Sunday, July 10, 2011

change

Sometimes there are things in our life that aren't meant to stay. Sometimes change may not be what we want. Sometimes change is what we really need. And sometimes saying goodbye is the hardest thing you think you'll ever have to do, but sometimes it's saying 'hello again' that breaks you down and makes you the most vulnerable person you'll ever know. Sometimes change is too much to bear, but most of the time change is the only thing saving your life.



Experience is the worst teacher; it gives the test before presenting the lesson.

 

Tuesday, July 5, 2011

cerita hati

"...Pada awan biru ku melakar kata-kata,
Pada langit cerah ku panah semua cerita,
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi,
Beterbangan jiwa merentasi pelangi..."


Quartet reminds me of this song..


safely arrived in India..

Thursday, June 16, 2011

otak dah jadi tunggang terbalik


Perjalanan balik dari Karad ke Belgaum......

Pakcik pemandu kereta tiba-tiba bawak kereta secara radikal walhal bersopan santun dan menjadi pemandu berhemah semasa perjalanan pergi ke Karad. Mungkin pakcik sudah bosan lalu mahu lekas pulang ke Belgaum.

Alkisahnya, akibat memandu terlalu laju dan mencelah kereta, pakcik hampir terlanggar bontot(?) trailer di depan. Aku yang duduk di bahagian tengah melihat kejadian tersebut dengan jelas. Dalam hati mula berbisik, 
“Mungkin kereta ni akan berlanggar dengan trailer ni.”
Lalu secara spontan, aku pun menutup mulut dan sebahagian muka sambil membaca,
“Bismillahirrahmanirrahim...”

Errrr?

Suara halus bertanya di benak sahaja,  
“Kenapa kau cakap Bismillah? Bukan itu yang sepatutnya.”
Lalu aku menjawab,  
“Itu sahaja yang terlintas di minda aku. Aku tahu aku kena ingat kat Allah, doa kat Dia tapi aku lupa apa yang patut aku cakap. Moga Allah mengerti, moga Allah menberkati.”

Ku ceritakan lafaz spontan itu kepada sahabat di sebelah.
“Dila!!! kau nak rasmikan perlanggaran kereta ke?” respon si sahabat.
Aku cuma mampu tersengih nampak gigi dan buat muka tak bersalah.

Lewat malam, aku terbersin.
“Allahu Akbar!”
Aku tersalah lagi.