Monday, May 31, 2010

LIFELINE4GAZA

Terjaga dari tidur tengah hari tadi..
Dalam mamai bangun dari tidur, nak pergi bilik air untuk berwudhu' sebab nak Solat Zuhur, tiba-tiba ternampak ada message baru kat handphone..

Sebarkan news kpd seramai mgkin yg dikenali utk solat hajat & doa SKRG JUGA. Israel Laknat telah serang konvoi LL4Gaza di perairan Gaza sekejap tadi, kapal Mavi Marvara telah ditembak dgn helikopter menyebabkan 3 syahid n 30 yg lain cedera.kapal tersebut yg dinaiki oleh relawan kita. Mohon Allah bantu relawan di Gaza skrg ni..
IHZIMHUM WANSURNA A'LAIHIM... Kirimkn d0a bt mrk saudara2ku!  

Ya Allah, baru tadi membaca artikel Hilal Asyraf - Motivasi: Cemburu dengan mereka dan sekarang aku dikejutkan dengan berita ini..
aku tak tahu nak/patut cakap apa sekarang..
cuma sangat terkesan dengan komen seseorang di artikel di atas:

Renungan:
Al-Quds tidak memerlukan aku. Gaza tidak memerlukan aku. Palestin tidak memerlukan aku.
Al-Quds milik Allah dan hanya memerlukan pertolongan Allah. Gaza hanya perlu Allah. Palestin hanya perlu Allah.
Jika Allah berkehendak, sungguh mudah bagi-Nya untuk saat ini juga membebaskan al-Quds, membebaskan Gaza, membebaskan Palestin bahkan seluruh permukaan bumi untuk Islam.
Tapi sebenarnya akulah yang perlu kepada Al-Quds, Gaza, Palestina. Karena aku ingin Allah memasukkan namaku ke dalam daftar hamba-Nya yang bergerak –walaupun sangat sedikit– menolong agama-Nya.
 copy paste status seseorang di facebook:
"Menyokong penduduk Palestin di Gaza adalah satu kewajipan agama pada setiap individu Islam dan tiada siapa dikecualikan daripada tugas tersebut. " Prof Yusof al-Qardawi (Qatar,Doha). Allahuakbar!
bukan mudah nak mendahulukan hak orang lain terlebih dahulu dari hak kita..
namun bukankah umat Islam itu bersaudara?
bak kata pepatah melayu, dicubit paha kanan,paha kiri terasa juga..
serangan Israel ini memang sangat kejam..kebinatangan?
barangkali binatang lebih mulia..membunuh bila perlu, untuk makan dan bila diancam..
tindakan menyerang kapal yang hanya membawa sukarelawan, wanita, warga emas dan juga kanak-kanak yang tidak membawa sebarang senjata memang tidak boleh diterima akal..
barangkali Israel paranoid, takut bayang-bayang sendiri..

jika hari ini aku menangis kerana Palestin,jangan pujuk aku..biarkan saja~
kerana sesungguhnya aku patut menangis bila mana usaha aku untuk membebaskan Palestin sangat sikit..
biarpun dengan doa semata..
selfish kah aku???

Aljazeera report on the attack:Israel attacks Gaza aid fleet


artikel tentang serangan Israel:


 maklumat bagi misi Lifeline 4 Gaza, boleh klik sini:
  1. http://www.palestine-info.co.uk/
  2. http://www.lifeline4gaza.org/
  3. http://twitter.com/lifeline4gaza
  4. http://twitter.com/freegazaorg
sedih sangat sebab orang di Gaza sangat berbesar hati menantikan bantuan dari kita..
terasa sangat mungkin sebab duit seposen yang dikirim tu sangat diharap kehadirannya dan dibawa para sukarelawan dengan penuh harapan dan bangga..
tak mampu butakan mata tika hati masih mampu melihat..
teringat satu ketika dulu, tanya soalan random kat mak..
"mak, kalau dila nak g Palestin boleh tak? bukan jadi orang yang perang-perang, tapi jadi sukarelawan perubatan.."
"kalau nak diikutkan sayang anak memang la taknak bagi..tapi takkan mak nak halang orang nak pergi berjihad.."
Ya Allah, semoga kata-kata yang pernah terucap tidak hanya tinggal pada sebuah percakapan..
Ya Allah, semoga mereka kuat..semoga kami kuat..semoga aku kuat..

hari ni, tiada nota kaki...

Sunday, May 30, 2010

dalam hati ada rindu

a few days ago, aku 'humming' lagu Mesra Desa-Hijjaz..
pastu baru teringat yang lagu tu orang selalu mainkan masa raya..
demam raya ke ape...

Bila terkenangkan desa
Rindu selalu melanda
Pada ayah dan bonda sanak dan saudara
Kampung halaman nun jauh di mata



aku homesick ke?
biar betik..takde angin takde ribut tiba-tiba homesick..
unconscious mind ni memang mengade kot~
*denial*

lepas sharing online@ uo semalam cam sebak plak..
ni pun tiba-tiba jadi touching dengan kata-kata ayu..
huaaa~ habislah macho i..=_="
MySpace
(perempuan mesti nak salahkan hormon..tapi kali ni hormon tak salah kot, salahkan exam pulak..haha~)

pastu lepas baca entry pasal world cup, tiba-tiba terimbas masa muda..
worldcup 2006-Form 5
chewahh~

  • notice board kat belakang kelas yang patutnya tulis pasal subjek diganti dengan jadual match..rajen budak-budak ni update, siapa yang menang, sapa yang masuk semi-final n final..semuanya diaorang tulis..
  • setiap rabu berita harian ada special edition pasal worldcup, so kat dalam kelas ada paper pasal world cup je..
  • impian pelik+cacat aku dan siti rohaida (i wonder where's she now~)..nak further studi kat afrika? sebab nak tengok world cup 2010 pulak secara live..padahal aku tapaham satu ape pun pasal bola..ngade je lebih~ 
  • bila ada match best mesti budak perempuan berebut tv ngan budak laki sebab tv budak laki dah rosak..pagi-pagi buta boleh dengar orang jerit "GOL!!!"..tapi bak kata cik intan, tido itu lebih indah~
  • sampai sekarang masa ada sikit menyesal tak tengok final world cup 2010 (italy vs france kot) padahal dah terbangun..tapi malas nak jalan g bilik tv sebab mesti penuh..last-last tak boleh gak nak tido sebab orang bising..pagi tu g kelas membebel pasal aku tak tengok final..haha~
  • aku rindu budak kelas 5 Indigo dan cikgu Ismail Daud (my class teacher yang sgt sporting+supplier newspaper worldcup+cikgu ragbi)
  • cikgu Ismail tulis kat wall group 5 Indigo:
  • ~Kelas yang banyak kenangan manis tapi sangat best, studentsnya gila-gila tapi smart and excellence. Good luck to you all.

    ~5 Indigo sangat special and sporting dan very cooperative.



pagi ni, check email dapat notification dari fesbuk:
"Siti Hasmah shared link on your wall.."
miss u too~

kenapa semua rindu-rindu ni..
bahana exam ke?
aku pun rindu gak..
korang yang tak exam, ada rindu-rindu jugak ke?
kalau takde aku nak buat hipotesis ni,
premis 1:exam dah makin dekat.
premis 2:aku rindu.
kesimpulan:bila dah dekat nak exam aku jadi rindu..

but on top of it all, orang cakap bila kita rindu sebenarnya ada lagi rindu yang lagi besar dari rindu-rindu tu semua..
rindu yang terzahir dengan merindui orang lain..
faham ke?
rindu seorang hamba pada Penciptanya..
rindu pada Al-Khaliq..

Hanya kekosongan jua kehilangan
kurasai menghuni hati

Di mana kan ku temui penghujungnya resah ini
Seumpama ku menanti sejawapan Rindu
Di mana kan ku temui oh sinaran yg hakiki
Untuk menjadi penyuluh jalan didepanku
Hingga akhir waktu...

(Hafiz Hamidun-Jawapan Rindu)

mungkinkah rindu pada yang lain terubat bila mana rindu pada Tuhan sudah terjawab..
rindu menangisi segala kekosongan hati, kekhilafan diri..
musim exam ni, jiwa memang serabut tapi sebenarnya kosong kalau tak diisi..


Bagai rayuan sang pendeta
Yang bersimpuh dalam gelita
Mengharap kasih yang tercinta
Berbisik memujuk hati berduka

(Amar-Harap KasihNya)

DIA masih setia biarpun berjuta kali kita memungkiri janji..
sesungguhnya kita yang beruntung kerana Dia Tuhan yang Maha Pengampun, Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang..
hari ini, nafas ini..adalah satu anugerah, satu antara jutaan nikmat yang diberi..
anugerah yang membuktikan kita masih hidup dan bukannya mati..
it's never too late until it's too late..


Apabila tersilap langkahku
Tiba-tiba berbisik namaMu oh Ilahi
Terdetik di hatiku untuk sujud ke pangkuanMu
Memohon ampun dariMu

(UNIC ft Cat farish-Mencari Yang Maha Satu)

jadi kawan-kawan marilah kita belajar bersungguh-sungguh..
*skema*
nanti aku belanja cotton candy india..nak tak?
(tapi kena datang kat india la..=p)
~my cotton candy dah distorted~
(gambar masa pergi funfair aritu)
dila:
"saya tujukan lagu ini buat sahabat-sahabat saya yang jauh di mata dekat di hati dengan ingatan tulus ikhlas dari saya di India dengan ucapan selamat mengulangkaji dan semoga berjaya.."
*sila baca dengan tone dedication kat radio"

dj radio:
baiklah, saya akan putarkan lagu pilihan adik Dila D'masiv-Jangan Menyerah.. selamat mendengar~ kepada anda yang tengah memandu, berhati-hatilah di jalanraya..ingatlah orang yang tersayang..



Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik


Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal Putus asa
dengar lagu ni kat blog NadTen..=)

nota kaki:

  1. akhirnya ter'publish' gak entry baru setelah sindrom tulis_padam_tukar tajuk lain_simpan jadi draft..
  2. aku TAK paham satu apa pasal bola sepak..thus,i'm NOT a fanatic or obsess..
  3. cuak nak exam..ada apa2 tips nak cepat ingat, tak cepat letih or mengantuk? nak tips jadi semangat jugak..
  4. banyak pulak kompilasi lirik dalam entry ni..=)

Sunday, May 23, 2010

anak perantau vs cuti raya

just have conversation with my mom before my credits run out..
yes, on the phone..

can't really say what was the conversation all about because we talked about random stuffs..
dissection, Mukah, air asia flight ticket, facebook, new landscape at my house plus a bit renovation..
not to mention, biji gajus.. hahaha~

dila: my friends ada join that program that Anis mention..
mom: maybe that's the one that Anis said send her regards to you..
dila: oh, maybe sebab dia selalu je melepak kat kolej..
       Alan pun join jugak..
mom: Alan cuti ke? 
dila: ha'a..UIA tengah cuti semester rasanya.. that's why la bila cakap balik Malaysia around August tapi tak sempat raya, dia cakap takleh jumpa sebab dia balik time raya..
mom: diaorang ade cuti raya ke?
dila: ish, mak ni..dia kan kat Malaysia, mestilah cuti raya..  mentang-mentanglah anak dah tak balik raya, ingat semua orang yang masuk universiti tak balik raya ke..
mom: *laughing*
dila: naper gelak? *sambil tersengih*
mom: yelah, anak dah tak balik raya.. ko ni ade-ade je~  so,dah tahu bila cuti?
dila: tak tahu lagi, jadual exam pun takde lagi..
mom: oh...
this makes me realise how my mom have adapted to the fact her daughter won't be available for hari raya..
both Hari Raya Aidilfitri and Hari Raya Aidiladha..
i'm sorry mom..though i really want to but i can't..
this's the fact that all oversea's students should have in mind..(india pun oversea jugak,k!)
yang kat malaysia, baliklah jumpa yang tersayang, keluarga dan sahabat handai..
when the time has come, you couldn't ask it to rewind for you just because you haven't spend your time with love ones..

#Anis: my little sister..
#Alan: my classmate in Form 4 and Form 5..and also the headboy..

nota kaki:

  1. bila boleh balik malaysia untuk raya eh? i mean before balik malaysia for good..
  2. nak makan makanan raya boleh? lemang, ketupat, rendang, kuah kacang...bla..bla...bla...
  3. why we always wonder about the road NOT taken instead of stay focus on what's coming ahead?