Tuhan,
kau lebih mengerti akan keadaan diriku.
Sepertinya jiwaku telah hilang dalam kelelahan,
Lenyap dalam keduniaan.
Tuhan,
terima kasih untuk sepotong doa.
terima kasih untuk sebuah harap.
terima kasih walau sekadar sebaris ucap.
terima kasih kerana menghadirkan senyum.
Tuhan,
meski sudah telat untuk sebuah ucapan,
Alhamdulillah.
terima kasih Tuhan untuk aku merasa punya jiwa manusia.
kurniaMu terlalu banyak,
namun terlalu sedikit yang aku ingat.
semoga Engkau rahmati jiwa-jiwa yang telah Engkau jemput kembali.
No comments:
Post a Comment