Friday, May 15, 2009

sepetang di KTT

hari ini dalam sejarah di mana buat pertama kalinya kami menunggang basikal di KTT setelah sekian lama berhasrat untuk berbuat demikian..
hoho~ skema nyer...


well, that's true..

first tyme naek beskal kat KTT ni..
tapi baru naik satu pusingan kaki dah lenguh..
nampak sangat jarang bersenam..

dah berkarat sendi2 tu semua..

hehe~

kami yang membuat rencana ni ada 7 orang tapi beskalnya ad 3 je..

so, kena share n ikut turn la..

yang len pusing padang je..
barangkali menikmati pesona petang di KTT.. =)


dalam pada seronok menaiki beskal, sempat juga meng'attack' Mr. Shyamu (lecturer Kannada) utk join kiteorg amik gambar..

~mereka bersama Mr. Shyamu~

* * * * * * * * * *
malam ni bwat la discussion sket..
tapi masing2 dah kering idea..
otak kosong je..
kalau ketuk agaknya bunyi cam tin kosong la kot..
tung....tung....tung...

then, wat la tajuk sal persekitaran.. kalau ikut soalan skema yang aku bwat:
"Persekitaran mempengaruhi peradaban atau peradaban mempengaruhi persekitaran.. Bincangkan.. Panjang karangan anda hendaklah melebihi 250 patah perkataan.."

tapi discussion tu xde la skema camtu..
santai2 je pun..

masing2 memberi pendapat bahawa persekitaran yang banyak mempengaruhi kehidupan, cara hidup..

and most of the time aku memang camtu pun..

lagi2 bila rasa diri jadi the one yang very different dari orang lain..
padahal dalam hadis pun ada bgtau yang being different ni bukannya satu masalah..


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Islam datang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali menjadi asing sebagaimana kedatangannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu.” (HR. Muslim)

tapi bila difikirkan, semuanya datang dari diri kita..
bila minda hanya sekadar tahu, namun hati tidak mencetus mahu, lalu akhirnya kita tidak mampu..

yang paling penting asas dalaman diri kita..

asas itu adalah IMAN
..
bila asas kukuh, biar ribut datang melanda you still remain the same..

*jom sama2 kita bina asas yang kukuh!!*

and then, sahabat yang mendampingi juga memainkan peranan..

selalu kalau bwat karangan yang tajuk pasal masalah remaja masa kat sekolah dulu, mesti ada je point ni:
PENGARUH RAKAN SEBAYA

biasalah.. jawapan skema tp boleh dapat markah kalau tulis ni..

orang cakap kalau nak kenal siapa kita, tengoklah siapa sahabat kita sebab seorang sahabat tu ibarat cermin bagi sahabatnya..
so, pilihlah sahabat yang mampu membahu ketika kita jatuh dan rebah..
yang mampu bersama membuat kita mengubah persekitaran kita menjadi lebih baik..

sebuah analogi untuk dikongsi:

andaikan kita ni adalah sebuah sampan kertas..
kemudiannya sampan ini dihanyutkan dalam anak sungai yang mengalir deras..

tentu sahaja sampan ini akan terus hanyut hingga sampai ke muara..

namun apakah yang terjadi kepada sampan ini andainya tiba-tiba air sungai menjadi kering??

tentunya tersadai di situ sahaja..
Namun, kemudian datanglah si pembuat sampan kertas itu tadi untuk menggerakkan kembali sampan kertasnya itu..

dan sampan tu pun sampai ke muara walau takde air pun dalam sungai tu..



begitu juga kita sebagai manusia,
bila kita dalam persekitaran yang membina, we can keep moving forward dalam akidah yang sejahtera..
tapi andai tiba2 keadaan berubah menjadi sebaliknya, adakah kita akan terpaku dan terus mengubah peribadi..
konon2nya nak jadi insan yang fleksibel la..
Saat itu puncak pengharapan hanyalah pada Allah..
Tuhan yang menciptakan kita..
Hanya Dialah yang berkuasa menggerakkan kita kembali ke jalan yang lurus, jalan yang diredhaiNYA..
so, can find the similarities dengan kes sampan kertas??

bwat cik huda yang cakap,
"mesti lepas ni nak post kat blog dia.."
yea.. sy g post kat blog saya psl analogi ni.. =)
sayang pulak nak disimpan sorang2..
baik share dgn orang mahu menerimanya..

bwat cik mazni plak,
credit to you la sbb bg ilham nk melengkapkan n memberi jawapan pada analogi saya ni..
x terfikir pun apa jawapan camne nak gerakkan sampan bila air dah takde..

p/s:saya rindu ayah saya..=(

No comments: