Sunday, August 23, 2009

secebis harapan ramadhan

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan....


first tyme blog ni jumpe bulan puasa.. huhu~
Alhamdulillah, we are lucky enough..
banyak lagi orang yang x sempat jumpa Ramadhan..
so make use of the time wisely k??

Ramadhan=madrasah iman..
bulan yang istimewa untuk kita meningkatkan amal, meneguhkan kembali iman..
bulan yang mana permulaannya adalah rahmah, pertengahannya pula adalah maghfirah(keampunan) dan dipenghujungnya adalah pembebasan dari api neraka..

teringat pulak masa kecik2 dulu..

start puasa masa umur 9 tahun (darjah 3)..

lambat kan??

masa tu me n my lil bro, 7 tahun main meriam buluh..

main pulak masa petang, around 2-3 ptg camtu..

pastu masuk rumah n terbongkang je depan tv sebab haus..

pastu cakap nak x larat n nk bukak puasa..
(sapa yg penah main tau la camne rasa haus tu sebab kna tiup buluh.. suma saliva evaporated.. =p)

n then mak datang, bagi air oren yg sejuk kat my lil bro..

(mak x bagi kat aku coz aku kan kakak, dah besar pun masa tu..hehe~)

tapi adik aku yang berlagak macho tu x nak minum..

SEBAB...........

nanti x cukup puasa, pastu x dapat duit raya..

hahaha~ tu la pemikiran masa budak2..
buat something sebab nak dapat reward..

haish~ dah besar ni ada lagi ke yang nak puasa sebab nak duit raya?

harap2 dah xde la ek..

kena ikhlaskan diri puasa..
ni ibadah yang kita deal sendiri ngan Allah..
kalau kita curi makan, hanya kita n Allah je tau..(kalau x kantoi)

kita sendiri boleh nilaikan puasa kita..
apa yang mulut kita cakap, apa yang mata kita lihat, apa yang telinga kita dengar, apa yang tangan kita dah buat, kat mana kaki kita melangkah..
yang paling penting..
APA DALAM HATI KITA...


me myself pun ada my own harapan..
nak solat sunat terawih tiap2 malam w/pun x leh nk pegi jemaah kat masjid..
(kat India, pompuan xleh g masjid.. kenapa? xtau la..)
pastu nk try khatam Quran.. kalau x boleh pun nk baca Quran sebanyak mungkin..
xnak miss sahur dah..
n for sure nk perbaiki amalan harian..
Ya Allah, permudahkanlah~

to all of you:
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


p/s: teringin nk g Niagara Fall..=p (tak relevan kan..)

~niagara fall~

Sunday, August 16, 2009

tag yg terlupa nak amik

so sorry my dear has..
lupak la nak amik tag tok dr blog ktk..
dah berkurun dah..
isk3~

Peraturannya:

1) Copy gambar amal Islam di bawah.

2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama.
hmm..
nak pilih sape ek?
-miss j0an aka seekerz
-atikah atikus
-tRah Ha
-huDa
-aina
-naDteN
-mazni
-echah
-
-
-
yg len tu xtau nk isi nama sape..
sape2 yg nk jawab, silakan~

* * * * * * * * * * *
~ambik dr blog cik has~
amal islam 100%. perjalanan itu memang memenatkan. in other word jalan yg panjang.

it's a characteristic of dakwah.
penat?siapa yang berkata tidak.tapi bukan sebab untuk berhenti. cuba bandingkan dengan dakwah islamiyyah para rasul terdahulu. junjungan besar Rasulullah s.a.w. pernah berlumuran darah sehingga ke lutut dek kerana menyebarkan agama nan satu ini. kita?

jalan yang panjang dan memenatkan. berat bebannya. banyak akibatnya. tetapi sedikit yang mendukung amanah ini.

sungguh andai difikirkan, mungkin terasa malas dan biarkanlah. kenapa mahu peduli sedangkan kita punya hidup sendiri. yang mungkin sudah cukup mewah dan senang dengannya. sudah punya nikmat islam dan iman. dilahirkan dalam keluarga islam dan mengamalkannya. tapi untuk mengajak kepada kebenaran dan meninggalkan laranganNya jauh sekali. ditudingkan kepada yang lain.

"ah, aku punya urusan yang lagi penting utk dikerjakan. biarlah ustaz2 dan ustazah2 sahaja yang melakukannya."

"aku xpunya ilmu.aku xpandai bab agama"

"ramai lagi yang lebih layak.aku jadi pengikut je xpe kan.."

hm.. lebih mudah mencipta alasan dari mengumpul keberanian.
tapi pernah tak terfikir apakah tujuan kita hidup di muka bumi ini? adakah sekadar berseronok2 dengan dunia lantas yang lagi utama dilupakan? ke mana matlamat yang lagi penting? what is our purpose of life?

Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.
(Adz Dzaariyat : 56)

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.
(Ali Imran : 110)


dah jelas kan.selain untuk beribadah kepadaNya kita juga diciptakan untuk menjadi khalifah atau wakil Allah untuk mentadbir dan memakmurkan muka bumi. Allah menciptakan manusia sebaik-baik kejadian. tiada satu pun makhlukNya yang lain menandingi penciptaan manusia. dan sebaik-baik umat adalah umat islam. punya kelebihan sehingga Allah angkat darjat umat2 islam. umat yang terbaik dalam banyak2. siapakah kita mahu mempertikaikan lagi. tiada istilah tuding menuding dalam kewajipan yang ini. kita masing-masing punya peranan tersendiri.

tujuan sebagai khalifah di muka bumi. berbakti kepada alam. kepada sesama manusia. meneruskan tugas Rasulullah yang terdahulu. tanggungjawab setiap manusia, setiap muslim.

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.
(Ali Imran : 104)

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.
(An-Nahl : 125)

Bagi tiap-tiap umat telah Kami tetapkan syari'at tertentu yang mereka lakukan, maka janganlah sekali-kali mereka membantah kamu dalam urusan (syari'at) ini dan serulah kepada (agama) Tuhanmu. Sesungguhnya kamu benar-benar berada pada jalan yang lurus.
(Al Hajj : 67)

Maka karena itu serulah (mereka kepada agama ini) dan tetaplah sebagai mana diperintahkan kepadamu dan janganlah mengikuti hawa nafsu mereka dan katakanlah: "Aku beriman kepada semua Kitab yang diturunkan Allah dan aku diperintahkan supaya berlaku adil diantara kamu. Allah-lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal-amal kami dan bagi kamu amal-amal kamu. Tidak ada pertengkaran antara kami dan kamu, Allah mengumpulkan antara kita dan kepada-Nyalah kembali (kita)." (As Syuraa : 15)


nampak x?? mane nak lari dah.berikut di atas merupakan kalimah perintah.wajib dan ilzam!

sedarilah, islam sekarang sudah kembali ke tahap kritikal.titik kosong. jahiliyyah merajai kembali. ghazwatul fikri berleluasa. dakwah batillah terlalu banyak menguasai sudah. kesenangan yang terlampau menerbangkan remaja-remaja dan masyarakat. kita lena dibuai angin kencang yang pura-pura bersifat sepoi-sepoi bahasa. 4F=racun berbisa.

Fun
Film
Food
Fashion

yang ini benar2 telah merajai dunia kini. siapa kita? adakah antara yang terlibat atau hanya melihat atau sebagai penyelamat?

jadi sematkan di hati dan minda, kita punya misi yang harus dilaksanakan. ada sesuatu yang belum selesai. semoga kita syahid pada jalan menuju tuhan. menyeru yang maaruf dan mencegah yang mungkar. siapa kita dari mana dan apa pekerjaan kita bukan titik ukuran untuk meneruskan dakwah ini. kalau mau menunggu ilmu setinggi gunung sampai bila kan? menegur kesalahan sahabat dengan niat untuk membetulkan juga dakwah. so, jom kita bersama2 di jalan ini. xkira siapa, kita adalah bersaudara.saudara akan saling mengingati kan..
saling mengingati itu manis!

my new name

hmm.. at last i manage to post this...
yup, i've new name..
kelakar pun ade, nak marah pun ade..
last2 redha n trima je la..
agaknya orang india ni mmg ada masalah kot nk sebut nama orang malaysia..
though nama aku xde la complicated mane pun..
ZA.RI.FAH A.DI.LAH
senang je kan??

mostly org akan sebut nama aku: JARIPAH
dis start since KI where we've to write our name in hindi,kannada n tamil..
apparently, they do not have letter 'Z' n 'F'..
so my name pun transform.. tadaa~
i'm miss jaripah... *rolling eyes*
MySpace
(nawa, aku akn igt ko sbb ske pggil aku cam ni.. yeah, it's u miss anwar.. haha)
but dat's still ok..

masa nak ambik attendance, lecturer have to call our name..
yup, each one of us.. which is bout 100+
my name become...

lecturer:binti abdul rahman
ermm.. nama aku ke?
yelah tu agaknya..

dila:emm..yes, sir~!! (angkat tangan dgn muka still blur)


different version of my name:
abdul rahman(oh,dats my name again)

adilahabdulrahman(sebut senafas je)

zakifah (what??)

zafiron (mcm nama bdk laki plak.. hensem2... haha~)
MySpace
byk lg version kot.. tp dah x igt..
ntahla.. susah sgt ke nak panggil Zarifah?
tapi Indian biasanya akan panggil surname not first name..
agaknya by the end of 5 1/2 years, my name would be...
Dr. Z.A. Abdul Rahman
ha'ah..
Dr. Abdul Rahman (i'm the hensem doc =p)

lalala~
MySpace