Saturday, August 13, 2011

Seorang gadis itu …
yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari … 

dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya …

kerna seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini …
perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah dan kalah, dalam pertarungan yang lama … dari rebah dan salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, ni’mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan, seorang gadis itu …
anugerah istimewa kepada dunia!


taken from someone's tumblr but the source is from iluvislam.com..

No comments: