Friday, November 5, 2010

budak kecik kemaruk bercinta

aku bukan tua untuk cakap orang lain budak kecik..
tapi sekurang-kurangnya aku dah habis sekolah menengah, jadi mereka masih budak kecik bagi aku..
maaf kalau aku macam berlagak..

bila tengok facebook orang muda sekarang aku jadi risau..
betapa gelombang facebook sangat besar impak dalam hidup mereka..
semuanya dalam facebook..
nak mengorat, carik calon isteri pun kat facebook..
erk, ayat apakah ni?
cuma aku rasa cara yang lebih susah, lebih klise itu macam lagi sweet..
maaf lagi sekali kalau aku berjiwa seperti orang tua..=)

first sekali, aku tengok budak perempuan form 3 tulis caption kat gambar dia kat fb...
"i love you **** ****, my future husband insyaAllah.."
(sebenarnya ayat yg betul aku tak ingat tapi for sure my future husband tu ada)
gambar tu seksi kot..ke tak eh? *lupa*
pastu yang 'bakal suami' tu pulak baru form 4..
tiba-tiba aku terasa sangat tua pulak..-_-"
macam mana eh, dia boleh yakin yang itu bakal suami dia?
aku pulak masih tak jumpa-jumpa lagi..haha~

Buat adek yang akak tak kenal,

Adek ni PMR pun belum lepas lagi, belajar rajin-rajin dulu, banggakan mak dan ayah. Jadilah anak yang baik, balas jasa mereka dengan kejayaan adek. Buktikan pada semua yang adek ni bukan perempuan yang mudah, bukan perempuan murah..
Adek is somebody that has 'beauty with brain....and with iman too'..

'Bakal suami' adek pun tak lepas SPM lagi, macam mana adek boleh yakin dia mampu beri bahagia kat adek masa susah dan senang? Adek baru menengah rendah, banyak lagi yang adek tak jumpa. masih belum rasa lagi. Kehidupan lepas sekolah menengah bukannya berkisar pada orang yang sama, bukan berputar dengan adek seorang menjadi paksinya. Akak dulu pun macam tu jugak, dah masuk upper form, akak rasa macam dah matang sangat dah. Bila orang tak bagi buat sesuatu mesti akak rasa macam nak memberontak sebab akak rasa akak dah mampu buat keputusan sendiri, mampu jaga diri sendiri. Naif sungguh akak masa tu...padahal kalau tengok balik gambar form 5, akak memang masih seorang budak comot..
(tiba-tiba envy kat budak-budak sekarang yang reti bergaya)

mungkin sekadar jenaka..bila difikirkan betapa orang mahu yang mudah tapi indah..tapi lepas tu mungkin hanyalah 'touch and go' because they never put any effort thus they're not going to lose anything.. pic credit to [here]


Adek, masa depan tu sesuatu yang tak pasti. Tak salah menaruh harap, tapi ingatlah makin tinggi kita berada, makin sakit rasanya bila jatuh. Cinta bukan segalanya, tapi cinta juga yang memberi kehidupan namun bisa mematikan, memusnahkan hidup seseorang..

Sungguh akak takut sangat sebab akak nampak macam-macam gejala sosial berlaku sekarang ni...
lari ikut teman lelaki, buang bayi, pesta lewat malam..
Risau yang amat sangat sampaikan akak jadi tak tahu nak buat apa. Kalau difikirkan, adek ni bukan siapa-siapa pun. Entah profile siapa yang akak bukak pastu ternampak gambar yang membuatkan akak berfikir panjang..
i told this because i know you are precious and you deserve better...

mungkin adek akan cakap macam ni:
akak ni macam orang tua lah, kolot.. dah tu kuat membebel pulak tu..
sebok je nak jaga tepi kain orang..
mesti akak cemburu ni sebab akak takde boifren dan takde orang nak akak..
saya tahulah jaga diri sendiri..
akak senyap boleh tak?
akak bukannya baik sangat pun..

*tersenyum kelat*
bila difikir-fikir balik, akak memang bukan siapa-siapa..
tapi akak pernah rasa muda macam adek, masa jatuh cinta(?) tu terasa macam indah sangat..
semangat je nak pergi sekolah sebab boleh jumpa dia.. entah apa-apa je..
memang akak cakap akak tak pernah bercinta dan akak takde boifren jadi mungkin akak tak faham apa yang adek rasa..
tapi akak hidup dengan lihat apa yang terjadi di sekeliling akak..
-observation-

cinta anak anjing=puppy love?....taken from [here]
berapa ramai yang bercinta tapi putus di tengah jalan..
merana satu badan.. pelajaran, keluarga, masa depan, semuanya macam dah takde makna..
hanya yang punya kekuatan mampu bangkit kembali walaupun sebelumnya seperti nyawa hilang jasad..

i'm not telling you to break off if it's too hard for you..
i just want you to learn to love yourself, your family and of course love Allah on top of it all..
biarkan ada ruang dalam hati  untuk rasa kecewa..
jagalah segala batasan pergaulan dan aurat..
kerana sayang, kamu begitu berharga..

'cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. cinta bukan mengajar kita menghina diri, tapi menghembuskan kegagahan. cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.'
~Hamka~

sayang seribu kali sayang bila yang paling kita sayang telah hilang..
sayang bila usia muda habis dengan perkara yang sia-sia saja..
sayang sungguh bila budak sekolah fall deeply, madly in love where that love seems like a promising future for them..
tapi Katy Perry nyanyi:
"...Talk about our future like we had a clue
Never planned that one day I'd be losing you..."
and then they realised that it is not..
nothing would last eternally..

see [this] and justify it by yourself..

kek pandan yang membesar

sila baca dengan gaya macam cerita Doraemon...
alah, yang masa dia nak cakap tajuk macam, "kisah jaring labah-labah.."
macam tu la..
takkan nak kena demo kot..=D

okay, kita masuk cerita asal..
malas nak cerita berputar-belit, bersimpang-siur..
kan hari tu cakap nak buat kek kan?
pastu aku buat la walaupun malas sebab dah cakap kat kawan aku nak buat kek untuk Diwali..

aku pun mula keluarkan segala bahan-bahan yang perlu..
sebenarnya aku redah je sebab takde resepi kek pandan..
nak buat kek coklat, aku tak tahu mana aku campak resepi tu..
jadi, dengan bakat(?) aku yang boleh dipakai aku main redah je masuk bahan-bahan tu semua..
gula, telur, santan, tepung, susu pekat, pes pandan, serbuk penaik, minyak masak..
bantai je masuk semua tu..
agak-agak je, tak sukat pun sampaikan aku tercurah tepung banyak dalam tu..

lepas tu, konon-kononnya nak buat comel masukkan dalam cawan kertas..
tak tahu mana nak carik bekas untuk buat cupcake or muffin tu..
bubuh dalam 3/4 bahagian dari bekas tu kot..
muat 4 je sebab memang buat sikit pun adunan..

ni lah hasil lepas siap buat kerja..bersepah kan?

masukkan dalam pengukus..
(aku takde oven sebab nak beli masa pindah bilik nanti sebab bilik sekarang dah sempit sebab duduk 2 orang..<---banyak gile sebab)


ni lah hasilnya..
tinggal 3 bijik je sebab satu dah kena makan..*wink2*

kek yang membesar...
aku gelak kuat masa bukak penutup periuk tu sampai rumet yang tengah khusyuk buat kerja pun tengok..
tak hilang sengih aku tengok benda tu..
harapkan dia jadi comel tapi jadi macam terlebih baja..
hahahaha...
disebabkan agak kecewa, lapar dan sangat lawak, aku pun ambik terus satu dan ngap..
sedap!
nyum3~
tapi still nak gelak walaupun dah habis makan...

ni dah licin dah..siap makan dengan sudu Baskin Robbin lagi tu..=)
bila dah penat baru perasan yang aku ni banyak cakap la..
esok dah start cuti Diwali aka Deepavali, tapi clinical posting masih ada..
harap-harap esok boleh balik awal dan makan Nasi Briyani dan main mercun dengan gembira..hooyeh~

nota kaki:
  1. aku ni ada hati juga nak ada blog masak-masak walaupun kek jadi macam ni..=P
  2. cuti ni nak berehat dan tido sepuas hati dan baca buku dan tengok cerita korea sambil tulis kerja rumah yang banyak dan online 24 jam... huh? macam tak cukup je cuti kalau macam ni..
  3. i have tendency to spill things..i spilled my grape juice over my punjabi suit and on the floor too.. nasib baik belum mandi lagi..=)

Monday, November 1, 2010

malam orang mesia

tamat sudah Malaysian Night 2010 with election for MSA committees..
tapi drama dan politik sepanjang program ni (sebelum,semasa,selepas) belum selesai..
kecewa dengan sikap orang yang kurang professional..
tapi nak tuding jari kat orang, sama saja aku tunjuk kat diri sendiri sebab aku pun sebahagian dari yang terlibat..
cuma peranan sangat kecik sampai macam tak terlibat langsung..=p
memang malas pun nak terlibat because most of the time I don't know how to deal with people..
lame excuse~

aku pakai baju hijau..atas sampai bawah..
mula-mula rasa macam ok je tapi lam gambar nampak hijau sangat..
macam pokok..erk?
orang lain melaram...baju meriah, elegan, cantik dan segala adjektif yang menarik untuk describe baju orang..
oh, oh...ada orang pakai baju korea...ntah nama apa baju tu..
tapi comel~~ percaya lah..=)

majlis tak berjalan lancar seperti yang diharapkan..
yelah, bukan mudah nak uruskan majlis dan pastikan semua orang puas hati..
perfect=impossible
cuma yang agak terkilan bila cara sesetengah orang tu handle certain things in a very unprofessional way..
marah dengan cara terjerit-jerit, marah/mengutuk orang lain depan orang lain..
macam tu ke professional? ke emotional?
mungkin kita betul tapi tak bermakna orang lain salah..
dan marah macam orang yang hilang akal, ikut perasaan tak menunjukkan kita bagus..
bila punya kuasa tak semestinya kita punya segala hak untuk buat sesuatu ikut suka saja..
kuasa tu tak meliputi perasaan orang..
mungkin kau akan cakap, "aku peduli apa!"
tapi bila benda yang sama patah balik kat kau macam orang cakap karma, mungkin kau akan emosi juga..
emosi tu benda yang subjektif..
mungkin kau senior tapi tak bermakna junior tak boleh nak emosi..

ikutlah pepatah melayu, "bagai menarik rambut di dalam tepung..rambut jangan putus, tepung jangan berselerak.."
kita kan ada budi bahasa, kalau hilang itu, hilanglah martabat bangsa..
mahu mengaku Malaysia? padahal kau sama saja dengan India jika kau hilang itu..

you may think that you're not going to lose anything..
but you have lost my respect..
it is something that you have to earn not to expect..
when we are respected we gain the voluntary cooperation of people..
when people respect one another there would be fewer conflicts..

apek punya satus kat fb..
"Kita tidak mahu politik sekadar kutuk-mengutuk, maki-memaki dan hina menghina tanpa sebarang cadangan yang membina dan memajukan pemikiran rakyat."
nota kaki:
  1. nanti bila dah dapat culik gambar, aku letak la sebijik dua kat sini..
  2. mahu pergi jalan-jalan masa cuti Deepavali tapi takut bukan clinical holiday pastu cikgu psycho marah dan tandakan retrograde absent untuk aku..*sigh* plus i need to have a glance on things that i've learned now..otak kosong je walaupun banyak dah cikgu ajar..*sigh*