Tuesday, August 14, 2012

moments #5


“Rasa familiar la tengok awak ni. Awak kan yang selalu jalan dengan sorang budak perempuan tu dulu kan?” 
Dia tersengih. 
“Yang comel, putih tu kan?" 
Sengih melebar. 
“Dia kat mana sekarang?” 

“Dia dah kawen dah.” Akhirnya buka mulut dan bukan jawab dengan sengih lagi.

Terjatuh rahang. 
“Bila dia kawen?” Budak kepoh dah mula tanya soalan. 
“Lepas SPM.” Dia masih senyum. Tak tahu nak tafsir senyum apa. 
“Errr, dah ada anak ke?” 
“Dah. Dah ada dua orang anak rasanya.” 

Sunyi lima saat. 
“Haaa! Awak pulak bila nak kawen? Orang lain dah anak dua tu.” Soalan cepu emas kat orang sebelah untuk memecah suasana sunyi yang menjengkelkan itu. (awkward silence) 
“Sedih tak? Patah hati?” Rupanya ada masih ingin tahu. 
“Eh, takde lah!” Dia dah senyum nampak gigi. Tapi tak mampu meneka dalam hati rasa apa.

-kubah ria,290612




Nota kaki:
  • Zaman sekolah memang penuh warna-warni. Dan orang yang bercinta suka-suka masa tu jarang yang kekal. Yang baik kita jadikan tauladan, yang buruk kita jadikan sempadan.
  • How weird but not-so-complicated, that we always remember people for the not-so-nice things they had done. Bukankan kita kena bersangka baik? Maka yang harus disimpan dalam kotak memori sepatutnya hanya yang baik-baik sahaja. Masa lampau dia bukan ukuran kita untuk menilai siapa dia sekarang. Boleh jadi yang dia jauh lebih baik.


No comments: