Thursday, December 2, 2010

random thought and old skool

kadang-kadang rasa pelik bila sebelumnya sesuatu itu sungguh penting dalam hidup, tetapi bila suatu saat kau dah tak kisah pasal itu lagi..
though before that it really turn your life upside down, bother you so much but then you realised that it doesn't matter anymore and you just want to ignore it..

kadang-kadang rasa pelik juga bila kita rasa kita dah lupa sesuatu, tetapi bila ada perkara yang mengingatkan kita tentang ia, semuanya berputar kembali seperti filem lama dalam minda..
that's the power of mind.. power of subconscious mind..
it might be sweet memories of your childhood or even the most difficult time in your life where it is something that you rather forget because it's so bitter..

aku suka lagu old skool yang dua ni..
  •  Permata Untuk Isteri -Kopratasa
  • Pada Syurga Di Wajahmu -Nash
tak tahu sebab kenapa sebenarnya..
barangkali kerana lagu dua ni ditujukan untuk isteri, jadi tak kisahlah nak jiwang karat ke, nak angau overboard ke sebab relationship tu memang dah disahkan oleh tok kadi dan empat orang saksi..
siapa nak larang? menggalakkan lagi ada lah.. *tersengih nampak gigi*
lagipun bukan sweet je suami nyanyi untuk isteri?
tak sweet ke kalau dia cakap camni,
Tuhan sengaja menduga kita
Di mana kesabaran manusia
Engkau isteri yang ku sanjungi
Lambang semangat cinta dunia
atau macam ni,
Kerana engkau isteri…
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku
boleh kena diabetes tu kalau hari-hari dengar dia nyanyi.. *gelak kuat*
(apesal macam gatal je? oh, no!)

mungkin aku suka sebab lagu dia sedap, susunan bahasa yang macam puisi tapi mampu bercerita dan memberi makna-direct meaning..
bukannya dengar lagu sebab penyanyi tu comel ke ape, tapi sebab kuasa lagu tu sendiri.. gubahan lagu yang boleh menarik telinga hati orang untuk mendengar dan bukan makin menyesakkan kepala..

mungkin juga masa aku kecik lagu ni yang popular, jadi selalu la main kat radio dekat rumah orang lain sebab macam rasa dekat rumah takde radio je..
lepas tu subconscious mind aku pun mula menghafal dan bila menjadi sebahagian daripada memori aku, aku pun suka la kot.. begitu ke?

nota kaki:
  1. mode: old school... lots of memories to cherish, anyway..
  2. I am counting days now...........

No comments: