Wednesday, December 12, 2012

kalau tiba-tiba ada salji...

Kalau tiba-tiba ada salji, saya adalah orang yang paling gembira kerana seumur hidup saya belum pernah merasa bagaimana pengalaman dengan salji. Mana mungkin bumi Malaysia ataupun India turun salji bukan? Saya membayangkan bahawa salji adalah satu keajaiban dunia, salah satu tanda kekuasaan Allah yang Esa. Putih, bersih dan suci, pasti satu pemandangan yang membuatkan anda teruja dan nafas terhenti buat seketika.
Kalau tiba-tiba ada salji, saya mahu memandang dari tingkap dengan perasaan ajaib(?) (amazed/miracle/excitement) yang pastinya membuatkan mata membuntang, jantung berdegup macam biasa je kot dan menarik nafas dalam-dalam kerana merasa seperti di dalam mimpi. kepingan-kepingan salji yang jatuh berguguran seperti kristal yang berkilau.....



ok, tak boleh dah nak tulis karangan "kalau tiba-tiba ada salji..."
ya Allah..rupanya memang dah berkarat bakat menulis dalam format ayat bahasa melayu yang betul.

abaikan sahaja usaha menulis karangan tu. macam tak sampai je maksud sebenar. heh.
kalau la tiba-tiba ada salji, mungkin aku pergi tempat bersalji atau salji turun kat india/malaysia, benda yang aku nak buat adalah tengok salji tu jatuh. dari coklat warna tanah sampailah putih dilitupi salji. snow flakes that fall from the sky surely feels like a miracle. amazingness! <--ada ke word ni?

dah lepas tengok salji dan salji pun dah bertimbun kat luar, aku nak baring je atas salji. usaha membuat snow angel mungkin? hehe
i want to feel the snow with all the senses.. yes, including eat the clean snow! (kalaulah ada orang kencing ewwww)

lepas tu.........
errr, nak buat ape eh?

maybe i'll walk and see the usual path covered in snow. mesti cantik kan?
did you know there's one quote,
"Kindness is like snow. It beautifies everything that it covers."

dan tiba-tiba aku terjelepok jatuh sebab licin.

lepas tu takde plan lain dah. snow fight? snowman? ski? sleep comfortable in my bed wrapped in duvet.
buat ais kacang dari snow. haha

oh! terlupa satu benda. the geeky? nerd? part of me.
they said that each snowflake is different from one another.
so i wish to examine them under microscope. one by one.
can you imagine that i'm running around with my glass slide just to catch the falling snowflakes. lepas tu bawak cepat-cepat pergi kat microsope sebab takut cair. bila dah penat dan puas hati, betulkan letak cermin mata dan tersenyum lebar. eh? aku mana pakai cermin mata.. (-__-)"
....tapi kena ada microscope dulu! *sad*



“Snowflakes, like people, are all different and beautiful, but they can be a nuisance when they lose their identity in a mob.”

yang ni menarik [link]




nota kaki:

  • tiba-tiba membayangkan perasaan sendiri kalau ada salji lepas tengok AimanAzlan post video salji turun.. *jeles*
  • boleh buat sugar cookies bentuk snowflakes je la...

wordless wednesday #16


Tuesday, December 11, 2012

parenting guide





TIP MENANGANI ANAK.

  1. Jangan pukul anak dari lutut ke atas.
  2. Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.
  3. Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.
  4. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.
  5. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).
  6. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).
  7. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
  8. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
  9. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
  10. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
  11. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
  12. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
  13. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
  14. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
  15. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
  16. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
  17. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
  18. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
  19. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
  20. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
  21. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
  22. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.


nota kaki:

  • tulis siap-siap kat blog supaya senang nak cari bila dah ada anak nanti.. hihi *giggle*
  • parenting guide bukan untuk deal dengan anak je, dengan anak sedara, cousins yang kecik, anak jiran sebelah rumah, mungkin pesakit (peadiatrics) jugak...