Thursday, June 16, 2011

otak dah jadi tunggang terbalik


Perjalanan balik dari Karad ke Belgaum......

Pakcik pemandu kereta tiba-tiba bawak kereta secara radikal walhal bersopan santun dan menjadi pemandu berhemah semasa perjalanan pergi ke Karad. Mungkin pakcik sudah bosan lalu mahu lekas pulang ke Belgaum.

Alkisahnya, akibat memandu terlalu laju dan mencelah kereta, pakcik hampir terlanggar bontot(?) trailer di depan. Aku yang duduk di bahagian tengah melihat kejadian tersebut dengan jelas. Dalam hati mula berbisik, 
“Mungkin kereta ni akan berlanggar dengan trailer ni.”
Lalu secara spontan, aku pun menutup mulut dan sebahagian muka sambil membaca,
“Bismillahirrahmanirrahim...”

Errrr?

Suara halus bertanya di benak sahaja,  
“Kenapa kau cakap Bismillah? Bukan itu yang sepatutnya.”
Lalu aku menjawab,  
“Itu sahaja yang terlintas di minda aku. Aku tahu aku kena ingat kat Allah, doa kat Dia tapi aku lupa apa yang patut aku cakap. Moga Allah mengerti, moga Allah menberkati.”

Ku ceritakan lafaz spontan itu kepada sahabat di sebelah.
“Dila!!! kau nak rasmikan perlanggaran kereta ke?” respon si sahabat.
Aku cuma mampu tersengih nampak gigi dan buat muka tak bersalah.

Lewat malam, aku terbersin.
“Allahu Akbar!”
Aku tersalah lagi.

learn to feel better, away from home

Now I’m counting days...
Most of my friends having holidays to some other places--> Aussie, Korea, UK, Indonesia..
Huaaaa~ mahu jugak!
But I am grateful to have this holiday even it is a short one..
If it is blessed by Allah, it is more worth it than a whole year to spend in Malaysia..
Dah kita ni nama manusia..
Insan..
mana pernah kenal erti puas..

*senyum sinis kepada diri sendiri*

Selalunya akan sangat gembira menghitung hari untuk bercuti..
Tapi, bila dah dekat sangat nak balik, rasa macam tak nak balik lagi sebab rasa macam banyak benda yang tak siap lagi..
Tapi tak sabar nak balik Malaysia sangat-sangat..
Macam-macam kan?

Balik nanti rasa nak peluk orang mesia kuat-kuat, biar hangatnya dakapan terasa sampai pertemuan yang akan datang..
Mahu penuhkan hati dengan kasih sayang..
Mahu bina kembali semangat dan kekuatan..
Mahu mencari rasa-rasa yang semakin hilang..
Mahu semuanya yang tak bisa ketemu di India..
Mahu semua itu..
Mahu sangat!

Tak puasa di rumah tahun ini, juga tak raya di rumah tahun ini..
Takpe.. *cakap kat diri sendiri*
Kita bina kekuatan di sini, ya?

Hati-hati menjaga hati.

"What seems like the right thing to do could also be the hardest thing you have ever done in your life."

nota kaki:
teringin mahu buat benda menarik tapi mungkin agak bosan seperti
  • watch theater in Istana Budaya
  • listen to ochestra in Petronas Philharmonic Hall
  • appreciating arts (painting, sculpture etc) in gallery
  • watching F1 live in Sepang F1 Circuit..
eh, semua kat mesia la.. =)

Wednesday, June 8, 2011

did you mean it?

“You say that you love rain, but you open your umbrella when it rains. 
You say that you love the sun, but you find a shadow spot when the sun shines. 
You say that you love the wind, but you close your windows when wind blows. 
This is why I am afraid, you say that you love me too.”

— William Shakespeare

well said.