Saturday, July 3, 2010

wortel rupanya..

baru ku tahu rupanya WORTEL itu adalah lobak merah..
rasanya ni bahasa Indonesia kot..

gambar ni pinjam dari [sini]
apa lagi yang aku tahu eh?
jahe=halia
erm,tu je kot..=p
tahu pun sebab dulu mak gi tengok rancangan memasak indon..tapi bila tak faham dah tak tengok dah..

tapi kan,setelah meng'google' dan ber'wikipedia' rupanya wortel tu pun maksud dia carrot dalam bahasa Belanda..
kata Afrika pun orang guna wortel=carrot..
boleh tengok kat [sini]
aku nak explain lebih-lebih payah pulak sebab sepatah apa pun aku tak faham bahasa Dutch ni..
tahu susu Dutch Lady,tapi haruslah memboikot sebab diorang masih tak nak mintak maaf pasal karikatur Nabi Muhammad tu..
am i right? ataupun aku dah ketinggalan zaman?

besar jugak kan pengaruh menjajah terhadap budaya sesuatu bangsa tu?
(apsal cam dah keluar aura BTN ni?)
for example the usage of the word wortel by Indonesian which is from Dutch language..
alaa~ orang Malaysia pun ada kata pinjaman dari penjajah..
erm, is it langsir? garfu? (oh,terlupa mukasurat buku Sejarah yang tulis list ni semua..)

kalaulah rakyat Malaysia masih tak serius pasal benda ni, macam kemungkinan untuk dijajah kembali tu ada..
runtuhnya sesebuah negara tu bukan kerana benteng pertahan yang tak kuat, tapi sebab konflik dalaman tu sendiri..
macam enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing..
enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
Maksud: Orang yang mementingkan diri sendiri; tidak bermuafakat dalam sesuatu perbincangan, berpegang pada pendapat masing-masing sahaja.
semua nak tunjuk salah orang lain..benda remeh pun boleh cari pasal..
teringat pasal orang nak namakan jalan baru kat Selangor, nama jalan tu Jalan Barat..
pastu gaduh2 la sebab orang tak nak pergi ke barat kot..
kan budaya barat ni tak elok..(ke budaya kuning?)
macam lawak je..haha~

kalau macam tu, kita kena bergerak ke Utara, Selatan, Timur tapi bukan Barat..
(kalau Barat Daya dan Barat Laut?)
aku cakap kat kawan aku, ko boleh balik Kelantan tapi tak boleh datang balik la..
kena pusing satu dunia baru boleh sebab ko takleh gerak ke barat..
pastu katakanlah, aku ulang balik KATAKANLAH tiba-tiba orang buat peraturan yang mengarut..
"sesiapa yang berpakaian seperti barat tidak dibenarkan masuk ke premis kerajaan dan pusat membeli-belah."
p/s: rambut berkarat pun tak boleh masuk..
macam sangat ridiculous.. apa salah orang barat? kesian kat orang Islam dan orang baik-baik kat sana..
mungkin nenek moyang pernah jawab kot soalan ni, kerana nila setitik rosak susu sebelanga..



mungkinkah pada masa depan kita ada Power Rangers instead of Hang 5 bersaudara?
atau sebenarnya kita hanya perlu bersatu padu dan ambil bahagian dalam mempertahankan agama dan negara..
kerana dengan pengorbanan dan titik peluh untuk mempertahankannya, kita akan lebih susah untuk melepaskan benda yang kita sayang..
faham ke?

nota kaki:

  1. Wortel pun nama tempat kat Belgium..haha~ perasan la pulak, padahal BelgAum je..
  2. Belanda(Netherlands) menghantar Brazil balik rumah..Adakah Netherlands sudah menunjukkan belang orennya?
  3. exam makin hari makin dekat..aku pulak makin hari makin malas..cuah seyh~ pergi main jauh2 lah setan malas..syuh!!! 
marilah kawan-kawan kita baca ta'awwuz sama-sama:

A`ūzu billāhi min asy-syaitāni r-rajīm (أعوذ بالله من الشيطان الرجيم).
maksud: Aku berlindung dengan nama Allah daripada syaitan yang direjam..
semoga syaitan tu main jauh2 dan tak kacau kita dah..

3 comments:

cactus comel :P said...

dear!
org kt ctuk mg panggil wortel!
ntah bila baruk sedar ya nama lain lobak merah.hoho
jahe mmg bhsa indon~
:P

beruang diabetes said...

dila. tag kamu sudayh disiapkan. sile jengah ke blog ku..hehe~

dila_zarifah said...

to cactus:
adoi~xkan la dah xingat bhasa drik mpun syg oi! ish3~
jahe jak kmk tauk rasanya..

to nadten:
sudah dijengah..=p