 |
| lane near Anatomy Lecture Hall |
alhamdulillah..
final exam dah berakhir,tapi masih dup-dap jugak sebab result amat mencemaskan..
but for the time being, just enjoy the moment;post-exam phase..=)
nothing much to say about the exam actually..
i'm just follow the flow~
oh, nak share pasal malam sebelum practical anatomy:
malam tu memang mengantuk sesangat sebab practical physiology habis lambat..
tapi tak boleh tido sebab anatomy memang tak prepare satu ape pun..
berjaga la kononnya..
dah la roomate dah balik,mau nyer terlajak tido..
so dah bosan+mengantuk,pack segala buku n tulang temulang pergi lobby hostel..
banyak kot,macam orang balik shopping je..
masa tu lobby memang kosong la..takde orang langsung..
then masa tengah discuss, my fren cakap dia dah mengantuk..
aku pun cakap la,
" haa! tido la kat sini..aku tinggalkan ko sorang2 baru tau..pastu aku letak tengkorak kat tepi kau dan panggil kucing hitam tu datang.."
masa tu kucing hitam tu ada kat depan kteorg..
pastu my fren cakap,
"aku rasa tu macam kucing jadian la.."
and then that cat turn as if it can understand..both of us freak out..
then out of blue aku cakap,
"apa jadi kalau tiba-tiba asap..poof~"
tapi tak jadi apa2 la..
pastu sambung bincang lagi dengan mamai..
pastu aku cakap,
"anjing!"
"mana ada anjing.."
"tu kat pintu tu la.."
pastu halau anjing guna femur(tulang paha)..tapi anjing tu bwat 'derk' je pastu dia lari la..
terlupa yang selalu tengok cerita kartun yang anjing makan tulang..
agaknya tulang manusia dia makan x???
pastu sebab dah takut anjing tu datang lagi,ambik tibia pulak(tulang betis) untuk hadang pintu..
memang cam bengong je..
tak lama lepas tu balik bilik and dozed off..
tak habis baca pun,cover semua benda ala kadar je..
bangun pagi memang panik sangat..
pastu tenangkan diri dengan ayat ni,
Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap sesuatu.(Surah At-Talaq 65: 2-3)
its really a relief bila kita tak cuba tanggung semua burden sendiri..
serahkan segalanya pada Allah bila kita dah berusaha yang termampu..
jadi jangan give up walaupun macam usaha tu macam tak nampak hasil..
beriman yang adanya Qada' dan Qadar supaya bila terjadi sesuatu kita akan terima seadanya..
"Ajaib bagi orang mukmin kerana apabila senang,dia bersyukur lalu diberi pahala. Bila susah,dia sabar lalu diberi pahala. Dalam kedua-dua keadaan dia mendapat keuntungan."
sekarang masa berdoa dan bertawakal..
moga dipermudahkan urusan..aminn~