Friday, April 10, 2009

happy 21th anniversary..

hmm..
terlambat rasanya post ni..

sebok nk practise senamrobik utk Family Day ari sabtu ni..
hoho~
* * * * * * * * * * * *

Yesterday( 09 april 2009) was my parents wedding anniversary..
(sama ng parents anis punye wedding anniversary yg ke 25..)
This mean that my parents have been married for 21 years..

since 09 April 1988-09 April 2009..

lama gak kan??
yelah.. aku pun dah nk msk 19 tahun...
waa~~ aku dah tua..


saja je nak post entry ni kat blog aku w/pun mak ayah aku x reti benda2 blog ni..
lagipun bkn selalu..

setahun skali je..

and it is a very special day for us..


ya ALLAH,ku mohon agar ikatan perkahwinan antara ibu dan ayahku akan berkekalan selamanya..telah KAU hadirkan rasa kasih dan cinta dalam hati mereka hingga terjalinnya ikatan ini..rahmati dan berkatilah pernikahan mereka..ku pohon agar KAU temukan titik persefahaman tatkala mereka berselisih faham..dihadirkan juga rasa kasih yang berpanjangan..
ya RAHMAN,
aku meminta padaMu agar jadikan aku anak yang solehah..
yang berbakti kepada orang tua hingga ke akhir hayat..
jangan kau biarkan aku menjadi anak yang derhaka..
yang lupa jasa kasih ayah dam bonda..
ya RAHIM,
ku mohon agar keluargaku menjadi keluarga yang beriman..keluarga yang sakinah..keluarga yang bahagia..tautkan hati-hati kami ya Allah..
sembuhkan hati yang mungkin terguris terluka..serikan kembali kasih yang yang mungkin pudar warnanya..moga kasih sayang antara kami di dunia akan sampai ke akhirat..janganlah kami tergolong dalam kalangan orang yang saling menuding jari tatkala Hari Pembalasan tiba..

ya RABBI,

aku memohon padaMu Tuhan,
jangan Kau ambil nyawa kami tatkala diri berselubung dosa,
jangan Kau tinggalkan kami bersendirian,
kerana sesungguhnya kami hambaMu yang lemah,
Kau sentuhlah hati kami dengan hidayahMu,
agar hidup kami dalam tarbiyahMu..


Friday, April 3, 2009

ada apa dengan nama blogku..

ari ni klas anatomy cancel..
madam nurul outstation..

nyaris2 aku nk g klas coz x dpt msg pun..

xpe2.. sabar ye dila..


* * * * * * * * * * *
ADA APA DENGAN NAMA BLOGKU??

bila org bukak blog aku msti tanya,


"kenapa biarkan kupu-kupu menari?"

aku balas," ntah~ saja je..suddenly nama ni yang terkluar bila pk nak crik nama untuk blog.."

"kenapa bukan biarkan kupu-kupu terbang?"

aku jawab," biarkan kupu-kupu menari nampak lagi puitis kot...=)"


hmmm.... rasanya semua org tahu apa kupu-kupu tu apa..

Kupu-kupu (bahasa inggeris: moth) merupakan sejenis serangga dalam pengkelasan dikelompokkan kepada order Lepidoptera, sama seperti kupu-kupu. Pembahagian susunan Lepidoptera kepada rama-rama dan kupu-kupu merupakan pembahagian popular, namun bukan merupakan pembahagian taksonomi saintifik.

Ramai orang keliru antara kupu-kupu dan rama-rama. Perbezaan fizikal utama ialah pada sesungutnya. Kebanyakan rama-rama mempunyai sesungut berfilamen yang langsing dan berbentuk belantan di hujungnya. Sesungut kupu-kupu pula lebih berbulu.

Perbezaan lain adalah kupu-kupu akan merentangkan sayapnya apabila berehat, sementara rama-rama sayapnya terlipat tegak di atas tubuh pada waktu berehat.

Kebanyakan rama-rama aktif pada siang hari dan oleh itu berwarna-warni, manakala kupu-kupu aktif pada malam hari dan tertarik kepada cahaya lampu.

so kesimpulannya rama-rama lagi lawa dari kupu-kupu..

~rasanya ni rama-rama bukan kupu-kupu~


hmm..

kupu-kupu kan x brapa lawa compare ngan rama-rama..

jadi kupu-kupu ni xkan expose sangat la berbanding rama-rama..

jangka hayat kupu-kupu pun singkat..

tapi kupu-kupu ni ada keinginan nak bwat sesuatu yang bukan bidang dia..

macam menari.. mana ada kupu-kupu menari kan?


jadi, aku umpamakan aku ni la kupu-kupu tu..

since aku ni kupu-kupu yang x lawa, i've low self confidence..

sebab tu x nak expose sangat..

dalam hidup yang singkat ni, aku pun nak bwat something yang memang aku nak sangat bwat..

for example, bwat blog ni la..

aku memang xde bakat nak menulis pun dan menulis mmg bukan bidang aku..

tp aku suka berkongsi apa yang aku tau dgn org lain walaupun benda remeh-temeh je...

"...lontarkan...
...kalau tidak ia meracun...
...kongsikan...
....walau hanya pada awan-awan..."

~hlovate:rooftop rant~

this is what i'm going to do.. sharing!!

kan orang cakap sharing is caring..MySpace

jadi, kalau langkah tari si kupu-kupu ni sumbang, mintak ampun lah ye..

harap-harap entry yang ditulis worth your time for reading it..

harapnya semua entry tu bukanlah sekadar merapu,merepek,mengarut dan yang sewaktu dengannya..


"sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain"


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Thursday, April 2, 2009

post suka suki..

tgn rasa gatal je nk meng'update' blog..
tp masalahnye xde bnda plak yg nk d kongsi..
hmmm...

haa~ nk cter sal task spanjang mggu ni la..
(sorry ye kengkawan.. asyik2 cter psl bhasa and India je..)
hari isnin dpt task dr Miss Rajesh, srh practise nyanyi lg Tamil untuk Tamil Language Night..

nmpak gaya kna la membelit and menggulung lidah so that pronounciation pun cam artis Tamil.. lagu yang dy bg tu tajuk dy NENJUKKUL PEIDHIDUM..
rasanya x pelu la nk post lirik kt sini..

unless kalau korang nk nyanyi sama2..
hehe~


sedar x sedar, dah 2 mggu kt sini..
Alhamdulillah dah blh adapt sikit2 dgn slang n pembelajaran bahasa ni..

cuma kadang2 tu cuak jugak msk klas bila x hafal lg huruf n x siap keja2 menulis+menyalin..

lbh2 lg kalau lecturer jenis yg agak strict tu..
but i'll try my best nak bwat kelas tu seronok..

kadang2 nyanyi la, ikut apa yg lcturer ckp tu dgn slang n gaya skali..
pastu gelak2 je.. lecturer pun join skali gelak..
sekurang2nya kurang sikit stress..

lgpun aku tgk muka kwn2 aku pun dah mcm ape ntah bila msk klas yg x seronok..

sabar ye kawan2..

~hiasan semata~

Dan sesungguhnya Allah telah berfirman:
"Hai manusia! Sesungguhnya Kami (Allah) telah ciptakan kamu dari laki-laki dan perempuan (Adam dan Hawa) dan Kami telah jadikan pula kamu beberapa bangsa dan puak supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu ialah yang paling takwa. Sungguh Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti." Surah Al-Hujurat,49:13

Jadi blaja bahasa ni pun satu cara kita untuk cuba mengenali antara bangsa dan etnik yang ada di India kerana memang ada perbezaan budaya dan cara hidup serta agama yang dianuti..
lagipun ni satu peluang yang bukan semua orang dapat..
tambah2 lagi blaja 3 bhasa dlm 3 bln and also ada elaun.. hihi~
but then, there's lot of things to sacrifice...

Siapa tahu dgn blaja bahasa ni kita blh berdakwah secara indirect..
Sebagai contoh, bila kita pandai bercakap bahasa mereka, mereka akan lebih hormat kat kita..
maybe dyorg plak terbuka hati nk blaja bhasa dan budaya kita serta kenal agama kita, agama ISLAM..
we never know about that~ it could just happen..

* * * * * * * * * * * * * *

nk cter plak la psl air kat apartment kita org ni..

(td ckp xde bnda nk d cter.. hehe~)

dari last week air paip yang kluar tu busuk..

nk msk toilet pun x lalu dah..

air macam bau bangkai??
uweekk~

merempat la kita org bila nk mandi..
masa ni baru terasa nikmat air paip, bila air kat apartment sendiri x blh guna..

pastu aku ngan housemate aku pun bwat assumption yang ntah ape2 je..

kita org pun ckp la yg kt atas tu ada org kna murder, pastu kna campak dlm tangki air kita org..
nnti bila org yg wat maintainance dtg, jmpa mayat org, x pun jmpa tgn kt dalam tu..
then KTT ni jd crime scene..

pastu kita org ni la yg kna jd saksi semua tu..

ala2 cter CSI la kununnya..

A.P.A.K.A.H?? (ngarut je.. kan3..)




skali bila org bukak tangki tu, xde apa2 pun..

dy ckp tersumbat je ng karat..

oooo...
ek, xde mayat ke?? ingatkan ada bangkai tikus ke, kelawar ke..


skali lagi assumption mengarut terkluar dari otak yg terlebih imaginasi ni..

ari tu after kita org bwat report kat admin, org yg mastermind tu dah alihkan mayat org tu sbb takut kantoi..
sbb tu la lmbt je dy org g repair n dah x jmpa apa2 dah..
hahaha~


aina ckp," korang 2 org ni patutnya ambik forensik je instead of medic.. ni msti terlebih tgk TV je masa cuti.."
hehe~ tau xpe..


agak2 blh x jd apa yg kita org imagine tu???
aku rasa cam agak logik la kalau jd betul2...
lgpun zaman sekarang x mcm dulu2..

bila x puas hati je nk carik pasal smpai snggup nk bunuh2..


Penolong pengurus ladang sawit mati ditikam

KUALA SELANGOR: Seorang pengurus ladang kelapa sawit maut ditikam kira-kira 100 meter dari rumahnya ketika sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya, di Ladang Bukit Cloh, Jeram di sini, pagi ini.


Mangsa, Abd Razak Ani, 39, berasal dari Kampung Gersik, Muar, Johor, dipercayai diserang dua lelaki dengan menggunakan parang dan kayu dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi.

"Mangsa mengalami kecederaan parah dengan tiga kelaran di tangan kanan dan tetakan di bahu kiri," kata Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ibrahim Chin.

*sumber:berita harian online

wawawa~ entry kali ni dah jd panjang la plak.. tiba masa daku mengundur diri..=)