Thursday, November 26, 2009

salam aidiladha


"SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!!!"





esok tanggal 10 Zulhijah 1430H..
so, esok raya!!!!MySpace
(ini Malaysia dan kawasan yang sewaktu dengannya sahaja~)
InsyaAllah kalau x silap, kami di India ni akan menyambut Aidiladha lusa, 28 November 2009..
tapi, hari tu tak cuti..
akan ada kelas sampai petang..
haish~ penatnya..

mungkin ada yang masih perlu disyukuri..
sekurang-kurangnya tak perlu melihat katak dikorbankan..
dah tengok katak kena bedah hari Rabu..
juga tidak perlu men'dissect'(membedah) cadaver(mayat) yang telah terkorban..
dah dissect almost tiap2 hari kot..
hanya korbankan masa dan tenaga..
(ermm..determination of platelet count x payah cucuk tangan kan???)

ucapan:
dengan ini,
saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat keluarga tersayang,sanak saudara di Malaysia, sahabat2 yang berada di Malaysia dan juga di ceruk benua asing, dan juga buat umat Islam seluruh dunia
..

jom sama-sama hayati makna di sebalik takbir raya..

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya layak bagi Allah.
Allah Maha Besar Yang Teramat Besar, Segala Puji bagi Allah Yang Teramat Banyak,
Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang,
Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Tidak ada lain yang kami sembah melainkan Dia,
Kami ikhlas kepadaNya (mengikuti ajaran agama Islam) sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir,
Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal,
Yang Menepati janjiNya, Yang Menolong hambaNya,
Dan Yang Memuliakan tenteraNya dalam mengalahkan tentera al-Ahzab dengan sendiri (KekuasaanNya),
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya bagi Allah.

No comments: