Monday, March 15, 2010

kembalilah wahai inche semangat......

kembalilah wahai inche SEMANGAT yang ku rindui..
macam menyeru 'semangat' hutan plak..MySpace


haru betul gaya ko mem'blog' cik dila..
hahaha~
saja nak tukar mood kejap..*wink2*
 p/s: maaf di atas post yang cacat ini..


hehs~ apalah yang aku buat ni..
patut g baca skull bila dah dok memonteng macam ni..
duhh~ *tepuk dahi*
alih2 pergi mem'blog' pulak dia ni..
tadi terserempak dengan kak mas (senior 4th year) masa tengah membebel pasal buku hilang lagi dengan ruth..
tiba-tiba ada suara dari belakang menegur..
"awal balik,dila..ponteng kelas eh?"
aku yang innocent pun menjawab, 
"ha'ah, ponteng..hehe~"
*erk,alamak! terkantoi..agak2 kak mas kaki report tak ngadu ngan pakcik Jay-Pee-Air yang aku suka ponteng?*


ni semua salah inche semangat lah..
(suka nak salahkan orang lain)
dah berapa hari dia menghilang tanpa berita..
aku rindu kat dia ni macam aku rindu nak ada holiday@weekend yang panjang..
(sehari tak cukup,ok! at least 2 hari..sehari utk unwind,sehari lagi nak prepare utk klas next week+cover topic this week..mimpi kot kalau weekend 2 hari~)
aku dengar cerita inche semangat dah keluar a.k.a dating dengan cik malas..
padanlah cik malas slalu je kacau aku..
always make my life miserable..

bila bangun pagi pun terasa sangat malas..
celik mata pastu tutup balik walaupun matahari dah tinggi..

rupanya nak bagi warning supaya aku tinggalkan inche semangat yang tersayang..
never ok!
walaupun aku selalu je abaikan inche semangat, tak bermaksud aku tak sayang dia, tak perlukan dia..


He is the force that keeps me moving forward though sometimes the burdens feel like too much to bear..
He is the one who keep telling me to go to class no matter how tired i am, how lazy i am..
He is the one who ensure me to complete my work, my task..
When he left me, it feels empty..
Totally lost~
I really need you, inche Semangat..
Please come back to me..
p/s:banyak grammatical error..ampun~


buat inche Semangat:
awak tahu tak yang Dik Rajin pun dah rindu sangat kat awak..
lama dah awak tak jenguk dia, main2 dengan dia..
awak kenal kan Emo, budak sekelas saya tu..
dia pun asyik cari pasal dengan saya sebab awak takde untuk back-up saya..
Makcik Tanggungjawab pun dah sibuk tanya pasal awak sebab dah lama tak nampak saya keluar dengan awak..
saya nak jawab apa ni awak?
sebelum saya kena lagi teruk dengan principal saya, Mr. Iman sebab prestasi saya merosot..
saya merayu kat awak ni..
awak balik lah...
pleeeeaaaaseeeeee~
*   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *  *   *
MySpace
adoiii!!! sakit kena cubit pipi sebab suka mengarut..

enough of my 'merapu' story..
need to do post mortem to my iman..
maybe because of salah bagi prescription kat niat..
sepatutnya kalau niat kerana Allah, everything should be fine..
tak kan rasa penat+malas belajar..
tak kan tangguh2 buat kerja..
hmm..apa yang aku dah prescribed kat niat eh? *wondering* 

Diriwayatkan dari Amirul Mu'minin Abu Hafsh 'Umar bin Khattab Radhiyallahu 'anhu berkata: "Aku pernah mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:"Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan setiap orang hanya memperoleh apa yang dia niatkan. Barang siapa yang berniat hijrahnya kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya. Dan barang siapa yang berniat hijrahnya kerana dunia yang dia akan diperolehnya atau kerana perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu kepada apa yang dia hijrahkan kepadanya"  


( Hadith riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim.)



nota kaki:
  1. post ni bukanlah pasal cinta-remaja-yang-tak-cukup-umur-tapi-menggatal-nak-bercinta..
  2. abaikan post yang putus fius ni.. ambik mana yang baik je, yang buruk tu tolong buang dalam bakul sampah ye..
  3. i really need something to push me~

Sunday, March 14, 2010

GOA: Pengembaraan Bermula

"Katakanlah: Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baru. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (Surah Al-Ankabut,29:20)

atas permintaan cik huda ibrahim, aku meng'update' cerita Goa yang sudah lapuk ni..
last minute jugak la buat decision nak pergi Goa ni..
esok dah nak pergi hari ni baru nak make up my mind..

Sabtu-27/02/2010

bertolak dari Belgaum dalam pukul 9 pagi..
berhimpit-himpit je dalam kereta sebab orang yang menempah kereta ingat ada 8 orang je pergi..
tapi alih-alih ada 10 orang..
sumbat je la..
perjalanan ke goa ambik masa dalam 4 jam+..
masa nak lalu border Karnataka-Goa tu agak leceh la..
kena bagi duit baru diaorang bagi lepas masuk..
tak banyak la, cuma Rs50 (less than RM5)
tapi kalau ada seratus kereta yang lalu, Rs50x100=Rs 5000..
banyak jugak  tu..


kitaorang pergi kat north Goa (Goa tu adalah satu state kat India)
menginap kat Park Avenue Hotel sebab hotel-hotel kat seaside dah fully-booked(ni org yang cakap la)
lagipun kat Park Avenue ada budak-budak dari Davangere jugak..
boleh la nak jejak kasih sekejap..
lepas makan dan solat Jamak, me and my roomate start our journey to explore Goa..
berpecah dengan yang lain sebab kitaorang nak solat dulu+xnak g makan kat tempat diaorang nak pergi..
lepas makan kat vegetarian restaurant kat depan hotel, berjalan2 carik ATM..
pastu makan aiskrim Baskin Robbin..
masa tengah on the phone dengan XC, tiba2 bas berhenti kat depan kitaorang..
pak cik bas cakap bas tu g Panaji (capital city of Goa)
aku geleng kepala sambil bercakap ngan XC, my roomate pulak nak naik bas..
kecoh sekejap la, mana nak bercakap kat phone, mana nak halang dia naik bas..
sudahnya aku dan dia pun naik bas..
1st time naik public bus kat india walaupun dah lama kat sini..
tambang bas=Rs12 seorang..
sangat2 murah la..
Panaji tu jauh gak, 45 minit perjalanan..






sila jangan bayangkan kitaorang naik bas macam ni..
xde la sampai duduk kat atas bumbung tu..
(.^_^.)


sampai kat bus station Panaji, kitaorang keluar dan tercengang-cengang..
dah la tak tau ceruk mana dah pergi pastu jauh plak kalau nak jalan balik..
nak tau kitaorang buat apa???
naik lagi satu public bus pergi market..
bersesak2 macam sardin..
bila semua orang dah keluar, kitaorang duduk senyap2 je dalam bas sebab memang xde destinasi sampailah pak cik tu cakap ni last destination..
nak tak nak kena keluar la...
destination: Miramar Beach..
pas minum air kelapa n makan aiskrim lagi, balik ke hotel sebab XC suruh balik memandangkan kitaorang terbawak kunci bilik hotel..
kali ni naik auto pulak=Rs250..





 
refreshing coconut drink without preservative..
pakcik tu kupas? kelapa tu dan bagi kitaorang minum on the spot..
boleh pilih nak isi keras ke lembut..
(btw,pakcik tu cakap hindi, n kitaorang sesedap oren la mentranslate sendiri..as usual~) 


lepas balik, tukar baju pastu pergi Baga Beach..
masa tu dah pukul 6.30 ptg kot..
main2 sampai pukul 7 something sebelum kita 2 orang menapak balik ke hotel..
masa jalan2 tu makan gelato dan window shopping..
siapa yang pandai menawar boleh dapat harga yang murah..
(tips:buat2 merajuk n jual mahal kat orang kedai..=p)

~window shopping~
siapa2 yang terer bargain memang seronok la..

sempat la grab satu dua benda sebelum dijemput kanak2 davangere untuk makan malam..
sungguh rasa cam kanak2 terbiar je sebab dah la kotor main pasir, pastu tak mandi lagi..
selekeh kalau nak dibandingkan dengan mereka ni..
tak kesah lah, janji dapat makan..
dinner: seafood tapi tak sedap sangat..
btw, kat Goa ni susah nak dapat makanan halal..
most of the shop sell Pork..
arak jangan cerita la..
berlambak je macam banyaknya pub kat Goa tu..

balik hotel: mandi, solat, tido..


Ahad-28/02/2010

lepas bersiap2, pergi Calangute Beach nak main water sports..
kitaorang pilih package..
banana boat+bumpy ride+jet ski+parasailing=Rs600..
seronok!!!
parasailing sangat cool~


ni lah benda yang bernama parasailing tu..
cool kan? =D

tengah hari lepas mandi dan solat, keluar balik sebab nak cari makanan..
mula- mula dah masuk dah satu restoran tu, tapi bila tengok menu........................
pork..bacon...ham...
aku dah rasa semacam je..
pastu keluar lah dari situ..

then naik public bus lagi nak pergi Mapusa sebab tengok review kat internet, Mapusa ni senang sikit nak cari makanan halal..
tambang=Rs8..
sampai kat stesen bas Mapusa, kitaorang sangat blur..
we just followed the crowd..
tapi kan...
Mapusa tu macam xde orang langsung..
ok la, ada market yg macam pasar malam..
tapi kat sekeliling, kebanyakan kedai tutup..
macam kawasan terbiar..
sedih giler kot..
last sekali melangkah ke arah pak cik auto..
mintak hantar kat restoran..
pastu dia tanya, "which restaurant?"
kitaorang tercengang sekejap dan jawab,"don't know. hmm,Muslim restaurant?"
muka nampak sangat tengah lapar+penat+sedih..
pakcik tu kesian kot kat kitaorang pastu pergi lah kat 'restoran' tu..
tak makan kat situ sebab kedai kecik+macam kotor..
pastu, kalau x silap aku nampak 'cross' besar kat depan kedai..
macam tiang simen tapi hati aku cakap tu mungkin cross.
sudahnya, cakap kat pakcik auto yang kitaorang nak balik je..

still a long day to go sebab sampai kat Calangute baru pukul 4.30 petang..
makan kat restoran kashmir yang giler-lama-tunggu-makanan..
jalan2 kat tepi jalan sebab nak balik hotel..penat~
tapi singgah sekejap kat Cafe Coffee Day (ala2 Starbucks la kot..)
then, nak pergi Fort Aguada tapi x jadi sebab teksi mahal+penat+dah lewat..
lagipun budak2 davangere dah nak balik (achik,mayoo,safira n yvonne)..
hotel masih jauh, nak jalan memang tak sempat nak hantar diaorang balik..
pastu sesedap oren menahan bas sebab nak cepat..
dengan gaya ayam dan itik tengah cakap, kitaorg mintak berhenti kat depan hotel..
dan akhirnya selamat sampai~

Isnin-01/03/2010

hari ni cuti sebab ada perayaan Holi..
kitaorang kemas2 n bersiap sebab nak check-out dah..
lepas 'brunch' bertolak balik ke Belgaum..

~the end~

ni lah perayaan holi..
full of colours..
and it takes few days for the colour to come out from your skin too..


memandangkan cik huda mintak aku tulis hikmah kembara di Goa, so here goes the list: 
  • "mencari yang halal itu fardu bagi umat Islam"... macam iklan ubat gigi MUKMIN..=p

  • where ever you go, try to adapt with the environment..tapi bukanlah bermaksud kena pakai bi*k*i sebab nak adapt macam minah2 saleh yang bersidai di tepi pantai..cuma janganlah nak mengeluh+merungut je..
  • never afraid to try something new like parasailing..=) despite the fact yg parasailing sangat cool, dalam real life pun kadang2 kita kena berani mencuba sesuatu yang baru..                                                                                          “Anyone who has never made a mistake has never tried anything new.” - Albert Einstein
  • nampak banyak gereja kat Goa, tak teringat pulak ada nampak masjid ke tak kat Goa. That's proved how strong is the influence of Portugese to Goa. 3G=Gospel,Gold,Glory.. 
  • jadilah seorang Muslim ke mana jua kita pergi.. yang paling terkesan di hati bila pakcik kedai tu cakap, "it's good to see you cover like this." what he meant was wearing the hijab because he's also a Muslim.
  • walaupun kita pergi ke tempat yang asing, perlakuan pun masih perlu dijaga kerana kita bawa nama Malaysia, nama Islam.. kat tepi2 jalan, pakcik2 kedai cakap: "You're Malaysian?" and also  "Where are you from? Malaysia?"  walaupun mungkin tu sekadar basa-basi sebab ada juga yang tanya dari Korea,Japan,Indonesia etc..tapi tak salah menjaga perlakuan kan? =p
  • "jadilah seperti bunga lalang yang mengembara untuk meneroka dunia dan ilmu tetapi jangan jadikan hati seperti bunga lalang yang tidak tetap pendiriannya."
 Have they not travelled through the land, and have they hearts wherewith to understand and ears wherewith to hear? Verily, it is not the eyes that grow blind, but it is the hearts which are in the breasts that grow blind.  
(Surah Al-Hajj,22:46)

nota kaki:
  1. fuhh~ setelah bertangguh beberapa kali+ sindrom 'tulis dan padam' melanda, akhirnya entry ni dalam jugak di'publish'...Alhamdulillah~
  2. gambar2 adalah ihsan inche Google.. nak mengharap aku ambik gambar, sorry la ye~ tunggu beli DSLR dulu la..(alasan semata-mata...p)
  3. sebenarnya tak terfikir pun hikmah kembara ke Goa ni..tapi lepas cik huda request, otak pun cuba berfikir sesuatu yang mungkin hanya terlihat dengan mata hati..
  4. KITA HANYALAH PENGEMBARA DI BUMINYA............dan pada DIA jugalah tempat kita kembali..

Thursday, March 11, 2010

.again.

Alhamdulillah, hari ini aku menulis lagi..
bercerita lagi buat kesekian kalinya..
meskipun perihal aku=menangis, namun bukanlah niat mahu meraih simpati..
bukan juga kerana mahu memberitahu satu dunia bahawa aku seorang yang lemah..
tidak, itu bukan motif aku..


meskipun topik untuk Group Discussion esok tak dibaca lagi..
meskipun Hematoxylin dan Eosin pencil belum menari di journal Histology walapun esok ada lab..
meskipun kepenatan dan rasa nak tertidur..
aku gagahkan diri menulis, berkongsi rasa..
moga ada sesuatu buat kita..


hari ini hari Rabu yang biasa..
cuma hari ini, aku kena marah masa Practical Physiology..
(sedih sikit je sebab aku tahu cikgu tu memang ada sebab nak marah aku)
hari ini juga aku masih belum ada improvement dalam kelas muzik..
(Gaya cakap, memanglah aku lambat nak belajar sebab memang xde asas muzik langsung..)
hari ini juga sesi 'sharing is caring' secara online..
tapi aku asyik terputus-putus je..
jadi, susah nak follow that session dan tak berapa nak faham topik..
dan aku terasa sedih sebab terasa macam isolated, tak boleh nak join the group..
macam sekumpulan orang tengah berbincang di tengah bilik, aku pulak tersorok kat sudut bilik yang paling tersembunyi..
(ni analogi yang emo..jadi abaikan lah ye~)


setiap kali aku rasa down, aku cakap kat diri sendiri:
"Relax la dila..Allah nak uji kau tu.."
tapi Allah bagi lagi perkara-perkara yang buat aku terasa down..
terasa mahu menangis..
pastu dari satu link blog ke blog yang lain aku merayau-rayau..
dan hampir kesemuanya membuatkan aku terasa mahu menangis..
hatta, lagu Muhasabah Cinta yang acap kali aku dengar pun mengalirkan air mata aku..
spontan aku meng'mute'kan speaker, mencabut headphone dari telinga dan melangkah ke toilet..
dan.......aku menangis~
You can complain because roses have thorns, 
OR
you can rejoice because thorns have roses.


memanglah toilet tu banyak syaitan, tempat kotor..
tapi aku tak mahu lah my dear roomate nampak aku menangis..
nanti dia risau pulak dan tanya kenapa aku menangis..
this is a problem because i dont know why i cried..


dalam tangisan tu, aku berfikir..
kenapa aku sangat mudah terasa hati?
kenapa sangat mudah mahu menangis?
hormonal change kah?
TIDAK!!!
kena marah kah?
juga TIDAK!!!
habis tu putus cinta kah?
itu sangatlah TIDAK!!! B.U.K.A.N!!!
jadi kenapa kau menangis dila?


jawapan pada diri yang bertanya:
mungkin kerana jiwa terasa kosong..
lalu kesedihan dengan mudah datang menyelinap dan merosakkan mood..
perkara kecik sekalipun membuatkan aku berjauh hati..

macam analogi gelas
kalau kita tak isi dgn air..akan diisi dengan udara, dengan debu..
hati pula kalau tak diisi dgn cinta kepada Allah, tak disibukkan dgn Islam
akan cinta pada benda-benda lain (manusia, harta)
akan disibukkan dgn perkara-perkara lagha, perkara yang sia-sia..


mungkin sebenarnya kan cik dila, tu tarbiyah dari Allah..
dihadirkan rasa sepi, rasa kosong supaya kau tahu macam mana rasa memiliki..
bila mana kau punya rasa memiliki, kau akan mula membandingkan yang mana baik..
dan mahu memiliki lebih dari itu, mahu mengenal Allah..
mengenal DIA, Pemilik segala cinta..
bak kata pepatah Melayu, "tak kenal maka tak cinta.."
lantas, kau akan bersyukur padaNYA..
and you will be content with HIS love..


menangislah jika itu membuatkan kau lebih kuat..
menangislah jika itu menjadikan dirimu tenang..
menangislah jika tangisanmu itu keranaNYA..
teringat status FB cik sEeKeRz:
"to cik dila: tears are not a symbol of weakness. It's shows that you are strong enough to let it go.."

________________*   *   *   *   *   *   * _____________


ALLAH knows what is best for us
So why should we complain
We always want the sunshine
But He knows there must be rain.

We always want laughter
and the merriment of cheer
but our heart will lose
their tenderness
If we never shed a tear.

ALLAH tests us often
with suffering and sorrow
He tests us not to punish us
but to help us meet tomorrow.

For growing trees are strengthened
if they can withstand the storm
and the sharpness of the chisel
gave the marble its grace and form.

ALLAH tests us often
and for every pain
He gives us
provided we are patient
Is followed by rich gain
So whenever we feel that
everything is going wrong
It is just ALLAH'S way to make our spirit strong.
(ambik dari [sini])