah pukul 6.30 ptg kot..
main2 sampai pukul 7 something sebelum kita 2 orang menapak balik ke hotel..
masa jalan2 tu makan gelato dan window shopping..
siapa yang pandai menawar boleh dapat harga yang murah..
(tips:buat2 merajuk n jual mahal kat orang kedai..=p)

~window shopping~
siapa2 yang terer bargain memang seronok la..

sempat la grab satu dua benda sebelum dijemput kanak2 davangere untuk makan malam..
sungguh rasa cam kanak2 terbiar je sebab dah la kotor main pasir, pastu tak mandi lagi..
selekeh kalau nak dibandingkan dengan mereka ni..
tak kesah lah, janji dapat makan..
dinner: seafood tapi tak sedap sangat..
btw, kat Goa ni susah nak dapat makanan halal..
most of the shop sell Pork..
arak jangan cerita la..
berlambak je macam banyaknya pub kat Goa tu..

balik hotel: mandi, solat, tido..


Ahad-28/02/2010

lepas bersiap2, pergi Calangute Beach nak main water sports..
kitaorang pilih package..
banana boat+bumpy ride+jet ski+parasailing=Rs600..
seronok!!!
parasailing sangat cool~


ni lah benda yang bernama parasailing tu..
cool kan? =D

tengah hari lepas mandi dan solat, keluar balik sebab nak cari makanan..
mula- mula dah masuk dah satu restoran tu, tapi bila tengok menu........................
pork..bacon...ham...
aku dah rasa semacam je..
pastu keluar lah dari situ..

then naik public bus lagi nak pergi Mapusa sebab tengok review kat internet, Mapusa ni senang sikit nak cari makanan halal..
tambang=Rs8..
sampai kat stesen bas Mapusa, kitaorang sangat blur..
we just followed the crowd..
tapi kan...
Mapusa tu macam xde orang langsung..
ok la, ada market yg macam pasar malam..
tapi kat sekeliling, kebanyakan kedai tutup..
macam kawasan terbiar..
sedih giler kot..
last sekali melangkah ke arah pak cik auto..
mintak hantar kat restoran..
pastu dia tanya, "which restaurant?"
kitaorang tercengang sekejap dan jawab,"don't know. hmm,Muslim restaurant?"
muka nampak sangat tengah lapar+penat+sedih..
pakcik tu kesian kot kat kitaorang pastu pergi lah kat 'restoran' tu..
tak makan kat situ sebab kedai kecik+macam kotor..
pastu, kalau x silap aku nampak 'cross' besar kat depan kedai..
macam tiang simen tapi hati aku cakap tu mungkin cross.
sudahnya, cakap kat pakcik auto yang kitaorang nak balik je..

still a long day to go sebab sampai kat Calangute baru pukul 4.30 petang..
makan kat restoran kashmir yang giler-lama-tunggu-makanan..
jalan2 kat tepi jalan sebab nak balik hotel..penat~
tapi singgah sekejap kat Cafe Coffee Day (ala2 Starbucks la kot..)
then, nak pergi Fort Aguada tapi x jadi sebab teksi mahal+penat+dah lewat..
lagipun budak2 davangere dah nak balik (achik,mayoo,safira n yvonne)..
hotel masih jauh, nak jalan memang tak sempat nak hantar diaorang balik..
pastu sesedap oren menahan bas sebab nak cepat..
dengan gaya ayam dan itik tengah cakap, kitaorg mintak berhenti kat depan hotel..
dan akhirnya selamat sampai~

Isnin-01/03/2010

hari ni cuti sebab ada perayaan Holi..
kitaorang kemas2 n bersiap sebab nak check-out dah..
lepas 'brunch' bertolak balik ke Belgaum..

~the end~

ni lah perayaan holi..
full of colours..
and it takes few days for the colour to come out from your skin too..


memandangkan cik huda mintak aku tulis hikmah kembara di Goa, so here goes the list: 
  • "mencari yang halal itu fardu bagi umat Islam"... macam iklan ubat gigi MUKMIN..=p

  • where ever you go, try to adapt with the environment..tapi bukanlah bermaksud kena pakai bi*k*i sebab nak adapt macam minah2 saleh yang bersidai di tepi pantai..cuma janganlah nak mengeluh+merungut je..
  • never afraid to try something new like parasailing..=) despite the fact yg parasailing sangat cool, dalam real life pun kadang2 kita kena berani mencuba sesuatu yang baru..                                                                                          “Anyone who has never made a mistake has never tried anything new.” - Albert Einstein
  • nampak banyak gereja kat Goa, tak teringat pulak ada nampak masjid ke tak kat Goa. That's proved how strong is the influence of Portugese to Goa. 3G=Gospel,Gold,Glory.. 
  • jadilah seorang Muslim ke mana jua kita pergi.. yang paling terkesan di hati bila pakcik kedai tu cakap, "it's good to see you cover like this." what he meant was wearing the hijab because he's also a Muslim.
  • walaupun kita pergi ke tempat yang asing, perlakuan pun masih perlu dijaga kerana kita bawa nama Malaysia, nama Islam.. kat tepi2 jalan, pakcik2 kedai cakap: "You're Malaysian?" and also  "Where are you from? Malaysia?"  walaupun mungkin tu sekadar basa-basi sebab ada juga yang tanya dari Korea,Japan,Indonesia etc..tapi tak salah menjaga perlakuan kan? =p
  • "jadilah seperti bunga lalang yang mengembara untuk meneroka dunia dan ilmu tetapi jangan jadikan hati seperti bunga lalang yang tidak tetap pendiriannya."
 Have they not travelled through the land, and have they hearts wherewith to understand and ears wherewith to hear? Verily, it is not the eyes that grow blind, but it is the hearts which are in the breasts that grow blind.  
(Surah Al-Hajj,22:46)

nota kaki:
  1. fuhh~ setelah bertangguh beberapa kali+ sindrom 'tulis dan padam' melanda, akhirnya entry ni dalam jugak di'publish'...Alhamdulillah~
  2. gambar2 adalah ihsan inche Google.. nak mengharap aku ambik gambar, sorry la ye~ tunggu beli DSLR dulu la..(alasan semata-mata...p)
  3. sebenarnya tak terfikir pun hikmah kembara ke Goa ni..tapi lepas cik huda request, otak pun cuba berfikir sesuatu yang mungkin hanya terlihat dengan mata hati..
  4. KITA HANYALAH PENGEMBARA DI BUMINYA............dan pada DIA jugalah tempat kita kembali..

Saturday, January 16, 2010

guruku tersayang..guru tercinta..

achumm~~!!!
berhabuk dah blog ni..(gaya cam lama sgt la kononnya x tulis entry baru)
meh bersih sawang2 kat blog ni..
MySpace
~ni bukan bersihkan sawang, ni bersihkan diri namanya..duhh~

apelah aku mengarut ni..
ok, now it's already 2010..
cepatnya masa berlalu..
n i'm turning 20 this year..
so, have to be more mature..
sebab makin besar, tanggungjawab pun makin besar jugak..
lagi setahun boleh mengundi!!!
weee~ (best sangat ke mengundi??)

just want to say that on 10.01.10 was my mom birthday..
i was not there to wish her because my holiday was too short..
but i made a short phone call on that day..
(call card dah habis..so, x boleh nk ckp lama2)

* * * * * * * * * * * * * * *

merepek lagi...
haish~
ok, STOP!!!

teringat soalan masa interview JPA dulu2..
lebih kurang macam ni:
"present students are more pampered. what is your opinion?"

I thought I didn't do well in that interview..
but I did it better in PETRONAS interview..
tapi Allah takdirkan rezeki aku dapat JPA n be a medic student..
bukannya jadi petroleum engineer under PETRONAS scholarship..
I'm grateful of what I have right now, at this moment..
"maybe I don't get everything that I wanted but I get everything that I needed.."

* * * * * * * * * * * * * * *

enough of flashback...
back to the topic,
"present students are more pampered.."
memang betul pun rasanya..
semua dah tersedia di depan mata kalau nak dibandingkan dengan zaman mak ayah kita..
library,tuition,internet,scholarship etc....

tapi seiring dengan kemajuan ni, ada juga perkara yang dah berubah..
pelajar kurang perasaan hormat terhadap guru..
mungkin tak terasa susahnya untuk mendapatkan ilmu kot..
sebab tu lah pemberi ilmu kurang dihargai..
if I could turn back the time, I wish I'll be a good student..
tak kisah walaupun orang nak cakap aku skema..
terasa bersalah pulak bila teringat zaman sekolah yang SANGAT suka tido, malas nak buat homework..

the day before yesterday, which was friday..
we have our biochemistry tutorial about Calcium,Phosphorus and Magnesium..
and we have to combined with half of batch B..
so, around 75 students were sitting inside the room..
then, a lecturer come in..
everyone was happy coz he's a nice person though his voice so soft a.k.a. perlahan..
so, nobody would be scolded if they cannot answer the question..

at first, the class QUITE calm..(not really~)
lepas tu, kelas jadi macam pasar ikan..
BISING!!!
sungguh~ depan belakang, kiri kanan, semua bercakap..
ada yang menyanyi.. ada pulak yang bergendang..
pastu bunyi motosikal kat belakang kelas..
memang x boleh nak fokus apa yang cikgu tengah cakap..

sakit jiwa dengan orang yang hormat cikgu..
rasa nak tolong cikgu tu marah orang je sebab cikgu tu baik, x marah orang..
(I know, I'm being emotional here~)
memang la bosan sikit sebab tajuk Calcium dah discuss last week..
tapi rasanya tak salah kalau ulang balik..
cikgu tu punya lah semangat cakap kat depan..
kot ye pun bosan, hormatlah cikgu sikit..
mana lah tau dapat sumthing new untuk hari tu..
mungkin lebih baik berangan atau tido dari buat bising n kacau org lain..

towards the end of the class,
ada suara2 sumbang mula kedengaran:
"sir, please stop now.we want to study physiology,sir.."

"this is boring!!!"

"it's almost 4 pm now n you still talking about Calcium.."

macam2 lagi la..
kalaulah aku seorang guru, confirm kecik ati...
that's y i'm not a teacher..
muka bengang masa tu dah macam nk gigit orang je..

ni senario di India..
harapnya kat Malaysia, kesedaran hormat pada guru tu lebih sikit..
mungkin kami selalu mengeluh, merungut dengan perangai orang India yang 'kurang' berbudi bahasa..
pastu pujuk diri sendiri, "dia orang ni bukannya ada kelas sivik ke kelas moral ke..bukannya ada kempen budi bahasa pun"
sungguh~ tahap bersopan mereka ni boleh mencecah negatif..
sangat menguji kesabaran..
agaknya boleh nampak berasap kot kalau tengah geram..
best solution:buat x tahu, buat x faham..
n I really hope that it wouldn't make us to be ignorant..


* * * * * * * * * * * * * * *

"It is said that there are a few professions where daily novelty utility and charity are combined.."

and I think, being a teacher is one of it..
it is difficult to be a great teacher..
to nurture young people who soon will be a leader..
to teach all of the soft skills that required..
nak mengajar sampai pandai..
nak ajar cara berakhlak, berbudi bahasa..
nak mendidik seseorang tu jadi MANUSIA..

Guruku tersayang guru tercinta

Tanpamu apa jadinya aku

Tak bisa baca tulis mengerti banyak hal

Guruku terima kasihku..

bukanlah nak suruh murid2 mendewakan cikgu..
cuma sedikit hormat dan penghargaan
bisa membuatkan seorang guru tersenyum senang..
(ni bukan bodek cikgu ye!)
ilmu pun senang nak masuk..
betul x???

7 petua memikat hati guru:
(diubahsuai dari sini)
  1. belajar dalam keadaan ‘Gelas yang kosong‘. Anda perlu rasa rendah diri dan buka minda anda untuk menerima apa yang diajarkan oleh guru anda.
  2. tawarkan bantuan anda apabila mereka memerlukannya. Apabila anda tawarkan pertolongan kepada guru anda, hati mereka akan jadi lembut kepada anda.
  3. timbulkan minat untuk belajar.Cari sebab mengapa anda perlu suka apa yang anda pelajari. Jika anda tidak boleh minat kepada apa yang guru anda ajarkan, anda tidak boleh memikat hati mereka.
  4. ‘tumpukan sepenuh perhatian’ semasa guru sedang mengajar. apabila guru anda mula mengajar, berhenti daripada melakukan aktiviti yang boleh mengganggu konsentrasi anda semasa belajar.
  5. elakkan daripada melakukan sesuatu yang guru anda larang. Untuk pengetahuan anda, apa yang guru anda larang selalunya adalah bertujuan baik untuk anda.
  6. hormati guru anda. Kita perlu menghormati guru kita seperti kita menghormati seseorang yang pernah terhutang budi kerana kita akan melayan seseorang yang pernah menolong anda ketika anda benar-benar dalam keadaan susah dengan baik sekali..
  7. minta bantuan daripada guru anda. Apabila anda minta bantuan mereka, mereka akan sedia membantu tetapi minta bantuan hanya untuk memajukan diri anda dan tidak terlalu menyusahkan guru anda.

Thursday, November 26, 2009

salam aidiladha


"SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!!!"





esok tanggal 10 Zulhijah 1430H..
so, esok raya!!!!MySpace
(ini Malaysia dan kawasan yang sewaktu dengannya sahaja~)
InsyaAllah kalau x silap, kami di India ni akan menyambut Aidiladha lusa, 28 November 2009..
tapi, hari tu tak cuti..
akan ada kelas sampai petang..
haish~ penatnya..

mungkin ada yang masih perlu disyukuri..
sekurang-kurangnya tak perlu melihat katak dikorbankan..
dah tengok katak kena bedah hari Rabu..
juga tidak perlu men'dissect'(membedah) cadaver(mayat) yang telah terkorban..
dah dissect almost tiap2 hari kot..
hanya korbankan masa dan tenaga..
(ermm..determination of platelet count x payah cucuk tangan kan???)

ucapan:
dengan ini,
saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat keluarga tersayang,sanak saudara di Malaysia, sahabat2 yang berada di Malaysia dan juga di ceruk benua asing, dan juga buat umat Islam seluruh dunia
..

jom sama-sama hayati makna di sebalik takbir raya..

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya layak bagi Allah.
Allah Maha Besar Yang Teramat Besar, Segala Puji bagi Allah Yang Teramat Banyak,
Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang,
Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Tidak ada lain yang kami sembah melainkan Dia,
Kami ikhlas kepadaNya (mengikuti ajaran agama Islam) sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir,
Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal,
Yang Menepati janjiNya, Yang Menolong hambaNya,
Dan Yang Memuliakan tenteraNya dalam mengalahkan tentera al-Ahzab dengan sendiri (KekuasaanNya),
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya bagi Allah.

Sunday, November 22, 2009

road not taken

well, after a while (ermm..is it 4 months??)living in india, I started to think again..

why am i choosing this path?
why did i accept the offer to go to india at the first place?
what makes me think that i'm capable being a medical student?
what makes me survive all this time?

susahnya nak jawab sebab memang takde jawapan yang paling tepat..
what i can say now is,
"i couldn't asked for more than this.."
India. not half bad then.
I'm living India.. or should it be better if I say,
"I'm making a life in India.."
a life of medical student, a Malaysian citizen, a child that being away from her family..
and what most important is A LIFE OF A MUSLIM.. (it's hard though..but worth living..=p)
I want to make a life so that after this I could save a life..
(dalam otak spontan main lagu "How to Save A Life-The Fray"..ala, lagu lam cter Grey's Anatomy tu)
giving hope to those who lost the faith in life..
(besarnya harapan ko,cik dila oi!)

tadi, berjalan2 menjengah blog orang..
and i found something..
he said that living in cold weather is not really heaven..
mula2 je seronok tp lepas tu rasa nak bagi rosak je 'aircond' tu sebab sejuk sangat..
n they're all longing to be touch by the ray of sunshine..
(he=someone who is currently studying somewhere in USA)
see, tak semua yang nampak best tu sebenarnya menarik..
(india byk matahari!!!=p tp kadang2 sejuk gak.. bright sunshine but cold breeze)

The Road Not Taken by Robert Frost


Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I--
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.
(bagi sesiapa yang tak tahu/tak ingat.. ni poem yang kita belajar masa Form4)

“Men are not prisoners of fate, but only prisoners of their own minds.”
– Franklin Roosevelt-

won't u agree with this?
so, whatever the path that we choose, just bear in mind,
"You are what you think.."
and it's u who make the different..
the one who paints all the colours in ur life..

article to share:Prisoners of Fate

“Most people choose the path of life as a way to death, but I have chosen death (martyrdom) as a path to life (in Paradise).”

- Abdul-Wahab Al-Ghamidi who was killed in Afghanistan in the 1980’s-

Tuesday, September 29, 2009

baju kurung.. oh, baju kurung..

hari ni buang tabiat pakai baju kurung pg klas..
ntahlah.. x tau plak mimpi ape..

bgn2 tido je terus ckp kat my roomate nk pakai baju kurung..

mencari2 prasaan kot2 la x nekad sgt pakai baju kurung..

1st time kot pakai g klas..

last skali pakai baju kurung kat india ni masa MSA meeting aritu..


maka, baju kurung putih dgn bunga2 kaler coklat n tudung coklat dikeluarkan dari almari n di'iron'..

mandi n bersiap2, tgk jam dah pukul 7.30pg..

klas pulak start pukul 8.00pg..

xde harapan la nk tukar baju..

dah la x breakfast lg..

BYE2 la punjabi suit..

huhu~


7.45pg(agak2 je)..

ruth datang ketuk pintu..
okies~ da siap dah..

ruth: "baju baru ke?"

aku: *sambil tersengih2* "ni baju kurung la.."


turun g ground floor.. everyone dah tggu nak g klas..

"eh, pakai baju kurung??"

"waaa~ baju kurung ke?"


dalam histology lab, gaya tgk semacam je..


"kenapa, gaya? anything wrong?"


"xde lah.. cantik.."


pulak dah..*sambil tepuk dahi*


b4 klas pukul 2, jumpa BDS girls kat lobi hostel..

as usual, BAJU KURUNG!!!


"u're wearing baju kurung to class?"

"yes, i'm wearing it since morning..=p"


suma org excited nampak baju kurung..

haha~ lawak je..

budak2 local x cakap ape2 pun..

yg malaysian je terlebih excited..

penangan dah lama x jumpa org pakai baju kurung kot..
nasib baek x pakai baju kurung yang kaler menyerlah..

org x realise sgt pun tp right after tgk kat bawah..

u know la..
BAJU KURUNG!!!