semalam budak KI ada trip pergi Kuala Gandah.. Conserservation Park untuk gajah2.. journey kiteorg lebih kurang 3 jam la dari KTT.. sepatutnya bertolak pukul 6.30 pagi tp xtau la kenapa pukul 6.30+++ baru bertolak..
sampai kat Kuala Gandah around 10.00am.. since a picture can tell a thousand of words, so biarlah gambar2 ni bercerita..
~selamat datang ke Kuala Gandah~
~muka2 yang x bertuah nak naek gajah~
~gambar gajah seciput je.. yang byk gambar 'anak2 gajah' je..=)~
~kami bersama inche SIPUT~
~gajah ni pulak nama dy, Berabung~
after that, kiteorg g melawat kampung orang asli.. PERKAMPUNGAN ORANG ASLI CEK WONG.. keadaan kampung agak daif.. tapi nampaklah ada beberapa rumah yang baru dibina.. based on the same design, aku wat assumption yang rumah2 tu rumah bantuan kerajaan..
~together with Sir Shyamu and Madam Nurul Azrina~
~pemandangan di sekitar perkampungan orang asli~
~bersama anak orang asli~
~muka2 khusyuk mendengar taklimat~
hmmm,well.. bila melihat keadaan orang lain yang kurang bertuah, baru terasa yang nikmat yang Allah beri selama ini lebih dari cukup.. cuma aku je kurang bersyukur.. menjadikan orang kaya, cantik, pandai sebagai ukuran.. bilalah agaknya nak bersyukur kalau orang2 camtu yang dijadikan kayu ukuran..
agaknya tu antara hikmat aku tercampak kat India.. so that aku akan lebih tahu makna syukur..
hari ini dalam sejarah di mana buat pertama kalinya kami menunggang basikal di KTT setelah sekian lama berhasrat untuk berbuat demikian..
hoho~ skema nyer...
well, that's true.. first tyme naek beskal kat KTT ni.. tapi baru naik satu pusingan kaki dah lenguh..
nampak sangat jarang bersenam..
dah berkarat sendi2 tu semua.. hehe~
kami yang membuat rencana ni ada 7 orang tapi beskalnya ad 3 je..
so, kena share n ikut turn la.. yang len pusing padang je..
barangkali menikmati pesona petang di KTT.. =)
dalam pada seronok menaiki beskal, sempat juga meng'attack' Mr. Shyamu (lecturer Kannada) utk join kiteorg amik gambar..
~mereka bersama Mr. Shyamu~
* * * * * * * * * *
malam ni bwat la discussion sket..
tapi masing2 dah kering idea..
otak kosong je..
kalau ketuk agaknya bunyi cam tin kosong la kot.. tung....tung....tung...
then, wat la tajuk sal persekitaran.. kalau ikut soalan skema yang aku bwat:
"Persekitaran mempengaruhi peradaban atau peradaban mempengaruhi persekitaran.. Bincangkan.. Panjang karangan anda hendaklah melebihi 250 patah perkataan.."
tapi discussion tu xde la skema camtu..
santai2 je pun..
masing2 memberi pendapat bahawa persekitaran yang banyak mempengaruhi kehidupan, cara hidup.. and most of the time aku memang camtu pun.. lagi2 bila rasa diri jadi the one yang very different dari orang lain.. padahal dalam hadis pun ada bgtau yang being different ni bukannya satu masalah..
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Islam datang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali menjadi asing sebagaimana kedatangannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu.” (HR. Muslim)
tapi bila difikirkan, semuanya datang dari diri kita..
bila minda hanya sekadar tahu, namun hati tidak mencetus mahu, lalu akhirnya kita tidak mampu..
yang paling penting asas dalaman diri kita..
asas itu adalah IMAN..
bila asas kukuh, biar ribut datang melanda you still remain the same..
*jom sama2 kita bina asas yang kukuh!!*
and then, sahabat yang mendampingi juga memainkan peranan.. selalu kalau bwat karangan yang tajuk pasal masalah remaja masa kat sekolah dulu, mesti ada je point ni:
PENGARUH RAKAN SEBAYA
biasalah.. jawapan skema tp boleh dapat markah kalau tulis ni..
orang cakap kalau nak kenal siapa kita, tengoklah siapa sahabat kita sebab seorang sahabat tu ibarat cermin bagi sahabatnya..
so, pilihlah sahabat yang mampu membahu ketika kita jatuh dan rebah..
yang mampu bersama membuat kita mengubah persekitaran kita menjadi lebih baik..
sebuah analogi untuk dikongsi:
andaikan kita ni adalah sebuah sampan kertas..
kemudiannya sampan ini dihanyutkan dalam anak sungai yang mengalir deras..
tentu sahaja sampan ini akan terus hanyut hingga sampai ke muara..
namun apakah yang terjadi kepada sampan ini andainya tiba-tiba air sungai menjadi kering?? tentunya tersadai di situ sahaja.. Namun, kemudian datanglah si pembuat sampan kertas itu tadi untuk menggerakkan kembali sampan kertasnya itu.. dan sampan tu pun sampai ke muara walau takde air pun dalam sungai tu..
begitu juga kita sebagai manusia, bila kita dalam persekitaran yang membina, we can keep moving forward dalam akidah yang sejahtera.. tapi andai tiba2 keadaan berubah menjadi sebaliknya, adakah kita akan terpaku dan terus mengubah peribadi.. konon2nya nak jadi insan yang fleksibel la.. Saat itu puncak pengharapan hanyalah pada Allah.. Tuhan yang menciptakan kita.. Hanya Dialah yang berkuasa menggerakkan kita kembali ke jalan yang lurus, jalan yang diredhaiNYA.. so, can find the similarities dengan kes sampan kertas??
bwat cik huda yang cakap,
"mesti lepas ni nak post kat blog dia.."
yea.. sy g post kat blog saya psl analogi ni.. =)
sayang pulak nak disimpan sorang2..
baik share dgn orang mahu menerimanya..
bwat cik mazni plak,
credit to you la sbb bg ilham nk melengkapkan n memberi jawapan pada analogi saya ni..
x terfikir pun apa jawapan camne nak gerakkan sampan bila air dah takde..
hari ni or to be exact, malam ni ad HINDI NIGHT.. byk la performance.. dancing, singing n drama.. me n my geng join singing je.. that's the most decent performance yang kiteorg ni blh fikir.. ni lagu kitaorang.. just part of it..
chalte chalte ye duniya world is still moving hum nau jawane (3x) we are still young ye dosti hamare dil me hai our friendship is in our heart hum duniya ke aage hai we are ahead of the world chalte chalte chalte hai ye dosti hamare hai friendship is ours.... ............ tulisan italic tu, dy punye translation..
though suara perempuan tu aurat, tp rasanya bila dah ramai2 nyanyi, dah x tau dah suara sape yang sumbang.. *big grin*
harap2 xde la yang terpikat ngan suara sumbang sesape..
but that not the point.. honestly, masa nyanyi tu, langsung xde semangat.. rasa semangat melayang entah mana2.. lagu yang di nyanyi plak x habis2 je..
it's all happen sebab thoughout the performance, aku tgk reaksi datin.. mula2 dia buat muka bosan, x teruja langsung nak tgk kiteorg ni nyanyi.. then, secara x sengaja dia menguap.. pastu minum air n tgk phone.. langsung x pay attention pun kt kitaorang ni..
hmmm.. husnulszhon, bersangka baik dila~ datin penat tu.. that's why dia menguap.. lgpun kan tu 2nd last performance.. mesti dia dah penat.. oksigen tak disalurkan secara efisyen sebab dia duduk je.. vein lmbt nak pulangkan balik deoxygenated blood..
tapi dah adat orang patah hati.. sedih tu tetap ada walaupun masa last budak2 laki lambaikan tangan tanda sokongan.. "luka di tangan nampak berdarah, luka di hati siapa tahu.." chewaahhh~ bermadah la pulak..
tu ceritera aku malam ni.. beberapa ketika dulu pun ada jugak incident when i'm taking things for granted..
~boleh notice x part gender tu?? i am a MALE..~
hmm..setelah agak lama jadi blogger, macam mana la aku boleh x prasan benda ni.. instead of FEMALE jadi MALE pulak.. Nauzubillah~ tu lah bahana take things for granted je..
Hati Dan Perasaan
bila soal hati dan perasaan ni dipandang remeh, ramai yang berjauh hati.. macam tadi la.. kerana aku tgk reaksi datin yang macam take us for granted je (walaupun mungkin tidak sebenarnya) the whole night tu rasa cam miserable je..
sama jugak kalau aku buat acuh tak acuh je kat orang lain.. tak mustahil orang tu kecik ati.. walaupun kat luar nampak though je, tapi siapalah kita ni nak menelah hati orang.. agaknya dah ramai kot yang terasa hati ngan aku ni.. (ampun dan maaf dipohon kepada sesiapa yang aku penah bwat silap)
rasa cam being taken for granted is the worse feeling ever.. memang sangat betul.. aku penah je rasa macam tu.. rasa cam useless, rasa cam diri jadi bahan lawak semata.. macam orang yang xde perasaan.. or sebetulnya xde orang pun nak care pasal perasaan aku.. hailoh hati~~ mudahnya kau terasa..
Bila Dosa Dipandang Remeh
kadang2 di luar sedar, manusia seringkali menganggap dosa tu perkara remeh.. mungkin bukan dosa besar, tapi dosa kecik that happens everyday.. perasan ke kita ni?? or we just take it for granted...
aku pun selalu je lupa.. walhal dosa kecik ni kalau dikumpul2 mau tak nye setimbun cam Gunung Tahan tu haa.. nak lagi tinggi boleh challenge Gunung Kinabalu.. dosa kecik ni la yang jadi titik2 hitam dalam hati.. bukannya boleh nak bersih guna Easy-Off-Bang tu.. guna Kiwi Kleen pun x kan masuk ar... kalau rajin, boleh try sental ngan berus dawai.. tapi tu pun kalau jalan la.. *STOP!! enough merapu dila*
then only thing yang boleh bersihkan hati is:
AIR MATA KEINSAFAN
air mata yang mengalir lantaran menangisi dosa2 semalam.. air mata yang bisa memadamkan api neraka.. tapi manusia selalunya ego.. ego tinggi melangit yang sangat la susah nak dicantas.. agak2 byk mana yang kita menangisi dosa compare ngan nangis tgk cter hindustan?? *i'm wondering....*
p/s:gambarnya Hindi Night ngak bisa diupload kerena kamera inche Anis ngak punya kabel.. tp salah aku jugak yang tak g tangkap sendiri gambar..
tajuk post pun dah menggambarkan apa aku nak tulis..
~FESKITT~
or know as festival sukan Kursus Intensif Kolej Teknologi Timur.. FESKITT ni lebih kurang cam FESKOTT jugak tp special utk budak KI je..
this event started on Monday, 4 May 2009.. perasmian dibuat oleh Mr. Zaini.. KI3 n KI4 kna bwat opening performance.. our class just did Jai Ho yang kita orang perform kat PD dulu je..
everyone seems very excited about this FESKITT.. mana tak nya, Miss A boleh plak terjahit tangan sendiri masa dok tengah excited menyiapkan bendera kelas diorang.. yang lain plak bleh je bwat tak tahu sambil gelak2 je.. yang lagi dahsyatnya, ada org tu bolah je sambung tido dgn nyenyaknya.. hailohh~~ to that 'Miss A': "len kali tu hati2 sket la ye.. jgn over excited plak..=)"
utk FESKITT ni byk acara yang dah dirancang.. antaranya ialah: FUTSAL BOLA TAMPAR BOLA JARING (girls only!! :p) LARIAN MESRA SENAMROBIK ACARA TREK (eg: 100m, 200m......etc)
Although this week has been very busy dengan FESKITT, pg imigration utk bwat pasport, assignment anatomy, singing practise utk Hindi Night, tp Alhamdulillah semua berjalan lancar..tp sememangnya penat tahap cipan ni... rasa cam kena gelek ngan bulldozer je.. mana tak nya.. dalam kelas ada 25 orang student je.. yang nak join FESKITT ni berapa kerat je.. orang yang sama kena main futsal, main volleyball, main netball, join senamrobik, g practise perbarisan, wat maskot n banner.. but like people always said,"hard work does pay"(ad ke sebenanya quote ni??)
tp bila tengok bright site, at least bila aku masuk semua benda orang tak cakap aku gila kuasa.. kan? kan? kan???
ni part nak poyo plak: (AMARAN: anda TIDAK dipaksa utk membaca part yang bosan ni..) ~klas KI3(my class) menang bola tampar.. menang 4 games tanpa kalah.. ~aku menjaringkan 1 gol tyme FUTSAL..tp terlupa tgh lawan sapa masa tu..dgn KI5 kot..menang1-0 (kalo silap sorry ye..)
* * * * * * * * * * * * *
hari yang ditunggu pun tiba.. HARI PENUTUP FESKITT.. pagi tu ada acara trek.. aku jadi bidan terjun untuk acara 4x400m.. dah la aku memang hampeh kalau bab long distance ni.. hatta 200 m tu pun aku dah semput.. tp since dah takde orang, masuk jugak la.. at least kalah sebab try, dari kalah free2 je.. and..*drum roll* WE WIN THE FIRST PLACE.. yuhuuuu!!! tp lepas tu aku rasa cam jalan dah tak jejak tanah je.. penat yang teramat sangat..
pastu petang tu majlis penutup secara rasminya.. VIP plak tiba2 je datang awal, mmg kelam kabut gler semua orang.. klas kite orang pilih maskot ayam..
THOUGH CHICKEN,WE NEVER CHICKEN OUT, HEAR US CLUCK!!
dengan moto ni la kite orang wat perbarisan ayam2 sedunia.. dgn kepak ayam, n jalan sejibik cam ayam, VIP guest sengih2 je.. tak matang betol la budak2 yang nak wat medic ni.. mengalahkan budak tadika je.. tapi aku paling suka part last sekali masa nak kejar ayam.. lawak je.. hehe~ "siapa cakap ayam tak boleh menari??" ayat madam salina merangkap emcee..
~we are the CHICKEN~
klas KI 1 punya theme, JOKER.. very nice costume, siap ada belon merah lagi.. KI 2 plak pilih ZORRO.. part yang paling tak tahan nak gelak bila 'catwoman' lawan ngan zorro.. hahaha~ *gelak guling2* KI 4 sgt comel~~ diorang punya maskot, LADYBIRD kaler kuning.. KI 5 agak pink coz maskot diorang, LOTUS.. apek jd bunga.. hoho~
pastu ada senamrobik..
then, ucapan, ucapan dan ucapan..
last performance, silat.. x sure silat apa tp ada guna parang la tyme last2..
~ni KI 5 tgh bwat senamrobik.. nampak apek x kat blakang tu??~
~ni pulak budak KI4.. dah x pakai sayap ladybird dyorg..~
~ni KI 2 a.k.a KI Zorro.. but mask dyorg dah melayang ntah ke mana~
~ni budak2 KI1 yang merah~
THE WINNER: perbarisan & senamrobik: KI 4 olahragawan: Naqib Ismail olahragawati: Rifhan Ridzuan
sekadar selingan cuma.. masa nak naik ke pentas untuk ambik hadiah, kawan2 aku cakap aku memang contra habisan dari partner aku yang len untuk relay 4x100m..
mana tak nya, aku the only girl yang pakai tudung and bertutup.. lgpun i'm the only Muslimah in the group.. pastu pakai pulak all black (baju untuk perbarisan+senamrobik).. compare dgn yang len yang pakai short pant yg sgt short.. colour pulak mmg menyerlah, merah+kuning.. i'm very distinct at that time.. dah la jalan kat depan skali..
mungkin dari situ kita tunjuk yang Islam tak pernah menghalang penganutnya bersukan, beriadah.. "otak yang cerdas lahir dari badan yang sihat" Namun hendaklah aurat ditutup sempurna supaya tidak timbul fitnah.. lgpun siapa kata tutup aurat tak boleh lari laju2?? boleh je.. olahragawati kitaorang dah provekan bnda ni.. *big smile*
semalam perutusan dari JPA datang bertandang di KTT.. membawa perkhabaran yang tak lain dan tak bukan mengenai placement student kat India nanti.. dan seperti selalu, aku tak risau dan fikir sangat pun pasal placement ni.. malas nak sesakkan otak aku.. dalam hati nak redha je apa yang jadi..
hmmm.. first universiti yang Encik Annizam sebut KLE university[click here], Belgaum.. of course la kat India, in the state of Karnataka.. for medicine rasanya under Jawaharlal Nehru Medical College.. dan yang paling aku tak sangka, nama aku adalah antara nama yang dapat uni ni.. patut la cam cuak je before tu..
reaksi aku: 1. blurrr... muka blank.. 2. redha dan pasrah je.. 3. sedih tiba2.. 4. try to think positive.. 5. x leh nak focus sal placement kawan2 lain..
aku blur sebab tak expect nama aku akan disebut.. aku redha sebab aku tahu itu yang terbaik untuk aku walaupun jauh dari kawan2 yang lain.. aku sedih bukan sebab aku tak suka uni tu, tak bersyukur dapat tempat tu.. aku sedih mengenangkan bagaimana keadaan iman aku nanti.. kalau pasal survival kat India, InsyaAllah aku mampu hidup kat sana untuk tempoh 5 tahun tu.. tapi aku bukan stok2 orang yang selalu duduk dalam majlis ilmu.. aku masih mencari siapa aku..
masih perlu orang untuk menyokong aku..
lalu bagaimanakah iman aku nanti setelah 5 tahun kat India...
pesanan buat kawan2:
nanti korang jangan lupa tanya khabar aku tau.. manalah tau kot2 aku tak sihat atau mungkin dah takde..( maybe fizikal aku masih wujud, tapi dalam hati aku masih sama ke??) kalau aku sedih, korang kna janji jadi crying shoulder aku sebab aku tak tau nak turn kat sapa lagi selain dari ALLAH.. dan lagi satu, (ni nak demand ni..) korang kena anta aku fly nanti sebab aku tak leh nak anta korang..
**poyo ke aku bwat perutusan siap2 ni???**
[sambung balik ye..] i'm trying to think positive though ada 2 je malay girl including me.. at least aku dah ada senior.. duhai akak2 abang2 senior, jangan la biarlah adik2 mu nanti terkontang-kanting di sana.. (yeah, think positive dila!!) yang reaksi last sekali tu, sebab otak aku dok fikir je pasal menatang placement ni.. jadi, dah tak mampu nak mendengar dah.. i maybe hear what Mr.Annizam said but i know i'm not listening to him..
satu benda yang encik Annizam cakap yang paling aku ingat: ~U will treasure ur experience in India~
Ya Allah, aku bermohon dikuatkan hati ku.. meskipun hatiku dibelenggu kerisauan, namun aku tahu Kau takkan membebani hambaMu melebihi apa yang dia sanggup.. but I know I would survive there.. Cuma yang pinta dengan sesepenuh hati, janganlah Kau tinggalkan aku meskipun diri ini selalu melupakanMu.. dan jangan Kau palingkan aku setelah hidayahMu Kau beri.. wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah aku dalam agama ini..
sometime, reality bites and truth hurts.. that's the fact.. but life is not a bed full of roses either.. full of torn that hurt u inside out.. quote from Mulan(cter yang brapa kali ntah aku khatam masa cuti A level) ~the flower that blooms in adversity is the most rare and beautiful of all~
live hell or live well?? u choose..
p/s: agak2 nak buat baju raya siap2 ke?? kna berguru masak rendang dulu ke b4 fly?? this would be my first raya without my family.. waaaaaaaawaaaaa~
Today aku gagal mematuhi peraturan apartment 7-2-A4.. Aku meng’update’ blog on weekday.. Ampun housemateku sekalian..
*************
Test 1 for KI start next week.. 20-24 April 2009.. This is our first test for KI students..
MONDAY: (8 PM-9PM) ANATOMY
TUESDAY: (8PM-9PM) TAMIL+ Oral Test..
WEDNESDAY: (8PM-9PM) HINDI+Oral Test
THURSDAY: (8PM-9PM) PHYSIOLOGY
FRIDAY: (8PM-9PM) KANNADA +Oral Test
Macam mana ni.. Dah la xtau ape dy nk tnya tyme oral test.. Baca pun x fluent lg.. asyik duk langgar tunggul je.. Mengalahkan bdk tadika.. dah la byk perkataan x hafal lg ni..
dah la exam malam.. haish~~ ni yg x seronok ni.. average tiap2 hari klas habis pkul 6.. solat Asar.makan malam.mandi.solat Maghrib.pg Exam. mmg xde masa nk revise la..
"Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah untukku urusanku dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku agar mereka mengerti perkataanku.."
Surah Taha, 20:25-28
doa ni semua org tahu coz hari2 kita baca sebelum belajar.. Ni lah doa nabi Musa nak menghadapi Firaun.. tapi tu lah yang aku harapkan saat ni.. dah la tgh cuak nk test ni..
"Ya Allah ku mohon Kau kurniakan yang terbaik buat diriku.. sesungguhnya aku hambaMu yang lemah.. dan hanya padaMu aku berharap, Tuhanku.."
FUTSAL TOURNAMENT is on this Saturday.. Nak join... tapi dah nak TEST tuuuu...
KL BOOKFAIR start hari Jumaat ni.. KTT wat trip ari Ahad ni.. Nak pg tp ada TEST!! Nnti rasa bersalah plak..Tp x bli lg Rooptop Rant.. So, aku harus pg.. WAJIB!!
**TRIP KE KL BOOKFAIR DITUNDA KE 25 APRIL 2009**
I'm presenting..ROOFTOP RANT by Hlovate..
lontarkan ...kalau tidak ia meracun kongsikan ...walau hanya pada awan-awan Allah takkan bebankan hamba-Nya dengan apa yang dia tak mampu!Hidup tak selalunya lawa
Tak selalunya ada pelangi
Kalau nak kata a bed of roses pun, duri-durinya tetap ada
Kadang-kadang... bilamana ‘malapetaka’ tu datang, terasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo
Rasa macam dah tak mampu bangkit
Rasa macam dah tak mampu hela nafas... sebuah bicara bicara bumbung namanya....
*************
JUST rambling, babbling, ‘ngarut’ing:
“ sometimes it just so hard to let go, though you know that is the best for you... when you want to start a new chapter, a new begining, the thing that you have let go keep coming back, keep haunting you with the memories..”