Sunday, September 26, 2010

edisi raya: part 2

tak baek tangguh-tangguh update ni kan..
ni update serba sedikit second day raya yang tak happening pun..

bangun pagi breakfast dengan lauk raya lagi..
pastu amy bawak myza ngan dib pergi Big Bazaar..
then lunch sama-sama kat Adarsha, tak pergi pun open house senior tu..
terlepas la nak makan nasi beriyani kambing free..=p

ni makanan yang aku order: Chicken Stroganoff

dah kenyang, ingat nak bawak myza beli jubah..
tapi kan orang tengah raya, of course la kedai tutup..
sape la suruh tak beraya kan..
highlight of the day: 
terjumpa masjid kat celah-celah Bhindi Bazaar..tak pernah realise pun..tp yang lawa tu macam sort of makam je.. tak berani masuk takut kena halau.. tapi sangat tempted nak masuk sebab rasa ala-ala Jejak Rasul je..=)
yang ni la tempat yang macam makam tu..

yang kaler hijau kat tepi tu masjid..


banner hari raya dari Niyaz restaurant..

Aidilfitri vs Ganesha Chaturthi
hari tu kebetulan Ganesha Chaturthi ni jatuh pada hari yang sama dengan Hari Raya Aidilfitri..
kat bawah ni kira introduction la tentang Ganesha Chaturthi ni..copy dari wikipedia je..=p
"Ganesha Chaturthi (गणेश चतुर्थी) , also known as Vinayaka Chaturthi(Tamil: விநாயக சதுர்த்தி ) is the Hindu festival of Ganesha, the elephant-headed son of Shiva and Parvati, who is believed to bestow his presence on earth for all his devotees in the duration of this festival. It is the birthday of Lord Ganesha who is widely worshipped as the god of wisdom, prosperity and good fortune."
yang ni pula takbir raya..
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya layak bagi Allah.
Allah Maha Besar Yang Teramat Besar, Segala Puji bagi Allah Yang Teramat Banyak,
Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang,
Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Tidak ada lain yang kami sembah melainkan Dia,
Kami ikhlas kepadaNya (mengikuti ajaran agama Islam) sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir,

Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal,
Yang Menepati janjiNya, Yang Menolong hambaNya,
Dan Yang Memuliakan tenteraNya dalam mengalahkan tentera al-Ahzab dengan sendiri (KekuasaanNya),
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya bagi Allah.
sungguh terasa sayu di pagi raya..
bukan sayu homesick tapi rasa teramat bersyukur menjadi seorang muslim..
masa sama-sama bertakbir raya sebelum solat sunat Aidilfitri, aku cuba menghayati setakat mana yang aku ingat maksud takbir raya tu..
bila part sebut "Lailahaillallah" yang bermaksud "tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah.."
 aku terbayangkan orang yang tengah menyambut perayaan Ganesha Chaturthi yang kebetulan jatuh pada hari yang sama..
betapa berbezanya Islam dengan Hindu..
dikala umat Islam meneguhkan kekuatan syahadah dengan ucapan Lailahaillallah, yang beragama Hindu sibuk berarak, main mercun,menari di tengah jalan sebagai tanda meraikan Tuhan mereka..
perhaps this might be controversial questions, "kenapa tuhan macam gajah? bukankah gajah tu makhluk? kenapa tuhan sama macam ciptaan tuhan sendiri?"

Kami ikhlas kepadaNya (mengikuti ajaran agama Islam) sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir
......sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir.
I am so grateful to be a Muslim..nikmat hidup yang paling besar..
Alhamdulillah~

2 comments:

Aizat said...

interesting banner ! :D

dila_zarifah said...

banner yg pedas but so true~