Sunday, May 8, 2011

technology vs dignity

Saya terfikir,kalaulah teknologi sudah jauh terkedepan ketika zaman Rasulullah dan para sahabat.

Kalaulah ketika itu kamera digital dan video kamera sudah lama merakam detik-detik kenangan, ataupun scanner yang mampu memindahkan imej hardcopy kepada softcopy.. juga,internet sudah merentas sempadan..

Adakah wajah isteri-isteri Rasulullah saw yang dimuliakan Allah dengan gelaran ummul mu'minin (ibu kaum mukmin)akan dengan mudahnya disebar ke seluruh jazilah arab?


Adakah Aisyah,yang digelar al-humaira (kemerah-merahan) oleh suaminya tercinta, akan tergedik di hadapan kamera hanya kerana merasakan dirinya cantik dan satu dunia perlu melihat dia?


Atau,adakah Ar-rumaysa' yang digilai oleh Abu Thalhah tetapi pinangan lelaki tersebut tidak akan diterima melainkan keislamannya dijadikan mahar.. akan dengan murah mempamerkan wajahnya pada lelaki ajnabi lain?

Oh,dan adakah Rabiah al-adawiyah yang memilih untuk hidup membujang, mungkin dikejar paparazzi dan gambarnya sembunyi-sembunyi dirakam..ketika beliau bermunajat disepertiga malam sambil merintih "Ya tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.."?


courtesy of,
http://aizadiha.blogdrive.com/archive/133.html
futher readings, please click the link..=)


jazakillah tuan punya belog..

No comments: