Thursday, July 5, 2012

esok lusa dah nak puasa

pejam celik, pejam celik dah tinggal 2 minggu je nak sampai bulan Ramadhan..

wah!

berdebar jugak la sebab tak berapa nak buat persediaan sangat sambut Ramadhan ni..
teruja tu memang takyah cakap la, cuma dari segi amal tu tak berapa menunjukkan persediaan tu..
*frown*

takpe.. ada lagi 2 minggu!
yoshhh dila!




semoga Allah campakkan rasa excited! rasa seronok! rasa bahagia nak jumpa Ramadhan..=)


bulan Ramadhan pun rindu kita tau.. tiap-tiap tahun dia akan awal 10 hari..=D
seronok tak dengar fakta ni?

seperti pesanan pak tono.. (chewaaahhh~)

"Puasa itu bukan hanya tahan lapar dahaga di perut saja, nak fendy. Puasa itu untuk bersihkan roh." 
hlovate-contengan jalanan
aite, pak tono~ 

semoga Allah bagi hidayah yang berpanjangan untuk kita. 
Guidance during high and low, all the way to  the Jannah.

satu cerita pendek tentang hidayah yang dengar kat radio..insyaAllah kisah benar..=)
 (maaf,tulis guna ayat sendiri je)
cerita dia macam ni. ada seorang budak darjah 6 ni, yang tak lama lagi nak UPSR.
lepas satu program tu, budak tu pun jumpa ustazah kat program ni dan cakap,
"ustazah, doakan saya ye ustazah, dapat 5A.."
"insyaAllah dapat 5A untuk UPSR."
tapi budak tu tak pergi lagi.
"ustazah, serius ni tau nak 5A UPSR!"
 "ustazah ni iye je nak berdoa tapi tak tanya nama saya."

ustazah pun tanya nama budak tu sebab gaya lain dari kebiasaaan je.
"ustazah kena doa betul-betul..."
ustazah pun makin pelik sebab serius sungguh budak ni nak sangat 5A, lalu dia pun bertanya,
"kamu ni kenapa beriya sangat ni?"
"ustazah, saya memang kena dapat 5A sebab mak saya cakap, kalau saya dapat 5A saya boleh mintak apa-apa pun. mak saya tak tahu lagi. jadi saya cakap dengan mak saya, boleh tak nak kongsi dengan ustazah dulu. saya kena dapat 5A sebab saya nak tuntut hadiah dari mak saya. saya nak mak saya tutup aurat, pakai tudung.."

ustazah cakap, mohon dengan air liur, tak sama dengan mohon dengan air mata. TT_TT

nota kaki:

  • excited tak, nak puasa kat india? 

             - mestilah excited!!! sebab takde bazar ramadhan..eh?
                hahaha

  • sila dengar atau muat turun ceramah? ulasan? tentang harapan ramadhan[di sini] insyaAllah bermanfaat. =)

Tuesday, July 3, 2012


"....dan hadiahnya pun, saat ulang tahun tiba,
bukanlah harta benda yang mahal.
mungkin hanya sepotong doa yang dia rahsiakan,
yang dia pohon lewat sepi dalam solatnya menghadapi Ilahi.

ketahuilah,
bahawa dia mungkin bukan yang paling kaya,
namun mungkin dia lah yang ikhlas menyayangi.”

-courtesy of tersenyum-melihat-langit.tumblr.com



nota kaki:

  • ada lagi kat atas tu, cuma ambik yang rasa relevant kat diri je.. 

Monday, July 2, 2012

soalan viva dari pakcik imigresen

wah!

rasa macam dah lama sungguh tak tulis blog.

asyik cakap sensorang je. eh,bukan! monolog dalaman la.. =p

balik rumah cakap pun dah macam merapu je. tak reti buat ayat dan tak reti nak buat conversation yang berkesan. serius, dalam hati memang niat nak cakap banyak ni tapi lepas tu..

....

...... 

krikkrikrikkkk 
*bunyi cengkerik*

hahaha.. adoi, haru sungguh dila ni~


oh ye, semalam masa sampai kat kaunter imigresen terus dalam soalan viva.. huhu~


"who is the Father of Modern Medicine?" tanya pakcik pegawai imigresen yang tengah tengok residential permit ku itu..



*buat muka pelik*

*berfikir kejap*




kosong...
kosong....
kosong.............. (nyanyi macam lagu najwa latif yeeeee)


"you are in which year now?"

"errr, third year................"

"third year? and you don't know the Father of Modern Medicine?"


*sengih macam kerang busuk*

(monolog: "sungguh pakcik! saya tak ingat satu ape pun sekarang. pakcik tanya la father of ape pun saya tak ingat....... silap hari bulan pakcik tanya nama pun saya tengah confused lagi agaknya..")



*terkebil-kebil biji mata tunggu dia sahkan semua dokumen dan bagi lepas kaunter tu*


"go and find the answer today itself!"

"yes. sure. thank you!" jawab sambil tersenyum girang sebab dah lepas.. yeaaayyyyy!


persoalan sekarang adalah Hippocrates ke William Osler Father of Modern Medicine? atau mungkin Ibnu Sina? boleh tak, tolong saya jawab soalan ni? (tu semua jawapan inche google bagi.. -___-)