ramai orang tulis status ni kat FB..
walaupun aku tak tulis, i still claim that i'm daddy's princess eventhough he never said so..
because i know he loved me more than that i know, more than that i feel..
kata ayah, aku banyak cakap macam dia..
sebab masa sibuk nak uruskan hal biasiswa segala bagai tu, ayah yang bawak aku ke hulu ke hilir..
pos surat, medical check-up, mintak tandatangan pengetua sekolah etc..
masa tu cakap pasal banyak benda dan we both realised that most of the time we both want to talk..haha~
Keep drinking coffee, stare me down across the table
While I look outside
So many things I’d say if only I were able
But I just keep quiet and count the cars that pass by
but for me, i'm not that much a talker..
pada yang kenal mesti tak setuju sebab ada je benda yang aku boleh cakap sebenarnya..
what i mean is that i don't talk so much to a stranger, to the one that i barely known..
kalau tiba-tiba cakap lebih cepat dari bullet train tu sebab nak tutup gelabah..hee~
my local friend say that i talk very fast in malay but i talk slowly in english..
i bet my english wasn't that good to make me feel confident to converse in english..-_-"
holiday is coming nearer and nearer..
but until now, i haven't book my ticket yet..
why?
tak tahu kenapa..
mungkin tunggu bulan jatuh ke riba atau ada orang yang sponsor ticket?
padahal tiket makin mahal day by day..
susah-susah duduk kat india je la..*tamau*
balik pada topik..(ada topik ke?)
ok, takde topik..tajuk post ni pun entah apa-apa je..
cuma satu soalan:
macam mana rasa melepaskan sesuatu yang kita sayang kepada seseorang yang kita tak pasti mampu sayang orang yang kita tatang bagai minyak penuh tu macam mana kita sayang pada dia?
i'm just thinking about how a father would feel when he gives those 'amanah' to take care of his precious daughter to some STRANGER..
would it hurt that much?
kalau aku tanya ayah, mesti dia ingat hidden meaning di sebalik soalan tu adalah anak dia ni dah gatal nak kahwin..*juling mata*
however instead of answering my question, he would be probably giving me 3 days and nights of ceramah pasal kahwin, ekslusif dari Malaysia..
so, i rather keep quiet and keep my mouth shut..zippPpp~
jadi bagi sesiapa yang pernah dapat temuramah ekslusif bersama ayah-yang-ada-anak-perempuan-yang-dah-berkahwin, silalah bagitau ye..
sila baca ini, yang di copy-paste dari FB note inche Intan..=)
(background music: Lafaz Sakinah)
Beratnya untuk melepaskan dia pergi. Selama ini, tangan ini yang membelainya. Selama ini, hati ini yang selalu bimbangkannya.Sejak suara tangisnya yang pertama, sejak ku laungkan azan di telinganya, aku begitu mengasihinya. Ya, dia adalah permata hatiku. Namun, dia bukan selamanya milikku....Rumah ini, cuma persinggahan dalam perjalanannya menuju kedewasaan. Dan kini sudah hampir masanya kau pamit. Walaupun di hatiku tercalar sedikit rasa pahit, tapi siapalah aku yang boleh menahan perjalanan waktu? Siapakah aku untuk menahan realiti kedewasaan? Maafkan aku wahai anak....Bukan aku tidak tega, tetapi kerana terlalu cinta!Hatiku tertanya-tanya, apakah ada insan lain yang boleh menjaganya sepenuh hati. Sejak bertatih, aku melihat jatuh bangunnya tanpa rasa letih. Siapakah yang membalut luka hatinya dalam kembara itu nanti?Aku jauh......bila segalanya bertukar tangan, amanah akan diserahkan. Aku tahu saat itu aku mesti mula melepaskan. Itu satu hakikat.Cinta bukan bereti mengikat... tetapi melepaskan, membebaskan.Kau umpama anak burung yang telah bersayap, telah mampu terbang membelah awan, meninggalkan sarang. Apakah aku terlalu dungu untuk terus membelenggu?Puteriku... kau terpaksa ku lepaskan.... Apakah si dia mampu menyayanginya seperti aku? Ah, mengapa rasa curiga ini datang bertandang. Bukankah segalanya telah di putuskan sejak dia membisikkan bahawa hatinya telah diserahkan kepada 'si dia'- lelaki pilihannya? Bukankah segala perbincangan musim lalu telah terungkai dan keputusannya telah dimeterai?Namun... hati ayah.... Hati abah... pasti ada gundah. Sudah pasrah, tapi diguris goyah. Bolak-balik hati ini wahai anak...terlalu laju untuk dipaku.Tepatkah plihanmu? Tepatkah keputusanku? Namun siapakah kita yang boleh membaca masa depan? Layakkah kita mengukur kesudahan di batas permulaan?Sangka baik jadi penawar. Kau anak yang baik, insyaAllah pilihanmu juga baik. Tuhan tidak akan mengecewakanmu. Jodohmu telah ditentukan. Dan ketentuan Allah itu pasti ada kebaikan!Kekadang, aku diserbu seribu pertanyaan. Apakah aku masih di hatinya setelah dia bersuami nanti? Atau aku hanya akan menjadi tugu kenangan yang dijengah sekali-sekala?Bukan, bukan aku membangkit, jauh sekali mengungkit...upayaku mendidikmu bukan suatu jasa. Itu hanya satu amanah.Namun, ketika usia menjangkau senja, aku pasti semakin sepi......aku akan mengulang-ulang kisah lama yang penuh nostalgia. Diulit oleh kenangan indah musim lalu, ketika dia begitu manja di sisi. Aku ingin mendengar lagi suaranya yang dulu-dulu. Mengadu tentang ini dan itu. Bercerita dan berkisah, dengan lidahmu yang petah dan lagak yang penuh keletah.Pergilah. Aku rela. Allah bersamamu.Doaku mengiringi setiap langkah di alam rumah tanggamu nanti. Moga si dia akan menjaganya seperti aku menjaga ibunya, umminya.Aku akan bersangka baik. Justeru Allah itu menurut sangkaan hamba-hamba-Nya. Aku bersangka baik, insyaAllah, dia dan aku akan mendapat yang terbaik.
nota kaki:
- tajuk langsung takde kaitan.. nanti kalau ada tajuk sedap baru tukar kot..=)
- maaf atas post emosi-numb buatkan kamu risau..and i know i'm loved by many people..haha~ perasan sungguh.. but now i know that somebody out there really concern about me..thanx a lot~
No comments:
Post a Comment