"Katakanlah: Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baru. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (Surah Al-Ankabut,29:20)
last minute jugak la buat decision nak pergi Goa ni..
esok dah nak pergi hari ni baru nak make up my mind..
Sabtu-27/02/2010
bertolak dari Belgaum dalam pukul 9 pagi..
berhimpit-himpit je dalam kereta sebab orang yang menempah kereta ingat ada 8 orang je pergi..
tapi alih-alih ada 10 orang..
sumbat je la..
perjalanan ke goa ambik masa dalam 4 jam+..
masa nak lalu border Karnataka-Goa tu agak leceh la..
kena bagi duit baru diaorang bagi lepas masuk..
tak banyak la, cuma Rs50 (less than RM5)
tapi kalau ada seratus kereta yang lalu, Rs50x100=Rs 5000..
banyak jugak tu..
kitaorang pergi kat north Goa (Goa tu adalah satu state kat India)
menginap kat Park Avenue Hotel sebab hotel-hotel kat seaside dah fully-booked(ni org yang cakap la)
lagipun kat Park Avenue ada budak-budak dari Davangere jugak..
boleh la nak jejak kasih sekejap..
lepas makan dan solat Jamak, me and my roomate start our journey to explore Goa..
berpecah dengan yang lain sebab kitaorang nak solat dulu+xnak g makan kat tempat diaorang nak pergi..
lepas makan kat vegetarian restaurant kat depan hotel, berjalan2 carik ATM..
pastu makan aiskrim Baskin Robbin..
masa tengah on the phone dengan XC, tiba2 bas berhenti kat depan kitaorang..
pak cik bas cakap bas tu g Panaji (capital city of Goa)
aku geleng kepala sambil bercakap ngan XC, my roomate pulak nak naik bas..
kecoh sekejap la, mana nak bercakap kat phone, mana nak halang dia naik bas..
sudahnya aku dan dia pun naik bas..
1st time naik public bus kat india walaupun dah lama kat sini..
tambang bas=Rs12 seorang..
sangat2 murah la..
Panaji tu jauh gak, 45 minit perjalanan..
sila jangan bayangkan kitaorang naik bas macam ni..
xde la sampai duduk kat atas bumbung tu..
(.^_^.)
sampai kat bus station Panaji, kitaorang keluar dan tercengang-cengang..
dah la tak tau ceruk mana dah pergi pastu jauh plak kalau nak jalan balik..
nak tau kitaorang buat apa???
naik lagi satu public bus pergi market..
bersesak2 macam sardin..
bila semua orang dah keluar, kitaorang duduk senyap2 je dalam bas sebab memang xde destinasi sampailah pak cik tu cakap ni last destination..
nak tak nak kena keluar la...
destination: Miramar Beach..
pas minum air kelapa n makan aiskrim lagi, balik ke hotel sebab XC suruh balik memandangkan kitaorang terbawak kunci bilik hotel..
kali ni naik auto pulak=Rs250..
refreshing coconut drink without preservative..
pakcik tu kupas? kelapa tu dan bagi kitaorang minum on the spot..
boleh pilih nak isi keras ke lembut..
(btw,pakcik tu cakap hindi, n kitaorang sesedap oren la mentranslate sendiri..as usual~)
lepas balik, tukar baju pastu pergi Baga Beach..
masa tu dah pukul 6.30 ptg kot..
main2 sampai pukul 7 something sebelum kita 2 orang menapak balik ke hotel..
masa jalan2 tu makan gelato dan window shopping..
siapa yang pandai menawar boleh dapat harga yang murah..
(tips:buat2 merajuk n jual mahal kat orang kedai..=p)
~window shopping~
siapa2 yang terer bargain memang seronok la..
sempat la grab satu dua benda sebelum dijemput kanak2 davangere untuk makan malam..
sungguh rasa cam kanak2 terbiar je sebab dah la kotor main pasir, pastu tak mandi lagi..
selekeh kalau nak dibandingkan dengan mereka ni..
tak kesah lah, janji dapat makan..
dinner: seafood tapi tak sedap sangat..
btw, kat Goa ni susah nak dapat makanan halal..
most of the shop sell Pork..
arak jangan cerita la..
berlambak je macam banyaknya pub kat Goa tu..
balik hotel: mandi, solat, tido..
Ahad-28/02/2010
lepas bersiap2, pergi Calangute Beach nak main water sports..
kitaorang pilih package..
banana boat+bumpy ride+jet ski+parasailing=Rs600..
seronok!!!
parasailing sangat cool~
ni lah benda yang bernama parasailing tu..
cool kan? =D
cool kan? =D
tengah hari lepas mandi dan solat, keluar balik sebab nak cari makanan..
mula- mula dah masuk dah satu restoran tu, tapi bila tengok menu........................
pork..bacon...ham...
aku dah rasa semacam je..
pastu keluar lah dari situ..
then naik public bus lagi nak pergi Mapusa sebab tengok review kat internet, Mapusa ni senang sikit nak cari makanan halal..
tambang=Rs8..
sampai kat stesen bas Mapusa, kitaorang sangat blur..
we just followed the crowd..
tapi kan...
Mapusa tu macam xde orang langsung..
ok la, ada market yg macam pasar malam..
tapi kat sekeliling, kebanyakan kedai tutup..
macam kawasan terbiar..
sedih giler kot..
last sekali melangkah ke arah pak cik auto..
mintak hantar kat restoran..
pastu dia tanya, "which restaurant?"
kitaorang tercengang sekejap dan jawab,"don't know. hmm,Muslim restaurant?"
muka nampak sangat tengah lapar+penat+sedih..
pakcik tu kesian kot kat kitaorang pastu pergi lah kat 'restoran' tu..
tak makan kat situ sebab kedai kecik+macam kotor..
pastu, kalau x silap aku nampak 'cross' besar kat depan kedai..
macam tiang simen tapi hati aku cakap tu mungkin cross.
sudahnya, cakap kat pakcik auto yang kitaorang nak balik je..
still a long day to go sebab sampai kat Calangute baru pukul 4.30 petang..
makan kat restoran kashmir yang giler-lama-tunggu-makanan..
jalan2 kat tepi jalan sebab nak balik hotel..penat~
tapi singgah sekejap kat Cafe Coffee Day (ala2 Starbucks la kot..)
then, nak pergi Fort Aguada tapi x jadi sebab teksi mahal+penat+dah lewat..
lagipun budak2 davangere dah nak balik (achik,mayoo,safira n yvonne)..
hotel masih jauh, nak jalan memang tak sempat nak hantar diaorang balik..
pastu sesedap oren menahan bas sebab nak cepat..
dengan gaya ayam dan itik tengah cakap, kitaorg mintak berhenti kat depan hotel..
dan akhirnya selamat sampai~
Isnin-01/03/2010
hari ni cuti sebab ada perayaan Holi..
kitaorang kemas2 n bersiap sebab nak check-out dah..
lepas 'brunch' bertolak balik ke Belgaum..
~the end~
full of colours..
and it takes few days for the colour to come out from your skin too..
memandangkan cik huda mintak aku tulis hikmah kembara di Goa, so here goes the list:
- "mencari yang halal itu fardu bagi umat Islam"... macam iklan ubat gigi MUKMIN..=p
- where ever you go, try to adapt with the environment..tapi bukanlah bermaksud kena pakai bi*k*i sebab nak adapt macam minah2 saleh yang bersidai di tepi pantai..cuma janganlah nak mengeluh+merungut je..
- never afraid to try something new like parasailing..=) despite the fact yg parasailing sangat cool, dalam real life pun kadang2 kita kena berani mencuba sesuatu yang baru.. “Anyone who has never made a mistake has never tried anything new.” - Albert Einstein
- nampak banyak gereja kat Goa, tak teringat pulak ada nampak masjid ke tak kat Goa. That's proved how strong is the influence of Portugese to Goa. 3G=Gospel,Gold,Glory..
- jadilah seorang Muslim ke mana jua kita pergi.. yang paling terkesan di hati bila pakcik kedai tu cakap, "it's good to see you cover like this." what he meant was wearing the hijab because he's also a Muslim.
- walaupun kita pergi ke tempat yang asing, perlakuan pun masih perlu dijaga kerana kita bawa nama Malaysia, nama Islam.. kat tepi2 jalan, pakcik2 kedai cakap: "You're Malaysian?" and also "Where are you from? Malaysia?" walaupun mungkin tu sekadar basa-basi sebab ada juga yang tanya dari Korea,Japan,Indonesia etc..tapi tak salah menjaga perlakuan kan? =p
- "jadilah seperti bunga lalang yang mengembara untuk meneroka dunia dan ilmu tetapi jangan jadikan hati seperti bunga lalang yang tidak tetap pendiriannya."
Have they not travelled through the land, and have they hearts wherewith to understand and ears wherewith to hear? Verily, it is not the eyes that grow blind, but it is the hearts which are in the breasts that grow blind.
(Surah Al-Hajj,22:46)
nota kaki:
- fuhh~ setelah bertangguh beberapa kali+ sindrom 'tulis dan padam' melanda, akhirnya entry ni dalam jugak di'publish'...Alhamdulillah~
- gambar2 adalah ihsan inche Google.. nak mengharap aku ambik gambar, sorry la ye~ tunggu beli DSLR dulu la..(alasan semata-mata...p)
- sebenarnya tak terfikir pun hikmah kembara ke Goa ni..tapi lepas cik huda request, otak pun cuba berfikir sesuatu yang mungkin hanya terlihat dengan mata hati..
- KITA HANYALAH PENGEMBARA DI BUMINYA............dan pada DIA jugalah tempat kita kembali..
3 comments:
mcm best je parasailing tu :D
byk gak hikmah nya gi goa nih..hehe, nak kena gi goa gak nih!..
dila oo dila..cayalah, tak penah naik bus, gi goa naik bus pulak bliau~..bus di india mmg bes n murah~..
Aizat:
memang best pun..=D
sangat2 best~
macam nak main lagi, tapi sebab chile kan eathquake n ada amaran tsunami pastu x jadi la..
huda:
tapi pasal makanan tu susah sket la..
awak kna main tau parasailing kalau g goa..=p
itu lah, saya pun cam x caya je naek bas kat india..
dah tu plak, naek cam pro je..
Post a Comment