Saturday, August 18, 2012

of kek lapis

gigih membuat kek lapis setelah bertangguh beberapa hari. itu pun disebabkan 'request' untuk kek lapis sarawak especially untuk raya..
alkisahnya, aku mana pernah buat kek lapis sarawak pun. after all, i am not really a hard fan of kek lapis sarawak.. jadi mana boleh buat hipotesis,

"jika anda adalah orang sarawak, maka anda harus pandai buat kek lapis sarawak."

(-___-)"

maka bermulalah misi membuat kek lapis...
haih~ mulut memang asyik cakap,

"lecehnya nak buat kek lapis ni!"

tak sedar, kata di mulut boleh membuatkan diri jadi tak ikhlas. T__T
walhal niat asalnya nanti nak menjamu orang makan kerana Allah.
Allahu Rabbi!

Lesson #1:

  • purify your intention!


kek diberi nama kek lapis india.. bila siap bancuh adunan,
alamak!
tak cukup coklat..
maka menapaklah kaki ke RelianceFresh lepas solat asar, membeli coklat dan bahan-bahan lain untuk masak.
susun-susun coklat!

lapisan pertama,
"okeh, tujuh sudu je setiap lapisan!" monolog dalam hati lepas baca resepi.
errr, dila masukkan lima sudu adunan penuh melimpah dah macam 10 sudu je gayanya..
bukan ke lapisan tu patut nipis dan sekata?

Lesson #2:

  • you must know what are you doing! bukan semua benda boleh memandai buat sesuka hati aci redah je.

dah siap dah sebijik kek..
walaupun lapisan tebal-tebal dan susunan coklat tak sekata.

potong pun hodoh.. hailohhhh~

oklah for beginner kot. first time kot..
dulu pernahlah tolong mak buat kek lapis tapi jadi keras macam batu.
agaknya baling kat dinding, dinding yang pecah kot...
hahaha~


angle sebelah sini macam lawa sikit kot..

adunan kek masih berbaki separuh lagi.
nak tak nak kena bakar kek lagi walaupun coklat gaya macam tak cukup je.

kali ni teliti sikit.
buat lapisan nipis-nipis, susun coklat cantik-cantik.

tapi.....

bila dah siap semua lapisan, lapisan terakhir dah masak cuma kurang perang.
maka si bijak dila ni, dia pergi sambung bakar dengan api atas sahaja untuk 5 minit.

~bau hangit~~~~~

woowwww!
hitam! terbakar! rentung!
memang lah kek lapis india.
sedih kot sebab ingatkan second cake ni menjadi la..
=(

kot ye la pun kek lapis india, takyahla hitam cenggini kan?

bila fikir balik, memang rasa "arghhhhh, kecewanya~"
what? how? why? why this.. why that.. semua soalan ada.
tapi kan, teliti macam mana pun, kalau Allah takdirkan kek tu hangit nak buat macam mana.
sabarlah....

Lesson #3:

  • Allah has preordained our lives. Surely, He is the BEST planner!

mungkin Dia nak ajar supaya lebih teliti.
teliti di awal, di pertengahan, dan juga di penghujung.
ni bila dah nak siap, excited terlebih..
nah, ambik kau kek hangit!!!


mesti korang dah sakit mata tengok kek lapis yang aku buat kan?
meh tengok gmba yang lawa sikit..

gamba pinjam dari tuan punya resepi.. ni blog dia [klik sini]

baru tahu kek lapis bukan makanan sihat.
tengok total butter....   whoaa!
gula pastu tambah pulak susu pekat manis..     wowww!
telur 10 biji kot untuk sebijik kek..

kek lapis ni memang perlu orang yang sabar..
mana taknya, kena bertapa depan oven nak tunggu setiap lapisan masak.


which takes about 10 mins each..


nota kaki:

  • cerita buat kek lapis yang seciput ni pun dah panjang macam nak tulis cerpen.. -___-"
  • exam sehari lepas raya (kot?) tapi tak baca buku lagi.. tak rasa nak exam langsung.. 
  • tak nak bulan Ramadhan habis!!!

3 comments:

Anonymous said...

bole order? ;)

dila_zarifah said...

taboleh! haha~
tak nampak ke, kek tu tak jadi kot..

Anonymous said...

okeh je.first try kot? =.=