pastu baru teringat yang lagu tu orang selalu mainkan masa raya..
demam raya ke ape...
aku homesick ke?
biar betik..takde angin takde ribut tiba-tiba homesick..
unconscious mind ni memang mengade kot~
*denial*
lepas sharing online@ uo semalam cam sebak plak..
ni pun tiba-tiba jadi touching dengan kata-kata ayu..
huaaa~ habislah macho i..=_="

(perempuan mesti nak salahkan hormon..tapi kali ni hormon tak salah kot, salahkan exam pulak..haha~)
pastu lepas baca entry pasal world cup, tiba-tiba terimbas masa muda..
worldcup 2006-Form 5
chewahh~
- notice board kat belakang kelas yang patutnya tulis pasal subjek diganti dengan jadual match..rajen budak-budak ni update, siapa yang menang, sapa yang masuk semi-final n final..semuanya diaorang tulis..
- setiap rabu berita harian ada special edition pasal worldcup, so kat dalam kelas ada paper pasal world cup je..
- impian pelik+cacat aku dan siti rohaida (i wonder where's she now~)..nak further studi kat afrika? sebab nak tengok world cup 2010 pulak secara live..padahal aku tapaham satu ape pun pasal bola..ngade je lebih~
- bila ada match best mesti budak perempuan berebut tv ngan budak laki sebab tv budak laki dah rosak..pagi-pagi buta boleh dengar orang jerit "GOL!!!"..tapi bak kata cik intan, tido itu lebih indah~
- sampai sekarang masa ada sikit menyesal tak tengok final world cup 2010 (italy vs france kot) padahal dah terbangun..tapi malas nak jalan g bilik tv sebab mesti penuh..last-last tak boleh gak nak tido sebab orang bising..pagi tu g kelas membebel pasal aku tak tengok final..haha~
- aku rindu budak kelas 5 Indigo dan cikgu Ismail Daud (my class teacher yang sgt sporting+supplier newspaper worldcup+cikgu ragbi)
- cikgu Ismail tulis kat wall group 5 Indigo:
~Kelas yang banyak kenangan manis tapi sangat best, studentsnya gila-gila tapi smart and excellence. Good luck to you all.
~5 Indigo sangat special and sporting dan very cooperative.
pagi ni, check email dapat notification dari fesbuk:
"Siti Hasmah shared link on your wall.."
| miss u too~ |
kenapa semua rindu-rindu ni..
bahana exam ke?
aku pun rindu gak..
korang yang tak exam, ada rindu-rindu jugak ke?
kalau takde aku nak buat hipotesis ni,
premis 1:exam dah makin dekat.
premis 2:aku rindu.
kesimpulan:bila dah dekat nak exam aku jadi rindu..
but on top of it all, orang cakap bila kita rindu sebenarnya ada lagi rindu yang lagi besar dari rindu-rindu tu semua..
rindu yang terzahir dengan merindui orang lain..
faham ke?
rindu seorang hamba pada Penciptanya..
rindu pada Al-Khaliq..
Hanya kekosongan jua kehilangan
kurasai menghuni hati
Di mana kan ku temui penghujungnya resah ini
Seumpama ku menanti sejawapan Rindu
Di mana kan ku temui oh sinaran yg hakiki
Untuk menjadi penyuluh jalan didepanku
Hingga akhir waktu...
(Hafiz Hamidun-Jawapan Rindu)
mungkinkah rindu pada yang lain terubat bila mana rindu pada Tuhan sudah terjawab..
rindu menangisi segala kekosongan hati, kekhilafan diri..
musim exam ni, jiwa memang serabut tapi sebenarnya kosong kalau tak diisi..
*skema*
nanti aku belanja cotton candy india..nak tak?
(tapi kena datang kat india la..=p)
| ~my cotton candy dah distorted~ (gambar masa pergi funfair aritu) |
"saya tujukan lagu ini buat sahabat-sahabat saya yang jauh di mata dekat di hati dengan ingatan tulus ikhlas dari saya di India dengan ucapan selamat mengulangkaji dan semoga berjaya.."
*sila baca dengan tone dedication kat radio"
dj radio:
baiklah, saya akan putarkan lagu pilihan adik Dila D'masiv-Jangan Menyerah.. selamat mendengar~ kepada anda yang tengah memandu, berhati-hatilah di jalanraya..ingatlah orang yang tersayang..
nota kaki:
- akhirnya ter'publish' gak entry baru setelah sindrom tulis_padam_tukar tajuk lain_simpan jadi draft..
- aku TAK paham satu apa pasal bola sepak..thus,i'm NOT a fanatic or obsess..
- cuak nak exam..ada apa2 tips nak cepat ingat, tak cepat letih or mengantuk? nak tips jadi semangat jugak..
- banyak pulak kompilasi lirik dalam entry ni..=)











