tengah kelam kabut nak menyiapkan lukisan Histology,
aku sesedap oren je g kaler lukisan tu pink (Eosin) je..
pastu baru realise yang ada a few structure yang dah salah lukis..
kena padam ni..
eh, mana pemadam ni???
scrreeetttt~ *bukak pencil case*
alamak, pemadam xde la.. adeh~
rupa-rupanya dah lama pemadam takde kat dalam pencil case tu..
tak perasan langsung sebab selalu pinjam pemadam orang kot..
hehe~
* * * * * * * * * * * * *
tiba-tiba ter'reflect' kat diri sendiri..
kalau kita ada pemadam, senang je kita nak padam kesalahan..
tapi bersih ke kita padam tu?
dan kisah ke kita tentang setiap kesalahan kalau kesalahan tu kita boleh padam je?
bak kata orang puteh, "as good as new..'
dan apa pulak kes kalau asyik pinjam pemadam orang macam aku ni?
bersembunyi di belakang orang lain atas kesalahan diri sendiri sampaikan tak realise yang sebenarnya dah banyak salah dibuat..
bila harus berdepan sendiri dengan kenyataan, mulalah berasa risau+gelisah..
bila di Akhirat nanti segala amalan akan dihitung..
dan tak mungkin kita akan jumpa pemadam untuk padam setiap kesalahan kita..
"Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya."
Surah Az-Zalzalah,99:7-8
Tiada seorang pun dari kita yang dapat melibat zarah dengan mata kasar atau dengan
mikroscope, apa yang dapat dilihat hanyalah effect je macam 'Brown Movement'..
Amalan-amalan yang seberat zarah ni, tak kisahlah amalan baik atau amalan
jahat akan dihadirkan kelak dan diperlihatkan kepada kita dan akan diberikan balasan.
Oleh itu setiap orang tidak seharus nya memperkecil-kecilkan amalannya dengan mengatakan, "Ini cuma kecil sahaja, tidak dikira dan ditimbang."
masa tu nanti, kita akan jadi sangat nervous di depan setiap perbuatan kita sebagaimana neraca yang halus akan bergerak meninggi atau menurun dengan sebab berat sebutir zarah itu.
Neraca yang menimbangkan amalan itu adalah suatu neraca yang tiada tolak bandingnya
di dalam dunia ini kecuali neraca di dalam hati mu'min iaitu hati yang terus
menggeletar, kerana melakukan kebaikan atau kejahatan seberat atom.
(ubah suai dari sini)
nota kaki:
- aku kena sambung lukis Histo ni..
- harap2 korang faham la apa yang aku cuba nak sampaikan ni..
- ada masa nanti aku edit balik post ni, bagi senang sikit faham..
- lately sangat suka menulis nota kaki..hehe~ =D
No comments:
Post a Comment