bila kat sini, rindu orang kat sana. bila kat sana pulak, rindu orang kat situ. entah-entah kalau dah kat situ, rindu orang kat ceruk mana pulak lepas ni.. haih~
betul lah manusia ni suka sangat nak sesuatu yang takde kat depan mata. bila dah jauh, baru tahu erti rindu. bila dah takde, baru tahu erti mahu.
bukan jarak yang sering menjadi pemisah. duduk kat tanah yang sama pun belum tentu dapat bertemu muka. kalau jumpa pun, tapi rasa hati memang langsung takde, semuanya akan jadi tawar, jadi kekok. "suatu ketika dahulu" itu masa yang kita pernah ada, pernah bersama. senyum. menangis. ketawa. suka. gembira. semuanya indah kerana hati kita diikat bersama, mungkin pada masa, mungkin juga pada kebersamaan kita. tapi yang aku mahu, yang aku doakan selalu, hati kita bertaut kerana Tuhan Yang Satu.
barangkali angin malam ini tiba-tiba melayangkan memori tentang kamu. aku jadi rindu. untuk mengungkapkan rasa itu pada kamu, aku hilang bicara. acapkali kalimah itu aku bisikkan. namun aku jadi lelah, mungkin sebenarnya aku takut yang kamu tidak merasa sedemikian rupa. lalu aku menjadi sang perindu, rindu pada masa, rindu pada memori, rindu pada kamu.
aku jadi bingung pada jarak antara dua hati.
rasa hati kian sukar untuk diterjemah. coretan kata-kata pun seakan lari dari irama biasa. biarlah andai ini dapat merungkai bicara. yang pastinya aku rasa berat hati untuk kembali.
3 comments:
rindu kamu ;)
boleh tahan ayatnya dikala emosi ;p
perhaps, hidden talent? haha =D
Post a Comment