Thursday, July 19, 2012

barakallahulakuma...

aku suka tengok orang kawen..
tak.
bukan sebab gatal nak kawen.
it is more beyond that.



i know when people get married that is when the real love story begin.
bukan cerita dongeng, bukan cerita korea.
bukan kisah suka semata, tapi juga berselang seli dengan yang duka.

saat janji terpateri untuk diijabkabulkan,
bukankah hati itu sedang percaya janji Tuhan.
sedang percaya bahawa inilah jodoh yang tertulis di Luh Mahfuz.
bukankah itu cinta?

dan perkahwinan itu juga perjalanan mencari diri.
menemukan diri yang separuh lagi dalam diri yang lain.
menyempurnakan diri, menyempurnakan separuh dari agama.
bukankah itu cinta?

all doubts and insecurities...

all tears and smiles...

all of it and everything in between....



nota kaki:

  • september bakal menyaksikan tiga sahabat diijabkabulkan.. can't be there though i really wish i could. 
Barakallahu laka, wa barakallahu alaika wa jamaa bainakuma fi kulli khai
Semoga Allah memberi barakah bagi kamu dan memberkati keluarga kamu, dan mengumpulkan kamu dalam kebaikan dan kepada kebaikan.

Wednesday, July 11, 2012

wordless wednesday #8

hilarious~. but at least they tried..
tapi kalau setakat nak mengorat tu baik tapayah la.. *rolling eyes*

Sunday, July 8, 2012

moments #1



“Eh, dia ada fesbuk ke?”
“Ada.”
“Alaaa... mesti dia tak guna nama sebenar dia kan. Dia mesti guna nama Princeszz, Cuteeee ke. Eh tak, dia dah kawen. So mungkin dia guna Lady kot....”

Spontan terpecah gelak 6 makhluk yang menghuni meja no.29 tu.
courtesy of tumblr


Nota kaki:
  • Semua orang perasan je. Tak semua orang membenarkan. Dan lebih banyak mendiamkan.